Terung Masak Apapun Sedap, No.1 Wajib Cuba!

Share

Macam-macam menu boleh buat dengan terung, tapi yang autentik dan digemari ramai hingga sekarang adalah pajeri dan lawa terung.    Dua menu ini memang sedap.  Ada pulak ikan masin, memang sedap sangat dan tak perlu lauk lain lagi dah.

 

LAWA TERUNG

BAHAN-BAHAN:

  • 3 biji terung panjang
  • 1 cawan santan pekat
  • 1 biji limau nipis
  • 3 ulas bawang merah-hiris
  • 5 tangkai cili padi
  • Sedikit garam

CARA MASAK:

  1. Terung belah dia dan bakar
  2. Campurkan garam dalam santan sehingga cecukup rasa.
  3. Letakkan terung dalam pinggan hidang, tuangkan santan di atasnya.
  4. Kemudian taburkan hirisan bawang dan cili.
  5. Sedia dihidangkan.

 

PAJRI TERUNG

BAHAN-BAHAN:

  • 3 biji terung panjang- belah dua
  • 200 ml santan pekat
  • 3 sudu besar rempah kari daging
  • 1 sudu besar kerisik
  • 2sm kulit kayu manis
  • 4.kuntum bunga lawang
  • 4biji buah pelaga
  • 3 ulas bawang putih-kisar
  • 3 ulas bawang merah-kisar
  • 1cm halia-kisar
  • 1 sudu besar undang kering-kisar
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak untuk menumis

 CARA MASAK:1. Potong terung memanjang bersaiz lebih kurang sejengkal.

  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar bersama rempah sehingga naik bau.
  2. Kemudian masukkan rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air. Kacau hingga pecah minyak.
  3. Masukkan terung, kacau seketika dan masukkan santan.
  4. Masak sehingga kuah menjadi pekat atas api sederhana .
  5. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Published by
Norasida Myasin