Minum petang hari ni kita buat menu yang anak-anak pasti suka. Kalau menu roti ni jarang sekali anak tak suka. Dalamnya kita letak inti tuna barulah ada perisa dan kunyahnya pun sedap. Saiznya pun comel saja, mudah nak ngap nanti. Sesiapa yang suka boleh cuba resipi yang dikongsi oleh Hidayati Hana.
TUNA THAI BREAD
Bahan-bahan:
250gm tepung high protein(kalau nak guna tepung gandum pun boleh)
40gm gula halus
1 sudu kecil yis
1 sudu kecil baking powder
Secubit garam
1 biji kuning telur
100ml air
30gm marjerin (saya guna shortening)-BELI ONLINE DI SINI
1 biji telur- untuk sapu atas doh
Bread crumb secukupnya- BELI ONLINE DI SINI
Untuk inti:
1 tin tuna chili
1 sudu besar mayonis
Salad/timun
TONTON DAPUR RASA LIVE: Resipi Roti Pintal Kurma
Cara membuat:
1.Masukkan semua bahan dalam mixer/bm dan uli hingga sebati.
2.Uli hingga doh jadi elastic.
3.Bahagikan setiap doh 50gm dan bentukkn bulat (akan dapat dalam 10-11 biji )
4.Perapkan hingga doh kembang (dlm 30-40 minit)
5.Bila dah kembang sapukan telur (guna brush) dan taburkan bread crumb atas doh tadi.
6.Panaskan minyak goreng dengan api perlahan.
7.Dah siap, belahkan 2 jangan sampai putus.
8.Letakkan salad/ timun, tuna chili yang dah dicampurkan dengan mayonis dan tutup.
9.Siap untuk dihidangkan
**klu uli guna tangan, rendam dulu yis+gula dengan air suam hingga yis kembang
Kredit: Hidayati Hana
https://www.instagram.com/tv/CRKrlX2HNqh/…
Rasa Tak Puas Makan Burger Prosperity Di Mekdi? Jom Buat Sendiri
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI