Tiga idea sarapan yang mudah dan sedap

 Tiga idea sarapan yang mudah dan sedap. Bolehlah sediakan untuk keluarga terutama bila waktu cuti. Kemudian duduk menikmati sarapan bersama. Best kan?

TIGA IDEA SARAPAN MUDAH DAN SEDAP

BAKED BREAKFAST OMELETTE

Tiga idea sarapan yang mudah dan sedap

BAHAN-BAHAN:          

4 biji telur gred A

½ cawan susu segar

¼ cawan cincangan sosej/pepperoni

1 biji tomato (cincang)

2 sudu makan parutan keju – Mozarela/Romano/Parmesan

1 sudu makan cincangan daun basil

Garam –  boleh beli online di sini

Ads

Lada hitam – boleh beli online di sini

Sedikit lada sulah – boleh beli online di sini

Mentega – boleh beli online di sini

CARA MEMASAK:

  1. Di dalam satu mangkuk, pukul telur bersama susu segar hingga sedikit kembang (jangan pukul berlebihan).
  2. Kemudian masukkan cincangan sosej/pepperoni. Tambah tomato, garam, serbuk lada hitam dan lada putih secukup rasa. Ketepikan.
  3. Sediakan loyang/bekas pembakar yang telah disapu sedikit mentega di sekelilingnya.
  4. Tuang bancuhan telur tadi ke dalam bekas tersebut.
  5. Tabur cincangan daun basil dan parutan keju.
  6. Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 190-200C selama 15-20 minit atau hingga telur masak.
  7. Angkat dan sedia dihidangkan.

BUBUR NASI AYAM

Tiga idea sarapan yang mudah dan sedap

BAHAN-BAHAN:

1 cawan beras wangi

1 keping dada ayam (dadu kecil)

½ batang lobak merah (dadu kecil)

2cm halia muda (mayang halus)

Air secukupnya

Cincangan daun bawang secukupnya

Garam – boleh beli online di sini

Lada sulah secukupnya Boleh beli online di sini

CARA MEMASAK:

  1. Rebus beras dengan air yang banyak sehingga beras hancur.
  2. Dada ayam dan lobak merah didadu kecil dan masukkan ke dalam bubur ayam. Masukkan hirisan halia. Gaul sekata.
  3. Didihkan bubur ayam beberapa minit lagi hingga semua bahan masak sepenuhnya. Tambah garam dan lada sulah secukup rasa.
  4. Tutup api dan angkat.
  5. Tabur cincangan daun bawang ketika menghidang.

ROTI BAKAR TELUR GOYANG

Tiga idea sarapan yang mudah dan sedap

BAHAN-BAHAN:

2-4 keping roti

2-4 biji telur

Ads

Mentega secukupnya – Boleh beli online di sini

Kaya secukupnya

Garam – boleh beli online di sini

Lada sulah secukup rasa – Boleh beli online di sini

Minyak masak secukupnya – Boleh beli online di sini

CARA MEMASAK:

  1. Bakar roti hingga perang.
  2. Sapu mentega dan kaya secukupnya di atas roti. Ketepikan.
  3. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Goreng telur mata kerbau setengah masak (kuning telur masih cair sedikit).
  4. Letakkan telur di atas roti bakar dan tabur sedikit garam dan lada sulah.

SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI 

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

Ads

Tiga Hidangan Starter Ini Pelengkap Hidangan Rumah Terbuka

Buat Agar-Agar Kering Ketika Musim Panas, Memang Cepat Keringnya

Resipi Koktail Buah Paling Mudah & Tak Guna Banyak Bahan

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official

 

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI