Terung Bakar Air Asam Santan, Resipi Mudah Comfirm Sedap

Share

Resipi Terung Bakar Air Asam Santan perkongsian Kak Ani Senam Seni ini memang cukup mudah disediakan. Ringkas sahaja bahan-bahannya tetapi bila dicuba, pasti buatkan anda rasa tak keruan. Mana tidaknya, boleh membuka selera. Sedap! Boleh cuba buat untuk makan tengahari nanti. Selamat mencuba!

CARA MEMASAK TERUNG BAKAR AIR ASAM SANTAN

BAHAN-BAHAN:
Terung – dibakar


Cili merah/cili padi
Sedikit belacanbeli online disini
Bawang besar – potong kasar beli online disini
Limau kasturi – ambik jus ( kalau suka potong kulitnya)
Garam dan gula secukup rasa
Santan secukupnya
1 ekor isi ikan kembung bakar – optional

CARA MEMASAK:
1.Potong cili padi dengan secukupnya. Jika nak pedas, tumbuk bersama belacan.
2. Gaulkan semua bahan bersama santan. Potong perlu dibelah terlebih dahulu supaya tidak terlalu besar.


3. Perasakan dengan garam, gula dan jus limau kasturi dengan secukupnya. Tambahkan juga hirisan kulit limau jika suka.


4. Gaul rata semua bahan. Terung Bakar Air Asam Santan siap untuk dinikmati.

NOTA: Empunya resipi masukkan isi ikan kembung bakar ke dalam Terung Bakar Air Asam Santan untuk rasa yang lebih sedap.

 

Kredit resipi & foto: Kak Ani Senam Seni

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

Published by
Nur