
"Selak peti ais nampak terung bertimbun. Sayangnya kalau tak masak cepat ni, tapi bosan pula bila masak tak campur apa-apa.
Selak lagi peti ais ada ikan kering dengan petai. Memang padan ler tiga-tiga ni buat sambal kan. Makan dengan nasi panas tepi kolam ikan. Uih boleh layan 3 pinggan ni Sama je macam masak sambal biasa cuma campur ikan kering goreng dengan petai." itulah kata -kata Surya Sufyan yang berkongsi resipi ini.
Jom kita cuba sambal terung yang super lazat nih.
TERUNG SAMBAL IKAN KERING & PETAI
BAHAN-BAHAN:
2 biji terung terung
2- 3 ekor ikan kering (Saya guna ikan kering gelama)
Petai secukupnya

Bahan untuk ditumbuk kasar:
6 biji Cili padi
2-3 biji Cili merah
1 biji bawang merah
4 ulas bawang putih

Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK :
1. Goreng terung, potong membulat
2. Goreng Ikan kering
3. Tumis bahan tumbuk
4. Letak garam dan gula
5. Masukkan petai
6. Masukkan terung dan ikan kering goreng tadi
7. Kacau sebati.
8. Ok, sedia di hidang.
Mudah dan cepat. Tak ada laut lain, pun boleh makan nasi sampai licin tau.
Selamat mencuba.
Kredit :Surya Sufyan.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bakso Daging, Makan Panas-Panas Memang Sedap

Isi Kandungan
ToggleMakanan dari seberang, Indonesia seperti bakso memang dinikmati ramai.
Dapat semangkuk memang kenyang. Buat bakso ini nak lagi sedap boleh guna
rempah daging jenama Masako dari Indonesia. Lebih terasa keenakkan supnya bila
dihirup nanti.
Bakso Daging
Bahan-bahan:
Bihun dan mi kuning ( dicelur)
30 biji bebola daging Mohamad Armiya( direbus hingga masak)
Tulang + daging ( direbus hingga empuk)
Bahan tumis:
Rempah 4 sekawan
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
Akar ketumbar (optional)
3 sudu besar rempah daging/ kaldu daging jenama Masako (Indon)
Bahan kisar halus:
1 biji bawang besar
3 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
3 batang serai
1 1/2 inci halia
1 inci lengkuas
1 sudu besar lada hitam
1 sudu besar ketumbar
1 sudu besar lada putih
Bahan lain:
1 kiub daging
Garam, gula dan perasa secukup rasa.
Bahan ulam:
Kubis
Taugeh
Daun sup
Cara memasak:
1.Tumis bahan tumisan.
2.Masukkan bahan kisar halus.
3.Tumis sampai pecah minyak.
4.Masukkan 3 cawan air.
5.Kemudian masukkan air rebusan daging dan rebusan bebola daging.
6.Masak hingga mendidih.

7.Selepas itu masukkan bebola daging dan daging ke dalam sup.Biar mendidih.
8.Masukkan kiub daging.
9.Masukkan garam, gula dan perasa secukupnya
10.Siap untuk dihidang.
Sambal cili hijau
20 biji cili hijau
4 ulas bawang putih
2 sudu besar cuka makan
serbuk perasa
gula & garam
Semua bahan di atas dikisar halus dan dimasak hingga mendidih
dan sedikit pekat.
Kredit: Muliadi Ramli
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Cucur Bilis Tambah Kucai & Cili Kering Tumbuk, Sangat Sedap!
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Resipi Laksa Utara Sedap & Pekat Melikat Semudah ABC. Rugi Tak Cuba!

Ada yang teringin nak makan laksa hari ni? Jom cuba buat Laksa Utara. Sekali cuba, pasti tidak menyesal. Kuah yang enak, pekat berperisa. Sekali cuba, memang layan habis! Berikut adalah bahan-bahan yang anda perlukan.
RESIPI LAKSA UTARA
BAHAN-BAHAN:
- 1/2 kg ikan sardin segar
BAHAN A (KISAR HALUS)
- 2 biji bawang besar | potong 4
- 5 biji cili padi | optional
- 2 biji cili merah besar | potong 3
- Segenggam cili kering | direbus
- Sedikit belacan | jika suka
- Nota: Jika mahu pedas, lebihkan cili kering
BAHAN B:
- 2 kuntum bunga kantan | belah dua & ambil sekali dengan batang
- Secekak daun kesum
- 2 keping asam gelugur
CARA MEMASAK:
1.Rebus kosong ikan yang telah siap di cuci bersih. Ambil isi dan asingkan tulang temulang. Kisar isi ikan jangan terlalu hancur. Gunakan air rebusan ikan untuk mengisar . Ketepikan.
2. Kemudian masukkan tulang ikan ke dalam pengisar. Masukkan air rebusan ikan dan kisar hingga hancur. Tapis dan masukkan ke dalam bekas berasingan dengan kisaran isi ikan tadi.
3. Untuk menyediakan kuah, panaskan sedikit minyak dan tumis bahan A hingga garing. Kemudian masukkan bahan B. Gaul rata.
4. Kemudian masukkan isi ikan yang telah dikisar. Gaul lagi hingga sebati.
5. Masukkan air kisaran tulang ikan yang telah ditapis. Kacau rata.
6. Tambah lebihan air rebusan ikan yang telah ditapis.Kepekatan bergantung pada cita rasa masing-masing. Kacau dan biarkan mendidih. Masukkan garam, gula dan serbuk perasa secukupnya. Biarkan mendidih.
7. Sambil tunggu kuah laksa siap, didihkan air dan rebus laksa serta telur hingga masak. Setelah laksa empuk dan kenyal, toskan airnya.
8. Siap untuk dihidangkan. Laksa boleh dihidangkan bersama ulam-ulaman seperti salad, hirisan bawang, cili padi, timun, limau kasturi dan nanas.
Selamat mencuba!
Nota: Resipi ini sesuai dihidangkan untuk 5-6 orang makan.
Kredit resipi & gambar: Miya Aira
Resipi Sedap & Mudah Kuih Koci Labu Leleh, Memang Menjadi!

Kuih koci, antara kuih tradisional yang memang menjadi kegemaran dan sentiasa dihidangkan dalam majlis-majlis keramaian.
Tapi pernah tak makan kuih koci labu? Rasanya lemak manis memang disukai ramai!
Resipi yang dikongsi saudari Nor Al Fatihah ini, memang mudah untuk disediakan. Jom kita cuba!
KUIH KOCI LABU LELEH
BAHAN DOH KOCI:
2 cawan tepung pulut – beli online di sini
1 cawan puri labu (1/2 biji labu direbus/kukus. Kemudian, kisar tanpa air guna pengisar kering)
Sedikit air
½ sudu teh garam halus
Pewarna kuning (optional)
BAHAN INTI KELAPA
1 biji kelapa parut putih
½ cawan air
1 ½ keping gula melaka – beli online di sini
3 sudu besar gula pasir
Secubit garam
1 sudu besar tepung gandum – beli online di sini
2 helai daun pandan | disimpul
[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]
BAHAN DADIH SANTAN:
1 cawan santan pekat (saya pakai santan kotak) – beli online di sini
1 cawan air
1 sudu besar tepung beras – beli online di sini
1 sudu besar tepung jagung – beli online di sini
½ sudu teh garam halus
BAHAN-BAHAN LAIN:
Daun pisang secukupnya
Minyak untuk disapu pada daun pisang
Dapatkan Khind Multifunction Electric Skillet dengan HARGA ISTIMEWA DI SINI! Masukkan code RASGSP5 sebelum buat pembayaran untuk dapatkan DISKAUN EXTRA RM5!
CARA BUAT:
1. Inti kelapa; Cairkan gula melaka, gula pasir, garam bersama air dan daun pandan.
2. Masukkan kelapa parut. Kacau hingga air kering. Kemudian, campur tepung gandum. Kacau sebati. Inti jangan terlalu kering, biar lembab-lembab sikit baru sedap. Sejukkan inti dan bulat-bulatkan sebesar biji guli.
3. Doh koci; Satukan tepung pulut, puri labu dan garam. Gaul. Tambah air sedikit demi sedikit dan pewarna kuning sambil gaul hingga menjadi doh. Dohnya seperti buat doh buah melaka.
4. Sapu dulang dengan minyak supaya doh tak melekat pada dulang. Ambil sedikit doh, leperkan dan letak inti di tengahnya. Gentel bulat. Saya dapat 33 biji koci. Bergantung pada saiz juga.
5. Didihkan air. Rebus doh koci. Bila ia timbul di permukaan air, bermakna ia sudah masak. Toskan. Letak di dalam dulang dulu yang disapu sedikit minyak. Jarak-jarakkan koci supaya ia tak melekat di antara satu sama lain.
6. Dadih santan; Satukan semua bahan. Kacau sentiasa di atas api kecil hingga pekat dan meletup-letup.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
7. Masukkan koci ke dalam dadih dan gaul perlahan-lahan.
8. Sapu daun pisang dengan sedikit minyak. Letak koci dan sedikit dadih santan di atasnya. Lipat kedua-dua belah daun pisang.
9. Kemudian, hujungnya dilipat secara bersilang ke tengah. Kemudian, lipat lebihan hujungnya ke bawah.
10. Didihkan pengukus dulu. Kukus koci selama 5 minit dengan api sederhana.
Kredit resipi: Nor Al Fatihah
Kelas Online Rasa kini kembali & ia PERCUMA!
Nak belajar buat aneka juadah minum petang yang ringkas dan sedap? Jom sertai Kelas Online RASA bersama Chef Azreen, founder Dapur Kakhajjah.
Kelas Online Minum Petang
Tarikh: 10 September 2022 (Sabtu)
Masa: 10.30 pagi
Medium: Secara online/atas talian (link akan disertakan selepas pendaftaran)
Berminat nak join? FREE je tau. Daftar sekarang DISINI
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Set Nasi Lobak Merah & Ayam Bakar Super Sedap, Berbaloi Dicuba!
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap Dailymotion @Rasa dan YouTube @Majalah Rasa Official: