Tiga idea sarapan yang mudah dan sedap. Bolehlah sediakan untuk keluarga terutama bila waktu cuti. Kemudian duduk menikmati sarapan bersama. Best kan?
TIGA IDEA SARAPAN MUDAH DAN SEDAP
BAKED BREAKFAST OMELETTE
BAHAN-BAHAN:
4 biji telur gred A
½ cawan susu segar
¼ cawan cincangan sosej/pepperoni
1 biji tomato (cincang)
2 sudu makan parutan keju – Mozarela/Romano/Parmesan
1 sudu makan cincangan daun basil
Garam – boleh beli online di sini
Lada hitam – boleh beli online di sini
Sedikit lada sulah – boleh beli online di sini
Mentega – boleh beli online di sini
CARA MEMASAK:
- Di dalam satu mangkuk, pukul telur bersama susu segar hingga sedikit kembang (jangan pukul berlebihan).
- Kemudian masukkan cincangan sosej/pepperoni. Tambah tomato, garam, serbuk lada hitam dan lada putih secukup rasa. Ketepikan.
- Sediakan loyang/bekas pembakar yang telah disapu sedikit mentega di sekelilingnya.
- Tuang bancuhan telur tadi ke dalam bekas tersebut.
- Tabur cincangan daun basil dan parutan keju.
- Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 190-200C selama 15-20 minit atau hingga telur masak.
- Angkat dan sedia dihidangkan.
BUBUR NASI AYAM
BAHAN-BAHAN:
1 cawan beras wangi
1 keping dada ayam (dadu kecil)
½ batang lobak merah (dadu kecil)
2cm halia muda (mayang halus)
Air secukupnya
Cincangan daun bawang secukupnya
Garam – boleh beli online di sini
Lada sulah secukupnya – Boleh beli online di sini
CARA MEMASAK:
- Rebus beras dengan air yang banyak sehingga beras hancur.
- Dada ayam dan lobak merah didadu kecil dan masukkan ke dalam bubur ayam. Masukkan hirisan halia. Gaul sekata.
- Didihkan bubur ayam beberapa minit lagi hingga semua bahan masak sepenuhnya. Tambah garam dan lada sulah secukup rasa.
- Tutup api dan angkat.
- Tabur cincangan daun bawang ketika menghidang.
ROTI BAKAR TELUR GOYANG
BAHAN-BAHAN:
2-4 keping roti
2-4 biji telur
Mentega secukupnya – Boleh beli online di sini
Kaya secukupnya
Garam – boleh beli online di sini
Lada sulah secukup rasa – Boleh beli online di sini
Minyak masak secukupnya – Boleh beli online di sini
CARA MEMASAK:
- Bakar roti hingga perang.
- Sapu mentega dan kaya secukupnya di atas roti. Ketepikan.
- Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Goreng telur mata kerbau setengah masak (kuning telur masih cair sedikit).
- Letakkan telur di atas roti bakar dan tabur sedikit garam dan lada sulah.
SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official