Tetiba teringin nak makan murtabak? Haa takpe jangan risau ini ada resipi murtabak mini ayam cheese..Buat sendiri lagi sedap dan puas hati. Sangat sesuai dihidangkan ketika sarapan atau minum petang. Anak-anak dekat rumah pun mesti suka punyalah!
BAHAN-BAHAN (INTI)
- Isi ayam @ daging | cincang
- Kentang | potong dadu
- Carrot | potong dadu
- Rempah kari daging | 1 paket kecik
- 3 ulas bawang putih | hiris
- 1 biji bawang besar | hiris
- 2 biji bawang besar | potong dadu
- Daun sup | hiris
- Sedikit garam
- Sedikit gula
- Sedikit minyak masak untuk menumis
CARA PENYEDIAAN (INTI)
- Panaskan kuali. Tuang sedikit minyak masak. Masukkan bawang yang dihiris.
- Masukkan rempah kari dan masukkan sedikit air. Tumis rempah hingga pecah minyak.
- Masukkan isi ayam dan masukkan kentang. Kemudian masukkan air separas bahan-bahan yang dimasak.
- Masak sehingga air hampir kering. Masukkan sedikit garam serta gula. Boleh juga letak serbuk cukup rasa.
- Masak hingga betul-betul kering. Sejukkan dan sedia untuk langkah menyediakan murtabak mini.
CARA PENYEDIAAN MURTABAK MINI:
- Pecahkan 2 biji telur, pukul dan masukkan sedikit garam. Masukkan inti yang telah dimasak tadi.
- Masukkan daun sup dan bawang. Kacau hingga sebati.
- Buka kulit popia, letak atas dulang. Kemudian letak sekeping cheese di tengah-tengah.
- Ambil 3 sudu makan inti yang dicampurkan dengan telur dan bawang sebentar tadi. Letak di atas cheese tadi. Lipat atas, bawah, kiri dan kanan. Lekatkan lipatan terakhir guna gam (tepung gandum + air).
- Terbalikkan bila dilipat, letak atas bekas lain & ulang proses yang sama.
- Untuk membakar panaskan kuali, letakkan sedikit minyak.. Letakkan murtabak mini tadi..
- Bakar sehingga masak.. Balik-balikkkan ia. Apabila dah siap bolehlah dihidangkan.
Kredit gambar & resipi: Saya CikPuan Hanani via mahn