Bagi para peminat rancangan masakan, pastinya pernah menonton dan mengenali atok ini yang popular menerusi channel Youtube ‘ Grandpa Kitchen ‘kan? Dalam video-videonya, beliau banyak memasak hidangan dalam jumlah yang besar untuk sajian anak-anak yatim yang memerlukan.
Sifat pemurah serta aksinya yang bersahaja ketika memasak menggunakan dapur kayu menarik minat seluruh dunia sehinggakan channel Grandpa Kitchen berjaya mengumpul lebih dari 6 juta pengikut.
Namun, para peminat tidak dapat lagi menonton aksi Grandpa atau nama sebenarnya Narayana Reddy dari Telangana, India kerana beliau dilaporkan telah meninggal dunia. Menerusi video yang dimuatnaik pada 30 Oktober 2019, Grandpa dinyatakan telah meninggal dunia pada 27 Oktober 2019 di usia 73 tahun.
Grandpa from Grandpa's kitchen is dead. He was the most wholesome man on all of youtube, making large meals which he shared with orphans in his community. Been following him for a long time, and I cant really put into words how painful this is for me.
Rest in Peace pic.twitter.com/ULgDPAUQD6
— Yellow Cheese 🏳️🌈 (@YellowishCheese) October 30, 2019
Kehilangan Youtuber ini ditangisi para peminatnya di seluruh dunia.
Sedihnya…
Video masakannya menghiburkan peminat di seluruh dunia
Segala kebaikkan atok akan sentiasa diingati
Sumber: Twitter
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Restoran & Kedai Makan Boleh Mula Beroperasi Bermula 4 Mei Ini.
Sebentar tadi menerusi Perutusan Khas Perdana Menteri sempena Hari Pekerja yang disiarkan secara langsung Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan beberapa kelonggaran yang boleh dinikmati oleh rakyat sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan oleh kerajaan bermula 18 Mac yang lalu.
Kerajaan akan membuka semula hampir semua sektor ekonomi dan aktiviti perniagaan dengan kawalan serta menguatkuasakan standard operasi (SOP) yang ketat.
Salah satu kelonggaran yang pastinya melegakan ramai adalah Perdana Menteri mengumumkan pengusaha restoran, kedai-kedai dan gerai dan trak makanan boleh kembali beroperasi mulai 4 Mei ini namun dengan bersyarat.
Pengusaha- pengusaha restoran dikehendaki mengamalkan langkah pencegahan dan mematuhi peraturan beroperasi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
“Saya ingin memberikan beberapa contoh mudah bagaimana SOP ini hendak dilaksanakan.
“Jadi dalam sehari dua ini Pak Salleh boleh pergi ke restoran untuk bersihkan restoran, bersihkan pinggan, sudu, periuk dan lain-lain alat memasak, susun meja dan kerusi dan membeli stok barang-barang mentah,” katanya sempena Perutusan Khas Perdana Menteri Sempena Hari Pekerja yang disiarkan secara langsung di semua stesen televisyen di sini hari ini.
Dalam memastikan keselamatan pelanggan, Muhyiddin mengingatkan agar meja disusun dengan jarak sekurang-kurangnya dua meter antara satu meja dengan meja yang lain.
“Ini penting supaya di tengah-tengahnya ada ruang yang agak luas untuk pelanggan dan pekerja lalu, dan ada jarak yang selamat antara pelanggan yang makan di situ.
“Untuk pastikan penjarakan sosial ketika pelanggan makan, Pak Salleh boleh letak notis di setiap meja hanya satu orang, dua orang atau tiga orang dibenarkan makan bergantung kepada saiz meja.
“Kalau meja kecil mungkin satu orang atau dua orang sahaja dibenarkan. Kalau meja besar, mungkin tiga orang atau empat orang. Ini Pak Salleh kena tentukan,” katanya.
Walaubagaimanapun, majlis-majlis seperti kenduri, rumah terbuka, majlis berbuka puasa beramai-ramai dan sebarang bentuk perhimpunan yang melibatkan ramai orang adalah tidak dibenarkan.
Perjalanan rentas sempadan juga tidak dibenarkan kecuali untuk tujuan hadir bekerja dan pulang ke rumah sendiri setelah terkandas di kampung atau di tempat-tempat lain. Perjalanan rentas negeri untuk balik kampung masa cuti perayaan Aidilfitri tidak dibenarkan.
Berikut teks penuh ucapan Perdana Menteri.
Dekorasi Kek Menarik, Ilham Anak Muda Di Modernecks
Kedai kek dan pastri Modernecks Seksyen 24, Shah Alam, bagaikan magnet menarik pelanggan dengan kelazatan kek dan pastrinya yang dijual dengan harga berpatutan. Dekorasi gaya hipster, dekorasi kek warna warni nan cantik dan variasi pilihan menunya cukup memikat selera. Tapi yang paling kuat tarikan ke Modernecks ni adalah aroma kek dan pastri yang dibakar segar terus dari dapur dalam kedai.
.
Pemiliknya adalah anak muda berusia 30 tahun, Muhammad Firdaus Mohd Radzi yang menjadi ‘orang kuat’ memperkasakan perniagaan keluarganya. Mempunyai latarbelakang kulinari dan pembuatan kek dan pastri sebelum ini dia pernah meraih pengalaman sebagai Chef sepenuh masa di hotel terkemuka. Akhirnya memilih untuk memfokuskan dalam perniagaan kek dan pastri pada tahun 2017.
“ Saya suka keluar dari zon selesa kerana saya percaya apa yang saya ada iaitu kemahiran dan ilmu boleh digunakan dan untuk beri manfaat masyarakat. Kedai kek saya ini bukan sahaja menyediakan kek dengan harga berpatutan. Saya juga mengambil kakitangan dan ‘baker’ muda yang baru habis belajar bagi memberi peluang kepada mereka merasai bekerja dalam industri ini.
Kedai ini ibarat tempat staf saya berlatih dan menggilap bakat dan ilmu sambal menjalankan pekerjaan. Staff saya semuda 18 tahun dan semuanya berusia bawah 30 tahun,” kata Firdaus yang cukup bangga dengan kemajuan dan skil yang dicapai pasukan kerjanya.
.
Di antara kek yang popular di sini adalah Chocolate Fudge, Choc Caramel, Kek Pandan Gula Melaka, Kek Oreo, Salted Vanila Caramel, Rainbow Cakes, Kek Red Velvet dan Brownies. Manakala Rainbow Kek , Pavlova dan Krim Puff juga turut mendapat sambutan hangat pelanggan.
.
Lebih menarik kek juga dijual dalam bentuk mini (baby cake) bermula RM18 dengan berat 300gm bagi memberi harga yang lebih mampu buat pelanggan, Kek seberat ½ kg bermula dengan harga RM38 dan Satu kilogram pula dengan harga RM73,bergantung kepada jenis kek.
.
Modernecks juga turut menerima tempahan ‘custom made’, korporat dan majlis keraian. Lebih 60 peratus daripada tempahan yang diterima kini adalah melalui online melalui FB, Instagram dan juga Whatsapp.
.
INFO KEDAI :
Lokasi : No 9-G, Jalan Kangkung Puteri 24/7, Seksyen 24, Shah Alam, Selangor
Pemilik : Muhammad Firdaus Mohd Radzi dan keluarga
Waktu urus niaga : Setiap hari, Jam 10 pagi hingga 10 malam
Keistimewaan :
1. Menyediakan meja dan kerusi selesa bagi pelanggan yang memilih untuk makan di kedai.
2. Kek dimasak segar daripada dapur yang juga berada dalam kedai kek& pastry Modernecks ini.
3. Menerima tempahan korporat dan ‘custom made’ ikut tema dekorasi dan citarasa pelanggan.
4. Berazam menyajikan permintaan 500,000 pelanggan (warga Selangor) menjelang 2020
INGIN MENCARI MIXER DAN MESIN MEMPROSES TERKINI, JOM LAYARI DI SINI :
ANDA MUNGKIN MENYUKAI VIDEO MASAKAN INI :
DAN JUGA RESIPI-RESIPI INI :
https://www.rasa.my/kek-batik-indulgence-lembut-dan-bila-potong-tak-melekat/
https://www.rasa.my/kek-karamel-pelangi-kukus-lembut-di-tekak/
Kek Ogura Roselle Tanpa Pewarna Tiruan, Merah Asli Dari Roselle
Zukini Sayur Yang Bagus Untuk Kawal Kolesterol, Rendah Kalori & Bantu Cegah Penyakit.
Zucchini atau zukini adalah sejenis labu kecil yang dimanfaatkan sebagai sayur-sayuran. Kebanyakan bentuknya menyerupai mentimun namun ia hanya dapat dimakan setelah diolah dan tidak dapat dimakan mentah tanpa dimasak.
Diketahui zukini mengandung vitamin B kompleks dan serat yang sangat berguna untuk kesihatan. Berbagai kajian dan percubaan telah dilakukan, dan berikut adalah manfaat zukini bagi kesihatan.
KHASIAT ZUKINI
- Menurunkan kolesterol – Serat bersama asid yang dikeluarkan oleh hati membantu mencerna lemak di dalam tubuh. Kolesterol lebih banyak digunakan untuk mengeluarkan asid sehingga jumlahnya di dalam tubuh berkurangan.
- Mencegah kanser – Kandungan serat yang tinggi di dalamnya dikatakan dapat membantu mencegah karsinogen turun ke usus besar, dan membantu menjadikan usus sihat. Selain itu, Vitamin A, C dan asid folik, yang merupakan anti oksidan yang terdapat di dalam zukini juga dikatakan dapat menghancurkan karsinogen yang boleh menyebabkan berbagai jenis kanser berbahaya.
- Membantu untuk menghindari serangan jantung dan strok – Satu cawan zukini mengandungi sekitar 10% daripada keperluan harian magnesium yang disarankan, dikatakan dapat membantu mengurangi kemungkinan serangan jantung dan strok.
- Menurunkan tekanan darah – Ia juga dikatakan bermanfaat untuk membantu menurunkan tekanan darah kerana mengandungi kalium yang hadir bersama magnesium. Oleh kerana itu, pengambilannya secara teratur sangat bagus untuk mereka yang mengalami hipertensi, atau tekanan darah tinggi. Hal ini juga dapat membantu mencegah arteriosklerosis, suatu keadaan di mana pembuluh darah mengalami pengerasan kerana tekanan darah yang terlalu tinggi.
- Rendah kalori – Zukini yang rendah kalori sangat berguna bagi sesiapa yang sedang menjalankan program diet.
Di Malaysia, zukini yang dijual biasanya yang berwarna hijau serta kuning dan boleh diperolehi di pasaraya. Jika google resipi, memang sangat banyak hidangan yang boleh anda sajikan. Salah satunya ialah sup. Selain itu ia boleh juga panggang, digoreng dan dimasak tumis. Terpulang pada citarasa masing-masing.
ZUKINI KEJU WASABI
BAHAN-BAHAN:
- 1 batang zukini hijau | disagat riben
- 1 batang zukini kuning | disagat riben
- 10 biji ceri tomato
- 1 cawan krim masakan
- 1/2 sudu teh pes wasabi
- 1 kiub ayam
- 1/2 cawan keju cheddar
- Garam dan lada secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Gulung kepingan zukini hijau dan kuning dan susun dengan kemas dia dalam bekas untuk membakar.
- Selitkan tomato ceri di antara gulungan zukini. Taburkan dengan sedikit garam dan lada sulah.
- Panaskan krim, wasabi dan kiub ayam sehingga sedikit mendidih dan curahkan di dalam bekas berisi zukini tadi.
- Taburkan keju dan bakar pada suhu 160C selama 30 minit atau sehingga masak.
Info chef: Guna pengupas atau ‘peeler’ untuk mendapatkan hirisan kepingan zukini yang sama tebal dan cantik.