Korang penggemar makanan segera dan jenis orang  yang nak cepat dan malas lepak dalam restoran, boleh je beli melalui Drive-Thru atau pandu lalu. Berita baik untuk warga Lembah Klang, kini sebuah lagi cawangan restoran Texas Chicken yang menyediakan perkhidmatan Drive-Thru di Sunway Mentari, Petaling Jaya, Selangor.  Pembukaan ini susulan sambutan menggalakkan ke atas Drive-Thru di Sungai Petani, Kedah  yang dibuka pada tahun lepas.

 Texas Chicken Malaysia Buka Cawangan Pertama Drive-Thru Di Lembah Klang.

Kedudukan restoran ini sangat strategik dan mudah dikunjungi,   terletak  bersebelahan stesen minyak Shell Sunway Mentari. Dengan hanya memesan sambil pandu lalu, korang boleh pesan bermacam menu lazat yang disediakan dan jangan bimbang semua produk Texas Chicken disahkan halal oleh JAKIM.  

 Texas Chicken Malaysia Buka Cawangan Pertama Drive-Thru Di Lembah Klang.

IKLAN

Kalau korang nak santai sambil rehat  seketika melepaskan lelah, boleh saja makan di restoran yang sungguh selesa ini. Atau teringat keluarga di rumah,  boleh pesan dan ‘take away’ je ikut keselesaan. Jangan tak tau, kalau korangan makan di sini, minuman boleh tambah kalau tak cukup. Hemm memang berbaloilah singgah.  Tapi kalau tiba-tiba teringin nak makan menu Texas Chicken, datang je pada bila-bila masa di cawangan ini kerana ia dibuka 24 jam.

 Texas Chicken Malaysia Buka Cawangan Pertama Drive-Thru Di Lembah Klang.

IKLAN

Semasa pembukaan rasmi restoran ini, para tetamu telah menikmati pelbagai jenis menu Texas Chicken yang sungguh sedap yang diraikan sendiri oleh  Pengerusi Envictus International Holdings Dato’ Jaya Tan yang turut berharap  dapat menambah beberapa cawangan padu lalu di masa akan datang. Beliau juga telah melepaskan  kumpulan konvoi pandu lalu sebagai tanda perasmian.

 Texas Chicken Malaysia Buka Cawangan Pertama Drive-Thru Di Lembah Klang.

IKLAN

 

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI