Kulit telur, kulit bawang dan teh. Tiga bahan ini memang selalu kita gunakan untuk masakan dan minuman. Selepas guna biasanya kita terus buang. Walhal bahan ini sangat bermanfaat untuk tanaman kalau diolah semula.
Dikongsi oleh Alin Lin beliau menunjukkan cara untuk menggunakan semula bahan ini menjadi baja yang berguna untuk tanaman.
Serbuk teh
Serbuk teh yang telah kita guna boleh dikumpul setiap hari. Kemudian jemur teh ini hingga kering. Selepas itu simpan dalam bekas.
Serbuk teh ini bertindak sebagai kompos atau juga sebagai agen mengekalkan kelembapan tanah. Cara penggunaan gaul saja dengan tanah untuk bercucuk tanam atau tabur saja di atas batas atau dalam pasu.
Ads
Kulit telur
Kulit telur yang sudah digunakan ini basuh bersih dan jemur. Selepas kering kisar halus lalu simpan dalam bekas.
Ads
Serbuk kulit telur ini membekalkan kalsium yang membantu pokok membina sel-selnya. Cara penggunaan ia boleh ditabur saja di pangkal pokok.
Kulit bawang
Ads
Lepas kupas bawang, kulitnya kita simpan. Untuk dijadikan baja jemur kulit bawang ini sampai betul-betul kering macam keropok. Selepas itu kisar kering dan simpan dalam bekas.
Kulit bawang ini boleh digaul dengan tanah. Ia akan membantu pokok jadi lebih subur, menggalakkan pertumbuhan pucur baru dan mempercepat proses bunga, buah serta membunuh hama serangga.
Rasanya dari anak kecil hingga dewasa semua orang suka makanTelur Mata, kerana ia lauk paling cepat dimasak dan boleh dipandankan dengan apa juga makanan dari Nasi Lemak hingga ke roti atau dimakan begitu sahaja dengan kicap. Memang sedap dan nikmat, lagi-lagi ketika masih panas. Tetapi walaupun ia nampak ringkas dan senang menyediakan telur mata, namun untuk mendapatkan telur mata yang sempurna seperti telur mata yang disediakan oleh hotel lima bintang, ada tip yang perlu anda semua ketahui. Tipnya adalah seperti berikut:-
Guna Kuali Leper Tidak Melekat
Sekarang kebanyakan rumah mempunyai kuali non stick atau kuali tidak melekat. Jadi manfaatkan kuali ini untuk menggoreng telur mata, untuk hasil telur masak sekata gunakan kuali leper. Jika menggunakan kuali biasa, pastikan kuali tidak mudah melekat atau menggunakan kuali khas untuk menggoreng sahaja.
Cara Goreng
Panaskan minyak menggunakan api sederhana, pecahkan telur di dalamnya, kemudian siram-siram bahagian atas telur dengan minyak supaya anda tidak perlu membalikkan telur. Gunakan api sederhana sahaja, jika kuali terlalu panas bimbang kandungan nutrisi telur akan hilang.
Tutup Kuali
Boleh juga tutup kuali dan biarkan beberapa minit, tujuannya supaya kuning telur boleh masak tanpa perlu dibalikan dan mengelakkan bahagian kuning telur pecah.
Angkat Telur
Angkat telur sesuai dengan tahap masak yang anda perlukan. Sama ada telur dengan kuningnya setengah masak atau masak sempurna, terpulang pada cita rasa.
Senangkan kalau ikut cara yang betul ! Orang bujang boleh amalkan tip ini.
Tauge memang enak di masak ringkas. Buat sup atau goreng tumis pun dah cukup nikmat. Pun begitu jika tauge di simpan lama dalam peti ais akan membuatkan ia lembik dan tidak lagi rangup di makan.
Bagaimana memulihkan masalah ini dan mengelakkan ia menjadi lembik? Caranya mudah sahaja. Ambil sekeping asam keping dan rendam di dalam bekas berisi air dan tauge. Biarkan dan simpan di dalam peti sejuk. Hasilnya tauge kekal segar dengan lebih lama dan tidak mudah lembik.
Kerang rebus yang dicicah sos atau air asam memang digemari ramai. Selalu juga jika makan di restoren.
Cuma bila buat sendiri hasilnya kerang selalu liat, susah dikupas dan tak sesedap macam yang kita makan di luar.
Sebenarnya untuk dapat hasil kerang rebus yang lembut ada tekniknya. Dikongsi oleh Ibu Azzah, katanya kerang rebus tak perlu dimasak lama. Cukup seminit, untuk dapat hasil kerang yang bukan saja lembut dan tak liat, tapi juga juicy.
Cara-caranya
1. Rebus air dalam periuk hingga mendidih.
2. Terus masukkan kerang yang siap dibersihkan dan rebus selama seminit.
3. Cukup seminit terus tutup api dan tos kerang tadi.
4. Tunggu sejuk kemudian bolehlah dikupas dengan mudah. Hasilnya kerang akan lembut, juicy dan langsung tak liat.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!