Sejak dari malam tadi, kecoh di media-media sosial mengenai akuan twitter Tuanku Permaisuri Agong Tuanku Hajah Aminah Maimunah Iskandariah@cheminahsayang yang tidak lagi aktif. Ia telah menyebabkan timbul tanda tanya dikalangan netizen yang mengikuti perkembangan permaisuri berjiwa rakyat ini.
Terkenal dengan sifatnya yang ramah dan bersahaja, baginda menggunakan akaun media sosialnya itu untuk berinteraksi dengan rakyat serta berkongsi momen-momen indah baginda yang rata-ratanya memang menarik perhatian ramai.
Perkongsian baginda kebanyakannya mengenai aktiviti-aktiviti harian, keluarga dan juga kucing terbaru peliharaan baginda.
Malah seperti yang kita semua sedia maklum, Permaisuri Agong juga seorang yang sangat handal memasak. Bukan hanya masak untuk ahli keluarga malah para pekerja istana juga dapat menikmati air tangan baginda. Oleh yang demikian, laman sosial ini menjadi ruang pengantara untuk baginda berkongsi resipi-resipi masakan yang dimasak supaya ia dapat dicuba sendiri oleh rakyat.
Ads
Oleh sebab itu, ketiadaan akaun media sosial Tuanku itu telah menjadi topik utama netizen yang turut menyatakan rasa sedih mereka. Malah pagi ini tanda palang (hashtag) #AmpunTuanku dan #PermaisuriAgong telah menjadi trending di laman twitter.
Berikutan hal tersebut, ada yang menyatakan bahawa Tuanku Permaisuri Agong menyahaktifkan akaun Twitternya kerana terdapat segelintir netizen mengeluarkan komen-komen negatif tentang perkongsian baginda.
Sedih akan hal ini, rakyat mula meluahkan rasa kecewa dan meminta Tuanku Permaisuri Agong mengaktifkan semula akaunnya itu.
Aku sedih kenapa Tunku Azizah deactive twitter
Mak buat akaun twitter semata-mata nak follow Permaisuri Agong
Peramah, down to earth & dekat dengan rakyat. Siap ada buku resepi memasak lagi.
Ads
Kami akan rindukan Tunku Azizah
Permaisuri Agong selalu kongsikan kebahagiaan, perkara positif dan doakan kita rakyat jelata.
Rindukan Permaisuri kami, tolonglah ‘kembalikan’ Baginda semula.
Kami berharap segalanya akan okay dan Tuanku akan kembali bersama kami di twitter semula.
Ads
Sentiasa positif & mendoakan rakyat
Diharap Tuanku Permaisuri Agong akan berkenan untuk membuka kembali akaun twitter beliau.
Sumber: Twitter
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Sama ada memasak di rumah atau oleh chef profesional, keju merupakan ramuan versatil yang boleh meningkatkan rasa dan tekstur masakan, menjadikan hidangan kelihatan lebih menyelerakan dan rasa lebih lazat. Bagi warga Malaysia yang sememangnya terkenal dengan kegemaran mereka terhadap makanan yang berkrim dan savuri, keju menjadi antara bahan yang paling kerap digunakan dalam masakan. Keju bukan sahaja meningkatkan rasa, ia juga menambah nilai khasiat disebabkan kandungan protein dan kalsium yang tinggi. Terdapat pelbagai pilihan keju yang anda boleh dapati, setiap satu dengan kualiti yang unik dan rasa keju yang cukup berbeza untuk dinikmati.
Perfect Italiano merupakan salah satu jenama keju yang paling popular dalam kalangan isi rumah di Malaysia. Terdapat pelbagai jenis keju dan ramuan kulinari yang dihasilkan oleh Perfect Italiano dengan menggunakan kaedah membuat keju Itali secara tradisional untuk memberikan sentuhan ala Itali dalam hidangan anda! Dengan Perfect Italiano, mereka yang memasak di rumah boleh menyediakan hidangan yang lebih enak seakan-akan chef profesional.
Perfect Italiano baru-baru ini memperkenalkan tiga produk baharu yang membawa “gusto perfetto” (rasa yang sempurna) dalam masakan anda. Pilihan baharu yang diadun khas untuk makanan kegemaran ini dicipta untuk meningkatkan rasa piza, pasta atau taco kegemaran anda serta hidangan harian Malaysia anda yang lain! Untuk lebih memudahkan pengguna, keju ini disediakan dalam bentuk yang sudah dicarik-carikkan supaya dapat digunakan pada bila-bila masa!
Dengan saiz bungkusan 150g, pek kecil ini sesuai untuk satu hidangan.
Irene Cheah, Pengarah Pemasaran Fonterra Brands Malaysia, berkata bahawa pilihan Perfect Italiano yang sedia ada menerima sambutan positif terutamanya sepanjang dua tahun yang lalu.
“Bagi menyokong matlamat Fonterra untuk membawa produk tenusu yang berkualiti kepada lebih ramai pengguna di Malaysia, kami membuat keputusan untuk menambah tawaran produk dengan pek 150g ini yang direka khas untuk isi rumah yang lebih kecil. Perfect Italiano adalah jenama keju masakan No. 1 di Australia dan ia diperbuat dengan kandungan tenusu asli yang berkualiti tinggi.”
“Dengan menyediakan pek keju Perfect Italiano dalam saiz 150g yang lebih kecil, lebih ramai keluarga dapat menikmati pelbagai jenis keju dengan lebih kerap lagi. Rakyat Malaysia sememangnya suka berkongsi hidangan dan mencuba resipi baharu. Rangkaian keju Perfect Italiano ini sudah semestinya dapat membantu mereka untuk menambah rasa baharu ke dalam masakan mereka. Ini sekali gus dapat mempertingkatkan rasa makanan mereka serta memberikan mereka pengalaman yang baru dalam menikmati makanan,” tambahnya lagi.
Jika anda gemar menikmati piza dengan “keju tarik”, Perfect Italiano Perfect Pizza ialah pilihan yang tepat . Gabungan keju Mozzarella, Cheddar dan Parmesan memberikan lelehan unggul pada setiap kali piza dimasak, untuk keseimbangan sempurna antara rasa keju dan kelenturan (stretchiness) yang tidak berminyak.
Sudah tentu, nama Perfect Pizza menunjukkan bahawa ia sesuai untuk membuat piza di rumah. Tahukah anda ia juga boleh menyerlahkan hidangan Malaysia yang lazat seperti Cheesy Pizza Roti Canai Sarang Burung? Ya, siapa kata piza tidak boleh disesuaikan mengikut cita rasa Malaysia yang tersendiri!
Untuk hidangan yang dibakar bersama keju yang masih menggelegak dari ketuhar, Perfect Italiano Perfect Bakes ialah pilihan terbaik anda. Cheddar berperisa penuh dicampurkan dengan Mozzarella untuk regangan (stretchiness) yang cantik, dan penambahan Parmesan memberikan hidangan yang penuh dengan rasa yang lazat. Sesuai untuk semua makanan yang dibakar, Perfect Bakes membantu anda memperoleh kerak coklat keemasan yang menyelerakan.
Jika anda ingin mencipta sesuatu yang baharu, cubalah Perfect Bakes dan buat sendiri hidangan pai yang lazat dan menyelerakan dengan inti tradisional Malaysia seperti Rendang Ayam. Bakar dengan hirisan kentang dan hidangkan sebagai pai. Keluarga atau tetamu anda akan kagum dengan hidangan unik yang lazat.
Menginginkan sesuatu yang penuh dengan rasa yang menyelerakan? Sediakan makanan Mexico yang enak dengan mudah bersama Perfect Italiano Mexican Style. Gabungan sempurna tiga jenis keju cepat cair – Mozzarella, Red Cheddar dan Colby – meningkatkan rasa masakan ala Mexico dari dapur anda sendiri. Campuran keju ini sesuai untuk hidangan Mexico seperti burrito, taco, nacho dan tortilla. Anda juga boleh mencipta hidangan setempat dengan memasukkan keju ini dalam Cheesy Ikan Bilis dan Tempe Taco Bowl! Itu akan menukarkannya menjadi snek berkeju untuk dinikmati di rumah bersama rakan dan keluarga anda!
Keju Perfect Italiano Perfect Pizza, Perfect Bakes dan Mexican Style (RM12.50, 150g) kini terdapat di pasar raya utama dan pasar raya hiper di seluruh negara. Produk Perfect Italiano yang sedia ada – Parmesan, Mozzarelly, Perfect Pizza (250g) masih laris dijual di pasaran. Dapatkan lebih banyak resipi menyelerakan menampilkan produk-produk Perfect Italiano di Dairylicious Malaysia di Facebook dan @dairyliciousmalaysia di TikTok!
Hero Remaja kembali lagi dalam edisi yang ke-11 dengan kehadiran Scha Alyahya dan Dato’ Rosyam Nor sebagai juri tetap program pencarian “Hero Remaja 2021” dan Shaza Bae (Dewi Remaja 2019) bergandingan dengan Nadhir Nasar (Hero Remaja 2020) sebagai hos sepanjang program ini yang akan ditayangkan secara eksklusif di saluran Astro Ria HD (104) dan Astro Ria (124) atau boleh distrim melalui aplikasi Astro Go dan On Demand sebanyak 8 episod setiap hari Sabtu bermula 11 September ini tepat jam 9 Malam.
12 Finalis Hero Remaja 2021 akan di nilai dari segi potensi dan kelebihan setiap finalis sepanjang program ini sebelum dinobatkan sebagai juara di pusingan akhir nanti.
Mulai 22 September, penonton juga boleh menonton keletah dan gelagat sebanyak 8 “webepisode” pengalaman Bersama 12 finalis Hero Remaja 2021 ini menerusi laman digital dan media sosial Majalah Remaja sebagai hiburan tambahan.
Kelebihan program pencarian “Hero Remaja 2021” kalini adalah finalis perlu merebut dua gelaran selain gelaran juara Hero Remaja 2021 iaitu Hero Inspirasi dan Hero Favourite. Penonton yang mempunyai hero pilihan boleh mengundi dengan menekan butang ‘vote’ pada profil hero pilihan anda melalui laman web www.remaja.my/hero pada setiap hari dan akan terus di buka sehingga finale.
Turut di raikan selaku penaja program pencarian “Hero Remaja 2021”, Nivea Men yang akan mempersiapkan finalis sepanjang program ini ditayangkan.
Jangan lepaskan peluang untuk mengikuti info terbaru mengenai pencarian Hero Remaja 2021 melalui laman web www.remaja/hero, Facebook [Majalah Remaja], dan Instagram [majalahremaja]
Hashtag :
#HeroRemaja
#HeroRemaja2021
#majalahremaja
Status arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sama ada dilanjutkan atau ditamatkan bakal diketahui hari ini selepas ia dilaksanakan sejak 18 Mac lalu mengekang penularan pandemik Covid-19.
PKP sepatutnya berakhir pada 14 April ini dan kerajaan dijangka membuat pengumuman yang pastinya sangat dinantikan-nantikan oleh rakyat di seluruh pelusuk tanah air.
Setelah hampir sebulan PKP dilaksanakan,rakyat tentunya mengharapkan PKP tidak dilanjutkan terutamanya bagi yang menjana pendapatan harian dengan berniaga kecil-kecilan, namun kerajaan pastinya akan membuat keputusan tepat berdasarkan situasi semasa kes Covid-19 di negara ini.
Untuk rekod, Malaysia merekodkan 69 kes sporadik Covid-19 setakat ini, iaitu kes yang tidak diketahui asal usul dan punca jangkitannya, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.
Justeru, Malaysia memerlukan kerjasama dan sokongan rakyat secara keseluruhannya dalam situasi PKP ini bagi mengekang penularan pandemik Covid-19 daripada terus menular atau memberi kesan yang tidak sepatutnya. Harus diingat, semakin kita ingkar arahan PKP ni, tidak mustahil semakin lama kita semua perlu ambil untuk memutuskan rantaian wabak ini.
Tunaikanlah tanggungjawab sebagai rakyat dengan mematuhi peraturan, tidak menyebarkan berita palsu termasuk di media sosial dan hargailah peranan petugas barisan hadapan yang sedang berjuang demi keamanan dan keselamatan negara.
Ayam masak kicap memang ada banyak versi, ada yang berkuah dan ada yang kering. Tapi jika juga ayam masak kicap versi pekat dan pedas boleh guna resipi perkongsian Almie Amira