Terung Bakar Santan, Resipi Abah Yang Simple & Sedap

Share

Menu terung bakar bersantan ni, hidangan paling mudah dan ringkas untuk disediakan.

Lagi-lagi, aroma terung bakar digaul sekali dengan santan lemak, ada bau-bau bawang tu. Memang best. Kalau nak pedas, biasanya boleh letak hirisan cili.

Makan pula bersama hidangan lain seperti ikan bakar dan juga air asam. Fuhh, memang ngam habis. Jom cuba resipi daripada Adnan Mat Abu

ini.

 

RESIPI CARA BUAT TERUNG BAKAR BERSANTAN RESIPI ABAH

BAHAN-BAHAN:

4 biji terung
2 biji bawang merah | dihiris – beli online di sini
1 genggam ikan bilis – beli online di sini
3 biji cili padi – beli online di sini
Santan daripada ½ biji kelapa parut yang diperah
1 cawan air masak

TONTON Dapur Rasa Live: Asam Pedas Ikan Kembung

TONTON Dapur Rasa Live: Daging Kerutuk

CARA-CARA:

1. Mula-mula, bakar terung sehingga kehitaman.


2. Buangkan kulit terung yang hitam tadi. Potong terung supaya mudah santan untuk meresap

ke dalam terung.

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]


3. Hiris 2 biji bawang kecil. Tabur atas terung. Tumbuk segenggam ikan bilis bersama 3 biji cili padi. Masukkan ke dalam mangkuk

yang berisi terung.

[KLIK DI SINI SERTAI PERADUAN MAGGI RASA]


4. Masukkan santan. 1/2 biji kelapa parut diperah dengan secawan air masak. Masukkan dalam mangkuk berisi terung dan perasakan dengan garam.

5. Sedia untuk dimakan bersama hidangan lain.

Kredit resipi: Adnan Bin Mat Abu

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official

Published by
Ibnatie -Aziza Mat Roff