Nak masak apa ya untuk menu berbuka, asyik nasi aje bosan gak. Jom goreng kuew teow atau nak masak berkuah pun best gak.Kuey Teow ni memang sedap kalau masak taruh kicap kan.

Jom kita cuba tiga resipi ini….

1. KUEY TEOW LADNA

Tiga Gaya Masak Kuey Teow Kegemaran Ramai..Sedapnya Berbuka

Bahan-bahan :

  • 4 paket kuey teow (leraikan)
  • 2 sudu sos tiram
  • 1/2 cawan kicap lemak manis
  • 1 sudu sos ikan
  • Sedikit air

Bahan Kuah:

  • 6 ulas bawang putih (cincang halus)
  • Sedikit minyak untuk menumis
  • 1 cawan isi ayam hiris
  • 1 cawan daging (dah direbus empuk dan hiris)
  • 1 paket serbuk mee sup
  • Air secukupnya (dalam 3 ke 4 cawan)
  • 2 biji telur
  • 2 sudu sos ikan
  • 1 biji limau nipis (ambil jus sahaja)
  • Sayuran pilihan (cendawan hitam yang direndam sampai kembang dan digunting, kailan, kobis cina, carrot dan cendawan enoki)
  • 3 ke 4 sudu tepung jagung bancuh dengan 1/2 cawan air

CARA MEMASAK :

1. Mula-mula buat kuey teow dulu. Panaskan kuali, masukkan semua kuey teow.
2. Gaul kicap, sos tiram dan sos ikan dan tuangkan kedalam kueyteow. Kacau guna api kecil sampai semua sebati dan hampir masak.
3. Tutup api, angkat.

4. Sekarang buat kuah. Panaskan minyak. Tumis bawang putih hingga keperangan dan naik bau.
5. Masukkan ayam dan daging. Kacau.
6. Masukkan air. Tambah serbuk mee sup, carrot dan batang kailan.

7. Perasakan dengan sos ikan. Kacau dan biar mendidih.
8. Masukkan cendawan hitam. Kacau.
9. Bila semua sudah mendidih, masukkan kailan dan kobis cina yang dipotong.
10. Tambahkan telur. Kacau perlahan.
11. Masukkan air tepung jagung dan kacau sampai pekat dan mendidih. Tutup api.
12.Tuang kuah atas kuey teow. Makan dengan cili potong dan sos ikan.
13. Siap.

IKLAN

Kredit: Kuali Mama

2.KUEY TEOW GORENG CHINESE STYLE

by sue

Tiga Gaya Masak Kuey Teow Kegemaran Ramai..Sedapnya Berbuka

BAHAN-BAHAN :
(A)

  • 1/2 kg kuey teow
  • 3 biji telur – pukul hancur sahaja

(B)

  • 5-7 ulas bawang putih – cincang halus
  • Udang dan sotong jika suka
  • minyak secukupnya untuk menumis

(C)

IKLAN
  • 1/2 sdm sos tiram
  • 1/2 sdt kicap cair
  • 1sdt kicap pekat manis – Sue tambah
  • 1/2 sdt kicap pekat – untuk warna sahaja
  • 1/2 sdt pitis otak udang – Sue tambah
  • 1 sdm sos cili – Sue tambah
    *Satukan sebati*
  • Tauge secukupnya
  • Daun kucai jika suka

CARA MEMASAK :
1) Tumis bahan (B), bawang dahulu sehingga kuning dan masukan udang. Biarkan sekejap sehinnga udang bertukar warna.
2) Kemudian masukan bahan (A) kuey teaw terlebih dahulu. Goreng sekejap sehingga minyak serap pada mee dan baru masukan telur. Biarkan sekejap sehinnga telur kering.
3) Kemudian masukan bahan (C) dan goreng lagi sehinnga sebati pada mee dan akhir sekali masukan tauge dan daun kucai. Goreng seminit dan tutup api.
*Penggunaan api mesti sedang besar supaya kuey teaw tidak hancur*

kredit: Sue
FB : Pesan Bonda

KUEY TEOW TH’NG..

Tiga Gaya Masak Kuey Teow Kegemaran Ramai..Sedapnya Berbuka

BAHAN-BAHAN :

Bahan sup ayam :

IKLAN
  • Isi ayam dan rangka ayam
  • Bwg putih 4biji(ketuk)
  • Halia 3 inci(ptong nipis)
  • Sengkuang 1biji kecil@gula batu(ptong nipis)
  • Kiub pati ayam (2 kiub)
  • 4 sekawan
  • Fish boll n fish kek
  • Garam
  • 5 sudu minyak bawang butih goreng

CARA-CARA MEMASAK :
1. Rebus semua bahan di atas sampai masak dan angkat tos kan isi ayam, fish boll n fish kek.. Biar kuah dgn api perlahan selama 10 minit siap😉😉

Bahan hiasan :

  • Isi ayam koyak nipis
  • Fish kek n fish boll ptong nipis
  • Daun sup n daun bwang
  • Taugeh mentah
  • Bawang putih goreng
  • Kuey teow kecik klu x dak besaq pon boleh😁😁

Bawang putih goreng
2. 4 labu bwg putih potong dadu klu malas tumbok ja.. Goreng dgn minyak banyak sampai garing siap😊😊

Bahan cabai kicap:

  • Cili padi 1 gengam
  • Bawang putih 4 biji
  • Limau 2 biji
  • Kicap manis
  • Sedikit belacan

CARA MEMASAK :
3. Goreng semua bahan diatas separuh masak masak dan kisar , dah siap😘😘

Kredit : nurul huda mustaffa

ANDA MUNGKIN JUGA SUKA VIDEO INI:

DAN JUGA RESIPI INI :

Sedap Sempoi Nasi Variasi Nasi Goreng Ni, Korang Patut Cuba.

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI