Terliur Tengok Sambal Telur Puyuh Kacang Buncis Ni

Share

 

Tak tahu nak masak lauk apa? Kadang-kadang kita buntu kan, keliru nak masak lauk apa untuk dihidangkan pada keluarga. Kalau korang nak lauk yang sedap, senang dan menyelerakan, RASA cadangkan korang masak lauk sambal telur puyuh kacang buncis ni. Resipinya senang je. Lagi tambah sedap kalau korang guna serbuk MAGGI CUKUP RASA

. Memang kaw-kaw rasa sambal tu tau. Tak caya, cubalah. Confirm jilat jari!

SAMBAL TELUR PUYUH KACANG BUNCIS

 

BAHAN-BAHAN
1 sudu minyak masak
6 ulas bawang merah (kisar halus)
3 ulas bawang putih (kisar halus)
3 sudu makan cili kisar
1 sudu teh air asam jawa
10-15 biji telur puyuh (rebus dan goreng)
1 labu bawang besar (potong bulat)
8 batang kacang buncis (potong pendek)
1 sudu teh MAGGI CUKUP RASA


Sedikit gula

 

CARA MEMBUAT
1. Panaskan sesudu makan minyak masak di dalam kuali. Tumis bahan kisar sehingga wangi.
2. Masukkan cili kisar dan tumis sehingga cili masak. Masukkan air asam.
3. Masukkan telur puyuh, bawang besar dan kacang buncis dan MAGGI CUKUP RASA dan gula lalu kaup-balikkan rata.

 

VIDEO

Selamat mencuba!

Published by
Maryam Elyas