Tidak Patuh Perintah Kawalan Pergerakan Boleh Cetus Gelombang Ketiga Covid-19 Yang Lebih Besar.

Share

Merujuk FB Kementerian Kesihatan Malaysia, setakat hari ini seramai 790 kes (setakat jam 5 petang) Covid-19 dilaporkan di Malaysia dengan dua kes kematian dicatatkan semalam. Situasi yang membimbangkan ini semestinya sangat serius malah pihak kerajaan telah mengambil langkah pencegahan dengan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan terhadap seluruh penduduk di negara ini.

 


Perintah Kawalan Pergerakan berkuat kuasa bermula hari ini hingga 31 Mac dalam usaha kerajaan mencegah penyebaran baharu penyakit Covid-19.

Namun disebalik usaha kerajaan dan juga barisan petugas kesihatan dalam membendung wabak ini, ada segelintir di kalangan rakyat yang ingkar dan tidak mematuhi langkah pencegahan yang telah ditetapkan. Ada yang masih berkumpul di tempat-tempat awam, pulang ke kampung halaman, menjamu selera di tempat terbuka dan sebagainya.

Sehubungan dengan itu, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah merayu kepada semua rakyat Malaysia agar mengambil serius Perintah Kawalan Pergerakan ini

“Hari ini adalah hari pertama Perintah Kawalan Pergerakan di negara kita. Dengan kata-kata mudah, sila duduk di rumah dan jarakkan diri daripada orang lain,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Beliau menggesa agar masyarakat membantu Kementerian Kesihatan dengan memainkan peranan masing-masing ke arah memutuskan rangkaian jangkitan Covid-19.

“(Ini) kerana setiap individu bertanggungjawab untuk mengambil segala langkah berjaga-jaga demi keselamatan diri dan keluarga,” katanya.

Menegaskan bahawa kegagalan bukan pilihan dalam soal menangani Covid-19, Dr Noor Hisham turut memperkatakan tentang bahaya yang mungkin muncul jika masyarakat mengambil sikap sambil lewa.

“Kita mungkin menghadapi gelombang ketiga virus ini yang seterusnya akan menjadi lebih besar seperti tsunami lebih-lebih lagi jika kita mempunyai sikap tidak kisah,” katanya.

Beliau mengakhiri hantaran itu dengan pesanan berikut kepada orang ramai, “Duduk di rumah dan jangan keluar.”

Kerajaan mengambil keputusan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan dari 18 hingga 31 Mac ini di seluruh negara untuk mencegah penularan baharu wabak Covid-19 yang dibimbangkan akan menjangkiti lebih ramai orang.

Malaysia mencatat dua kematian pertama akibat Covid-19 semalam.

 

Penjelasan lanjut bagi orang ramai tentang beberapa isu berkaitan dengan Perintah Kawalan Pergerakan.

 

Sumber: Sinar Harian / FB KKM

 

BOLEH CUBA MASAK NI:

 

Published by
Nur