Resipi Terung Bakar Air Asam Santan perkongsian Kak Ani Senam Seniini memang cukup mudah disediakan. Ringkas sahaja bahan-bahannya tetapi bila dicuba, pasti buatkan anda rasa tak keruan. Mana tidaknya, boleh membuka selera. Sedap! Boleh cuba buat untuk makan tengahari nanti. Selamat mencuba!
CARA MEMASAK TERUNG BAKAR AIR ASAM SANTAN
BAHAN-BAHAN: Terung – dibakar Cili merah/cili padi Sedikit belacan – beli online disini Bawang besar – potong kasar – beli online disini Limau kasturi – ambik jus ( kalau suka potong kulitnya) Garam dan gula secukup rasa Santan secukupnya 1 ekor isi ikan kembung bakar – optional
CARA MEMASAK: 1.Potong cili padi dengan secukupnya. Jika nak pedas, tumbuk bersama belacan. 2. Gaulkan semua bahan bersama santan. Potong perlu dibelah terlebih dahulu supaya tidak terlalu besar.
Ads
3. Perasakan dengan garam, gula dan jus limau kasturi dengan secukupnya. Tambahkan juga hirisan kulit limau jika suka. 4. Gaul rata semua bahan. Terung Bakar Air Asam Santan siap untuk dinikmati.
NOTA: Empunya resipi masukkan isi ikan kembung bakar ke dalam Terung Bakar Air Asam Santan untuk rasa yang lebih sedap.
Jom cuba masak Gulai Lemak Kelantan ni! Ikan Ayo / Ikan Aya / Ikan Tongkol sememangnya sangat sedap. Boleh dimasak perlbagai cara namun jika di Kelantan, salah satu resipi yang sedap dimasak menggunakan ikan ini adalah Gulai Kunyit Lengkuas @ Gulai Lemak Kelantan. Sangat enak dimakan bersama nasi putih panas dan juga sambal. Nak cuba? Saudara Suriani Mohd ada kongsikan resipi. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
RESIPI GULAI LEMAK KELANTAN YANG SEDAP & MUDAH
BAHAN-BAHAN:
Ikan tongkol hitam
3 keping asam gelugur – beli online disini
2 inci lengkuas
Sedikit garam
1 keping nise (gula merah keping) – beli online disini
200ml santan kotak – beli online disini
1 sudu besar rempah kari ikan – beli online disini
1 sudu biji ketumbar – tumbuk
Air rebusan ikan
Garam & perasa secukupnya
BAHAN KISAR:
4-5 tangkai cili kering
5 tangkai cili Api
½ sudu besar serbuk kunyit (guna kunyit hidup lagi sedap)
1 inci lengkuas
1 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
BAHAN SAYUR:
Timun dan kacang panjang
Cili api merah & hijau
CARA MEMASAK:
1.Bersihkan ikan dan masukkan ke dalam periuk.
2. Masukkan asam gelugur, lengkuas, garam dan nise. Rebus hingga masak. Sebaiknya, rebus ikan dan biarkan semalaman supaya rasa meresap ke dalam isi ikan.
3. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan kisar.
4. Masukkan rempah kari ikan (tak letak pun tak apa) dan juga biji ketumbar yang telah ditumbuk.
5. Seterusnya masukkan santan.
6. Masukkan juga air rebusan ikan. Kacau sebati. Jumlahnya bergantung pada pekat mana anda nak.
7. Seterusnya masukkan ikan. Kacau lagi.
8. Bila telah sebati, masukkan kesemua sayuran. Masak lagi hingga sayur lembut.
9. Gulai Lemak Kelantan sedia untuk dinikmati. Paling enak makan bersama ikan masin dan cili api cuka.
Kalau pergi pasar malam, min memang suka beli popia basah. Lagi-lagi kalau inti di dalam banyak dan dituang dengan sos yang pekat.
Wah, menyelerakan sungguh bila mendengarnya kan. Sebenarnya, kita boleh buat sendiri menu ini di rumah. Sesuai untuk hidangan minum petang bersama keluarga.
Resipi yang dikongsikan Roshida Shida ini, lengkap dari cara buat kulit popia, sos dan juga inti dalam popia. Jom kita buat!
POPIA BASAH
BAHAN KULIT POPIA:
2 cawan tepung gandum – beli online di sini 1 biji telur putih ¾ cawan air 2 sudu makan cuka Secubit garam
Dapatkan DeRoyal 3 in 1 Cordless Chopper & Mixer dengan HARGA ISTIMEWA DI SINI! Masukkan code RASGSP5 sebelum buat pembayaran untuk dapatkan DISKAUN EXTRA RM5!
CARA MEMBUAT KULIT POPIA:
1. Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk, gaul sebati. Boleh guna tangan atau sudu. Jika adunan nampak pekat, boleh tambah air sedikit. 2. Tutup dan perap 30 minit. Selepas ½ jam, panaskan kuali leper atau non stick, ambil sejemput adunan dan lengserkan di atas kuali nipis-nipis.
3. Biar seketika, kemudian angkat perlahan dengan menarik kulit popia dari tepi. Ulang proses ini hingga habis. 4. Kulit popia ni boleh letak bertindan ya sebab dia tak melekat.
1. Kisar bawang besar dan bawang putih hingga halus. 2. Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bahan kisar hingga wangi. 3. Masukkan cili dan masak hingga pecah minyak.
4. Kemudian, masukkan gula perang, gula pasir dan juga kicap manis. 5. Masak hingga pekat menggunakan api perlahan. Tambah garam secukupnya.
BAHAN INTI POPIAH:
Sengkuang (jika suka, hiris nipis @ memanjang) Tauge | bersihkan ½ biji kubis | racik halus 1 biji lobak merah | hiris memanjang Segenggam udang | buang kepala & ekor, potong kecil ½ labu bawang besar | cincang halus 2 ulas bawang putih | cincang halus Udang kering (optional – yang ni saya tambah sendiri, tumbuk halus) Garam secukupnya Minyak untuk menumis
CARA SEDIAKAN INTI:
1. Panaskan 2 sudu besar minyak dalam kuali. Tumis udang, bawang besar dan bawang putih hingga wangi. Guna api sederhana. 2. Masukkan kubis dan lobak merah. Kacau hingga layu. 3. Masukkan tauge, sengkuang, udang kering dan garam. Kacau sebati dan rasa garamnya (masak sekejap je bahan inti).
BAHAN TABUR:
Kacang tanah | disangai, buang kulit & tumbuk Udang geragau kering | disangai & tumbuk halus Bawang goreng
CARA SEDIAKAN:
Sediakan kulit popia dan sapukan sos sedikit, masukkan inti. Gulung kemas. Buat sampai habis. Curahkan sos di atas popia tadi, tabur dengan bahan tabur. Siap.
Daging Harimau Menangis. Salah satu sajian daging panggang yang dinikmati bersama sos istimewa. Hangat diperkatakan sejak akhir-akhir ini berikutan ada isu melibatkan jenama Daging Harimau Menangis.
Jika dilihat pada bahagian-bahagian pada seekor lembu, bagi yang tidak arif, pasti tertanya-tanya, daging bahagian mana yang dipanggil Harimau Menangis ni? Sebab jika dilihat pada istilah biasa pun, tiada disebut pun kan? Agak keliru.
Menerusi perkongsian Puan Suwarin Jinda, pemilik Suwarin Jinda Cafe atau dikenali sebagai Hostel Pantai Cafe yang terkenal di Kelantan, beliau menerangkan bahagian-bahagian lembu yang dipanggil Daging Harimau Menangis.
NECK, CHUCK & BRISKET. NI ORANG SIAM PANGGIL BAHAGIAN HARIMAU MENANGIS.
Menurut Puan Suwarin, Daging Harimau Menangis adalah merujuk kepada bahagian-bahagian tertentu pada seekor lembu. Beliau yang berasal dari Thailand namun sudah menetap lama di Kelantan berkata, daging di bahagian leher (neck), bahu (chuck) dan dada (brisket) adalah bahagian yang orang Thailand panggil daging Harimau Menangis.
Mai sajo nak oyat bui tahu jah. Kak guna bahaging mano buat daging rimau ni haa nak tahu x? Xpo lah nak oyat jugo.
Kak guna daging di bahagian Neck dan Chuck dan Brisket. Tu dia di bahagian situ lah orang alik siam panggil bahagian Rimau Menangis.
Dan akan ada rasa liat jugo kadang-kadang sebab ade kadang dio mari sekali gan bahagian bisket bahagian tu dio dok bawah perut dio keras sikit kt bahagian tu
CARA HASILKAN DAGING HARIMAU MENANGIS YANG SEDAP
Selain berkongsi info mengenai bahagian daging, Puan Suwarin juga berkongsi cara-cara untuk memotong daging dan juga cara memasak hidangan popular ini.
Katanya, untuk memotong daging, ia harusnya secara berlawanan urat supaya daging menjadi kurang liat. Malah untuk membakarnya pun ada cara. Orang Thai biasanya akan membakar separuh masak sahaja. Barulah dapat menikmati rasa daging yang sebenar.
Cara potong pun keno potong lawan orat baru dio kurang liat sikit. Caro bakar pun biasa nyo orang thai bakar separoh masak jh gitu baru rasa daging sebenar .
Ha…Macam mana? Dah dapat gambaran tak hidangan ni macam mana? Begitulah sedikit sebanyak perkongsiannya.
Bagi yang pernah rasa sajian ini, pasti teringat-ingat akan kelembuatan daging dan keenakan sos pencicahnya. Memang lain dari rasa daging bakar yang biasa dinikmati. Jika ada peluang, cubalah ya. Anda pasti kagum akan rasanya.