Kalau nak berjimat barangan runcit, bolehlah try resipi terung goreng berlada ini. Ramuan ringkas dan tak banyak mana pun ramuannya.

Ada terung dan ikan bilis, cukup khasiat. Tak ada lauk lain pun tak apa. Mahu bertambah-tambah nasinya

TERUNG GORENG BERLADA

Terung Goreng Berlada Paling Ringkas & Sedap

IKLAN

BAHAN-BAHAN :

  • 10biji terung potong ikut suka goreng
  • 150gm ikan bilis goreng garing

Bahan kisar

IKLAN
  • 10biji cili besar campur merah hijau
  • 15biji padi
  • Sedikit halia
  • 2biji bawang merah besar
  • 3ulas bawang putih
  • Sedikit perahan lemon @ air asam jawa

Cara membuat
1. Panas minyak masuk bahan kisar kacau hingga naik minyak dan garing.

2. Masuk garam gula dan serbuk perasa perahan lemon @ asam jawa sesuai dengan citarasa masing2.

IKLAN

3. Kalau nak kuah masuk air sedikit.Masuk terung dan ikan bilis kacau rata tutup api.

4. Tadaa dah siap blh makan dengan nasi panas2 ikan goreng dan apa2 yg anda suka. Slmt mencuba!

kredit: azizah daud

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI