Terung John. Menu rendah karbo yang enak dan mampu menjadi salah satu hidangan bagi anda yang sedang mengamalkan diet bagi menurunkan berat badan. Menurut empunya resipi, saudari Noorul Izzah Marzuki, menu ini adalah salah satu menu rendah karbohidrat yang diamalkan oleh beliau dan suami semasa proses menurunkan berat badan dari 130kg ke 65kg manakala suaminya dari 195kg ke 85kg. Bahkan mereka juga berjaya mengawal diabetes dan juga tekanan darah tinggi. Wow…Boleh dicuba ni. Jom lihat cara-caranya.
RESEPI TERUNG JOHN SEDAP UNTUK DIET
BAHAN-BAHAN:
1 biji terung panjang – potong memanjang
1 homemade beef patty/daging burger
3 biji telur
Garam pink himalaya – beli online disini
Serbuk lada hitam – beli online disini
Sedikit daun ketumbar
Sayuran/kubis
CARA MEMASAK:
1. Hancurkan dan masakkan sekejap daging burger di dalam kuali.
2. Bancuh telur dengan serbuk lada hitam, garam dan daun ketumbar di dalam mangkuk.
3. Kemudian masukkan daging burger hancur yang dimasakkan sebentar tadi (nak letak apa-apa rempah atau serbuk kari pun boleh). Ketepikan.
4. Panaskan sedikit mentega di dalam kuali, tabur garam dan serbuk lada hitam, panggang terung yang dipotong memanjang sehingga masak. Ketepikan.
5. Seterusnya, tuang adunan telur dalam kuali, ratakan.
6. Bila telur sudah masak bahagian bawah, ambil potongan terung yang sudah dipanggang tadi, tampalkan diatasnya.
7. Terbalikkan terung sebentar, kemudian boleh diangkat. Boleh letak mayones (kewpie merah) dan sayuran/kubis.
8. Terung John enak sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Noorul Izzah Marzuki
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official