Tiada Sekatan Perjalanan Pulang Ke Kampung, Ini Antara SOP Hari Raya Aidiladha Yang Perlu Dipatuhi

Share

Rasanya semua sudah boleh menarik nafas lega apabila kita semua dibenarkan untuk pulang ke kampung halaman masing-masing sempena Hari Raya Aidiladha yang bakal disambut pada Jumaat ini. Perkara ini diumumkan sendiri oleh Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob, Menteri Kanan Pertahanan dalam satu sidang media yang telah berlangsung sekitar jam 3.00 petang tadi.

Foto: Sumber Internet

Namun, orang ramai digesa agar mematuhi SOP yang telah ditetapkan. Menurut Menteri Kanan Pertahanan, walaupun kita dibenarkan pulang ke kampung, kita perlu jaga kita dengan mematuhi SOP yang ditetapkan. Perlu ada penjarakan sosial semasa ibadah korban, memakai hand sanitizer dan pemakaian pelitup muka. Selain itu, berikut merupakan antara SOP sempena Hari Raya Aidiladha dan ibadah korban:

1. Tiada sekatan rentas negeri untuk pulang menyambut Hari Raya Aidiladha, namun perlu mematuhi SOP yang ditetapkan.

2. Kerajaan memutuskan untuk menghadkan tidak lebih 10 ekor haiwan bagi masjid dan surau termasuk lokasi korban yang dibenarkan oleh Pejabat Agama Daerah dan PBT. Had ini tertakluk kepada keluasan lokasi korban.

3. Kerajaan menggalakkan agar ibadah korban dilakukan di rumah penyembelihan di bawah Jabatan Perkhidmatan Veterinar (28 buah) dan rumah penyembelihan Ruminan Swasta yang dilesenkan (31 buah)

4. Jumalah kehadiran sewaktu ibadah korban adalah 20 orang untuk setiap ekor haiwan.

5. Jamuan makan di tapak korban adalah tidak dibenarkan kecuali makanan dibungkus.

6. Mengambil kira Hari Raya Aidiladha yang jatuh pada hari Jumaat, ibadah korban digalakkan untuk dilakukan pada hari kedua dan dua hari Tasyrik.

7. Individu yang masih dalam proses kuarantin di rumah adalah dilarang sama sekali untuk keluar rumah, pulang ke kampung dan menunaikan solat sunat Aidiladha. Mereka juga tidak boleh menerima tetamu. Jika didapati melanggar peraturan yang ditetapkan, orang ramai diminta untuk melaporkan kepada PDRM.

Apa pun, kami dari Team RASA ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam. Dalam pada kita bergembira berjumpa sanak-saudara, jangan lupa jaga SOP okay. Pastikan anda sentiasa mencuci tangan, menjaga jarak, memakai hand sanitizer dan memakai mask jika keluar rumah. Kita jaga kita okay! 

 

Sumber: Awani & Twitter MINDEF Malaysia

Jika anda sedang mencari BARANGAN SEGAR sempena Hari Raya Aidiladha ini, boleh klik DISINI.

 

Artikel menarik yang boleh dibaca:

 

Resipi yang boleh dicuba di rumah:

Published by
Naqiyatul Uzma