Thermomix viral betul sekarang. Sejak dua ke tiga hari ni pakat gelabah masing-masing tentang gajet memasak baharu ini.Kalau anda mampu, silakan. Ya, harganya memang mahal RM7/8ribu sebiji bagi sesetengah orang. Tapi ada juga yang berkemampuan.
Setiap peralatan dapur tentunya ada kebaikan dan kegunaannya. Cuma kita perlu melihat kepada keperluan barangan tersebut kepada kita. Kalau dah beli eloklah digunakan agar wang yang dikeluarkan tidak membazir pula.Jika tidak perlu, janganlah terikut-ikut rentak orang atau ikut trend. Bak kata pepatah ukur baju di badan sendiri.
Thermomix diperkenalkan dengan inovasi dan kecemerlangan dengan kejuruteraan Jerman yang diilhamkan untuk teknologi dapur. Thermomix merupakan mesin memasak yang berkonsepkan gaya masakan untuk makanan yang bersih dan sihat, rendah kalori, diet yang seimbang.
Alat memasak ini mempunyai fungsi 22 dalam 1 di mana sekaligus menjadikan Thermomix sebagai pembantu dapur yang sempurna baik bagi yang wanita yang gemar memasak ataupun yang ingin belajar memasak buat pertama kali. Jadi dengan bantuan peralatan ini, tugas di dapur jadi lebih mudah dan jimat masa.
Diprogramkan untuk memasak hampir 50 menu. Ibu-ibu yang nak mahir masak hanya di hujung jari. Beribu-ribu resipi dalam tu. Cari sahaja nak masak apa.
Thermomix dah buat suku kerja memasak. Kebaikannya dengan Bibik German ni anda tak perlu risau yang lauk anda masak itu hangit atas dapur. Suhu dan masa memasak boleh disetkan untuk setiap langkah memasak.
Selain itu kalau memasak guna alat ini takde sambal tu merecik kotor dinding semua.Sejak ada Thermomix maka tersenyum lebarlah isteri bila suami dapat sediakan makanan di kala isteri bekerja dari rumah musim PKP ini.
Oleh itu pilihan di tangan masing-masing. Jangan pandang semua benda buruk dan negatif. Asalkan tidak berhutang keliling pinggang dan semua keperluan keluarga mereka berjaya settlekan.
Dikongsi resipi mudah oleh salah seorang pengguna Thermomix
Buat makan petang cream puff Sekejap je hilang.Tak boleh buat selalu. Takut jadi bulat macam cream puff.Saya ikuti resipi ni tapi saya ada juga buat penambahan untuk inti kastad tu. Kena ikut citarasa dan kreativiti juga kalau masa memasak ni.
Semua ni menjadi senang dengan Si Tara, thermomix saya tu.Dah tak payah saya nak kacau-kacau atas api. Bagi je Si Tara yang mengacau. 😍
Cream Puff
Cream Puff ni mudah nak buat. Rasa pun sedap.
Bahan-bahan
Pastry
250ml air
125gm butter
150gm tepung
sedikit garam & gula
4 biji telur
Cara
1. Didihkan air dan butter hingga butter cair.
2. Kemudian masukkan tepong yg dah diayak.
3. Gaul hingga sebati (tepong tak melekat kat bekas). Angkat dan sejukkan.
4. Bila dah sejuk, pukul sedikit dan masukkan telur sebiji-sebiji.
5. Bakar 25 minit dgn suhu 200˚C atau sehingga kekuningan.
Bahan Custard
500ml susu segar
100gm gula
80gm tepung custard
Cara
1. Hangatkan susu & gula atas api sederhana.
2. Masukkan tepung custard dan kacau hingga pekat.
Silalah cuba ye 😊
Sumber : Umi Imah