Terung Bulat Goreng Berlada, Menu Kampung Memang Padu.

Share

Menu kampung mudah dan cepat dimasak, ni lah resipi legend kesukaan ramai terung bulat goreng berlada. Campur pulak ikan bilis memang mantaplah, goreng dulu lagi best.

Resipi perkongsian Nurul Hawa Nadila Sari ni memang berbaloi untuk dicuba. Dah ada sajian ni, lauk lain takde pun takpe. Dah cukup sedap ni…

TERUNG BULAT GORENG BERLADA DENGAN IKAN BILIS

BAHAN-BAHAN :

  • Terung bulat (warna unggu/hijau pun boleh) – dipotong 2 dan direndam dalam air utk hilangkan getahnya

  • 1 bungkus ikan bilis – dicuci ( lebih kurang 1/2 genggam) – nak goreng dulu pun sedap
  • 4 biji cili akar
  • 2 biji cili hidup

* ditumbuk halus/dikisar separuh hancur pun boleh

  • 1 biji bawang merah besar
  • 2 biji bawang putih
  • 1 keping asam keping
  • Serbuk pati ikan bilis @ perasa
  • 2 sudu makan minyak

CARA MEMASAK :

1. Tumis bahan yang ditumbuk halus hingga wangi…
2. Masukkan ikan bilis dan asam keping kacau rata


3. Masukkan terung
4. Masak mengikut kematangan terung yang dikehendaki akhir sekali masukkan perasa atau kiub ikan bilis…(terung separuh msk pn boleh) Dapomamakemba

Kredit : Nurul Hawa Nadila Sari
                mahn

Published by
Faridah Talib