Terung Bakar Masak Lemak Putih ni sangatlah sedap jika dimakan bersama nasi panas. Digandingkan pula dengan ikan goreng dan sambal belacan, maka bertambah-tambahlah nasi di dalam pinggan. Kalau biasanya kita selalu masak terung berlada, kali ini jom kita cuba pula Terung Bakar Masak Lemak Putih. Resipinya ada dikongsikan oleh Zubaidah Awang RESIPI TERUNG BAKAR MASAK LEMAK PUTIH
BAHAN-BAHAN:
4 bji terung- dibakar dulu dengan api sederhana. Buanglah kulit-kulit hangus. Potonglah ikut panjang yang kita suka.
BAHAN UNTUK KUAH:
100g santan pekat
200g air
1 biji bawang besar potong 6
1 tangkai kacang panjang (jika ada) CARA MEMBUAT:
1. Masakkan semua bahan kuah hingga mendidih dan layu sikit semua bahan itu.
2. Selepas itu masukkan terung yang sudah siap kita potong tadi. 3. Kacau supaya semua bahan mesra. Siap untuk dihidangkan.
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA: