
RESIPI TERUNG BAKAR MASAK LEMAK PUTIH






Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Koleksi Resipi Lauk Kampung Mudah, Sedap & Jimat Belanja.

Lauk pauk kampung ni memang ada kelompok peminatnya yang tersendiri. Walaupun kelihatan ringkas, tetapi rasanya memang enak! Bahkan sesetengah dari menu tersebut jarang boleh dinikmati jika bukan di majlis rewang kenduri kendara. Khas buat anda yang rindukan nostalgia lama, RASA tampilkan seleksi resipi lauk pauk kampung yang semestinya memecah selera. Selamat mencuba!
1. ASAM REBUS KELADI IKAN BILIS
BAHAN-BAHAN:
- 300gm batang keladi
- 2 keping asam gelugur
- 5 ulas bawang merah | dikisar halus
- 2 ulas bawang putih | dikisar halus
- 2 biji cili padi | dikisar halus
- 2sm belacan | dikisar halus
- 2sm kunyit hidup | dikisar halus
- 30gm ikan bilis | dikisar halus
- 2 sudu makan cili kisar
- 1 tangkai daun kesum
- 1 kuntum bunga kantan | dihiris
- 3 keping asam gelugur
- 800ml air
- Garam dan gula secukupnya
CARA MEMASAK:
- Kupas kulit batang keladi dan potong anggaran 4cm, cuci hingga bersih.
- Celur batang keladi bersama dua keping asam hingga empuk. Angkat dan tos. Ketepikan.
- Di dalam periuk berasingan, reneh bahan yang telah dikisar bersama cili kisar sehingga mendidih.
- Kemudian masukkan keladi yang telah dicelur, daun kesum,bunga kantan dan asam gelugur.
- Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa, biarkan didih.
- Hidangkan bersama nasi putih dan sedia dinikmati.
Info chef: Cuci batang keladi dengan bersih bagi mengelakkan rasa gatal
2. GULAI LEMAK PISANG IKAN BILIS
BAHAN-BAHAN:
- 8 biji pisang muda | dibuang kulit dan dihiris
- 1 biji kelapa | diambil santannya
- 40gm ikan bilis
- 3Sm kunyit hidup | dikisar
- 10 biji cili padi | dikisar
- 1 batang serai | diketuk
- 3 helai daun kunyit
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Masukkan kesemua bahan ke dalam larutan santan pekat.
- Kacau rata dan biarkan sehingga mendidih.
- Masukkan pisang muda dan perasakan dengan garam secukup rasa.
- Angkat dan hidangkan.
Info chef: Pastikan pisang muda dibuang kulitnya sehingga serat-serat yang melekat pada kulit dibuang kemas.
3. GULAI TETEL KENTANG
BAHAN-BAHAN:
- 500gm tetel lembu
- 300gm ubi kentang | dibelah empat
- 3 batang serai | dititik
- 3 sudu makan serbuk kari
- 500ml air
- 500ml santan
- 1 tangkai daun kari
- 1 sudu makan serbuk perasa
- Sedikit air asam jawa
- Garam dan gula secukup rasa
- Minyak untuk menumis
BAHAN KISAR:
- 5 biji bawang merah
- 5 ulas bawang putih
- 5gm halia
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dan tumis bahan kisar bersama serai dan daun kari sehingga naik bau.
- Kemudian masukkan serbuk kari dan tumis sehingga garing.
- Seterusnya masukkan sedikit air ke dalam tumisan tadi.
- Masukkan pula tetel lembu bersama ubi kentang dan santan. Kacau sebati.
- Akhir sekali, masukkan air asam jawa dan perasakan secukupnya. Renihkan bahan-bahan tadi sehingga mendidih.
- Sedia dihidangkan.
Info chef: Pastikan rempah ditumis sehingga pecah minyak bagi mendapatkan rasa kari yang enak.
4. SAMBAL IKAN KEMBUNG REBUS GORENG CILI PADI & TERUNG PIPIT
BAHAN-BAHAN:
- 2 ekor ikan kembung | direbus
- 30gm terung pipit
- 1 biji bawang besar | dikisar
- 3 ulas bawang putih | dikisar
- 10 biji cili padi | dikisar
- 1 keping asam keping
- Garam, gula dan serbuk perasa
- Minyak secukupnya | untuk menumis
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dan goreng ikan kembung rebus hingga separuh garing. Ketepikan.
- Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar sehingga pecah minyaknya.
- Masukkan ikan bersama terung pipit, asam keping dan gaulkan rata. Letakkan sedikit air jika suka.
- Perasakan dengan garam, gula dan sedikit serbuk perasa. Kacau rata.
- Angkat dan hidangkan.
Info chef: Pastikan bahan kisar dibiarkan masak sehingga pecah minyaknya kemudian barulah dimasukkan ikan bersama sedikit air.
5. UDANG PETAI TEMPOYAK BERCILI
BAHAN-BAHAN:
- 200gm petai | dibuang kulit
- 300gm udang | dibuang kulit
- 2 sudu makan tempoyak
- 2 helai daun kunyit | dihiris halus
- 1 keping asam gelugur
- 125ml air
- Garam dan gula secukup rasa
- Minyak untuk menumis
BAHAN KISAR:
- 5 ulas bawang merah
- 1 ulas bawang putih
- 2sm kunyit
- 15 biji cili padi
- 2 biji cili merah
- 1 batang serai
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga wangi.
2. Kemudian masukkan tempoyak, asam gelugur dan juga air. Gaul hingga sebati dan biarkan mendidih.
3. Seterusnya masukkan petai, udang dan daun kunyit yang telah dimayang halus. Masak sehingga pekat.
4. Perasakan dengan garam dan gula dengan secukup rasa.
5. Sedia untuk dinikmati.
Info chef: Kurangkan jumlah cili untuk mengurangkan rasa pedas.
6. GULAI IKAN KERING DENGAN BETIK
BAHAN-BAHAN:
- 1 biji betik mengkal
- 8 ekor ikan masin cencaru| dipotong empat
- 8 ulas bawang merah | dikisar
- 3 ulas bawang putih | dikisar
- 3 sudu makan rempah kari ikan
- 1kg santan
- Garam, gula dan serbuk perasa secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Kupas kulit betik dan potong mengikut saiz bersesuaian. Celur sebentar dan toskan airnya.
2. Menggunakan periuk berasingan, satukan santan bersama bahan kisar serta rempah kari ikan. Kacau sebati.
3. Masukkan betik dan ikan masin. Biarkan sehingga mendidih.
4. Perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa.
5. Angkat dan sedia untuk dinikmati.
Info chef: Rasa kuah terlebih dahulu sebelum memasukkan garam kerana ikan masin telah memberikan rasa pada masakan.
7. KULIT TEMBIKAI TUMIS AIR
BAHAN-BAHAN:
- 1 biji buah tembikai | diambil kulit putihnya
- 2 ulas bawang putih | ditumbuk kasar
- 1 biji bawang besar kuning | dimayang
- 2 biji cili merah | dihiris
- 100gm udang segar
- 1/2 sudu teh serbuk lada hitam
- 10gm suhun
- 500ml air
- Garam, gula dan serbuk perasa secukupnya
- Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dan tumis bawang putih bersama serbuk lada hitam hingga garing.
- Masukkan udang dan kacau sehingga setengah masak.
- Kemudian masukkan air diikuti kulit tembikai. Biarkan mendidih seketika.
- Masukkan suhun,, cili merah dan hirisan bawang besar. Perasakan secukupnya.
- Apabila kulit tembikai telah lembut, padamkan api dan sedia untuk dinikmati.
Info chef: Enak dinikmati bersama ikan masin goreng dan nasi panas.
Cara Masak Tauge Ipoh Macam Restoren Nasi Ayam Popular

Hidangan tauge Ipoh atau tauge celur ini selalu kita makan di restoren masakan Cina dan juga restoren nasi ayam yang popular di negara ini.
Walau nampak ringkas saja tapi tauge Ipoh ini memang sedap. Cuma bila ada yang cuba buat sendiri, tak menjadi pula.
Nak buat menu taugeh ini memang ada tekniknya, boleh guna cara yang dikongsi Nurul Asyikin ini.
Cara buat tauge Ipoh ala restoren The Chicken Rice Shop
Bahan-bahan:
Tauge
1 cawan air
1 sudu kicap
1 sudu sos tiram
1 kiub ayam
Minyak bijan
2 ulas bawang putih -dicincang
Daun bawang- dipotong
Cili merah dipotong
Bawang goreng
Cara membuat:
1. Celur tauge separuh masak. Kemudian toskan & bubuh dalam pinggan.
2. Sediakan 1 cawan air. Masukkan 1 sudu kicap, sos tiram, minyak bijan & 1 kiub pati ayam ke dalam cawan berisi air tadi. Kacau bagi sebati.
3. Sementara itu tumiskan seulas dua bawang putih yang telah dicincang hingga naik bau.
4. Kemudian curahkan bancuhan air tadi ke dalam tumisan dan biarkan mendidih sekejap.
5. Akhir sekali siram kuah ke atas tauge yang telah dihiaskan dengan daun bawang, hirisan cili dan bawang goreng. Siap!
Selamat mencuba
Sumber: Nurul Asyikin
Kari Kacang Hijau. Sedap Makan Dengan Capati

Isi Kandungan
ToggleKari kacang hijau atau paasiper curry ini memang sedap dengan keunikan rasa tersendiri. Ia salah satu masakan kaum India. Sangat sedap kalau dimakan dengan capati dan sambal.
Bolehlah cuba kari kacang hijau ini pula ye. Ikut saja resipi yang dikongsikan oleh puan Sheena Supra ini.
Kari Kacang Hijau
Bahan-Bahan:
1 cawan kacang
1 sudu kecil jintan manis – boleh beli online di sini
6-7 biji cili kering
1 sudu kecil serbuk kunyit – boleh beli online di sini
Sedikit serbuk cili – boleh beli online di sini
Garam – boleh beli online di sini
Air
Minyak masak – boleh beli online di sini
Bahan Tumis:
5 ulas bawang putih (hiris) – boleh beli online di sini
1 batang cili merah – boleh beli online di sini
5 biji bawang merah kecil (hiris) – boleh beli online di sini
1 biji tomato ( belah 4 atau 6)
Cara Memasak Kari Kacang Hijau:
Mula-mula kacang hijau direndam 4 jam. Atau kalau nak rendam semalaman pun boleh. Toskan dan ketepikan.
Panaskan minyak. Masukkan jintan manis. Kemudian masukkan cili kering. Tumis.
Setelah itu masukkan bahan-bahan lain tadi sekali gus. Tumis selama dua minit.
Masukkan kacang hijau yang direndam dan kacau sebati. Tambahkan air. Level air sampai bahan-bahan tadi tenggelam. Nak masukkan lebih pun tak apa.
Masukkan pula serbuk kunyit. Kacau sebati dan biar masak menggunakan api sederhana untuk 20 – 30 minit.
Selepas 20 – 30 minit, kacang hijau sudah masak sepenuhnya. Tambah air sikit lagi untuk buat kuah.
Kemudian perasakan dengan garam secukup rasa. Masukkan sedikit serbuk cili untuk bagi warna kari lagi cantik. Kacau sebati dan biar masak lagi dalam 10 minit.
Kacang hijau dah masak sepenuhnya. Siap. Sesuai dengan sambal ikan atau mana-mana sambal pedas. Dengan capati pun ngam!
SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Pajeri Nanas Ini Memang Sedap, Seimbang Rasa Masam Manis Dan Rempahnya
Masak Lemak Cili Padi Isi Durian Muda. Dah Rasa Baru Tau Sedapnya
Resipi Pisang Muda Masak Lemak Cili Api Tempoyak Sedapnya Lain Macam
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official