Tiga masakan ikan ini mudah dimasak. Tapi rasanya tetap sedap. Musim perayaan begini, kalau asyik layan lauk pauk hari raya pun bosan juga kan? Yang simple tetap membuka selera.
1. Kelar ikan siakap seperti dalam gambar. Senang nak cubit-cubit nanti. 2. Perap dengan tepung Bestari original satu jam. Renjiskan minyak sedikit atas bekas dan badan ikan.
3. Masuk dalam AF. Saya bakar dua kali. Balikkan depan belakang. Kalau versi biasa terus je goreng dalam kuali dengan minyak yang cukup. 4. Siap! Masak cantik macam digoreng dalam minyak yang banyak.
*Masak ikan pun ada cara tersendiri untuk kurangkan kalori. *Sepatutnya guna salad yang biasa tu je. Tapi saya suka campur-campur. Ada timun batang, tomato ceri, daun ketumbar. *Saya guna suhun. Kalau guna bihun tak kick. Suhun ganti karbo untuk nasi.
1 genggam kecil cili padi hijau (tak nak pedas menyengat, boleh kurangkan dan gantikan dengan cili besar hijau) – beli online di sini 2 batang daun ketumbar ½ sudu besar nisse thai 3-4 sudu besar sos ikan – beli online di sini 1 labu bawang putih jeruk ½ biji lemon & ½ limau nipis (ambil airnya) Sedikit sahaja air
CARA-CARA:
1. Kisar sampai lumat. Tuang dalam mangkuk. 2. Kemudian masukkan 2-3 biji bawang putih cincang. Boleh sesuaikan rasanya kalau perlu. Sos nampak berbuih tu sebab saya ambil terus gambar lepas siap.
Pada zaman yang serba mencabar ini, soal perbelanjaan barangan dapur sangat memerlukan perancangan yang teliti. Lebih-lebih lagi sekiranya memiliki keluarga yang besar. Maka, sangat penting untuk membuat bajet sebaik mungkin, termasuk bajet membeli stok makanan basah untuk dimasak hari-hari. Kali ini RASA kongsikan resipi lauk pauk kampung yang anda boleh hasilkan dengan kos yang murah. Boleh cuba.
1. DAGING GORENG HALIA
BAHAN-BAHAN:
300gm daging |hiris
3 ulas bawang putih | kisar
5 ulas bawang merah |kisar
5cm halia | hiris keping
2 sudu sos tiram
Sedikit daun bawang
Sedikit cuka
Sedikit air
Gula secukupnya
Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
Tumis bahan kisar sehingga naik bau.
Masukkan daging dan sedikit air.
Masukkan cuka, gula, sos tiram.
Akhir sekali masukkan daun bawang.
Info chef: Resipi ini tidak menggunakan garam kerana sos tiram sudah masin.
2. AYAM MASAK KICAP
BAHAN-BAHAN:
1/4 ekor ayam |bubuh garam/kunyit dan goreng
1 biji bawang besar | potong wedges
3 ulas bawang putih |kisar
6 ulas bawang merah | kisar
5cm halia | kisar
2 helai daun bay
1/2 biji cili benggala
4 sudu makan kicap
Sedikit cuka
Sedikit air
Garam dan gula secukupnya
Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
Tumis bahan kisar sehingga naik bau.
Masukkan ayam yang telah digoreng tadi.
Masukkan cuka, kicap dan gula secukup rasa. Akhir sekali masukkan bawang besar dan cili benggala.
Angkat dan sedia dihidangkan
Info chef: Enak dimakan bersama nasi panas.
3. IKAN KUAH LADA
BAHAN-BAHAN:
3 keping ikan tenggiri
3 ulas bawang putih | kisar
6 ulas bawang merah |kisar
8 sudu cili kering kisar
2.5cm kunyit hidup | kisar
1 tangkai daun kari
2.5cm halia kisar
1 sudu kecil ketumbar |sangai dan kisar
1 sudu kecil jintan manis |sangai dan kisar
1 sudu kecil jintan putih |sangai dan kisar
1 sudu lada hitam – sangai dan kisar
5cm kelapa keping bakar
5 batang kacang bendi
2 biji tomato |belah empat
750ml air
Asam jawa dan garam secukupnya
Minyak untuk menumis secukupnya
CARA MEMASAK:
Tumis bahan kisar termasuk kelapa bakar sehingga naik bau Masukkan cili. Apabila cili sudah garing, masukkan 250ml air.
Masukkan ikan. Biar mendidih sebentar.
Kemudian masukkan perahan asam jawa bersama 500ml air tadi. Perasakan dengan garam secukup rasa Akhir sekali masukkan sayur bendi dan tomato bulat.
Angkat dan sedia dinikmati.
Info chef: Kelapa bakar itu perlu dibakar hingga hangus. Kemudian Kikis bahagian yang hangus dan ambil isi tengah. Kemudian kisar.
4. DAGING MASAK MERAH ALA THAI
BAHAN-BAHAN:
300gm daging | direbus bersama pewarna merah
1 biji bawang besar | hiris bulat
3 ulas bawang putih |kisar
5 ulas bawang merah |kisar
2.5cm halia | kisar
1 sudu makan sos ikan
1 sudu makan sos cili
2 sudu makan sos tomato
1/2 biji lada benggala hijau
Sedikit air
Garam dan gula secukupnya
Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
Tumis bahan kisar sehingga naik bau wangi.
Masukkan daging dan sedikit air. Kacau sebati dan biar mereneh.
Masukkan sos tomato, sos cili dan sos ikan. Akhir sekali masukkan cili benggala. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Angkat dan sedia dihidangkan.
Info chef: Jika anda suka kurang masin, tidak perlu masukkan garam kerana sudah ada sos-sos yang memberikan rasa pada masakan.
5. SAMBAL IKAN TONGKOL
BAHAN-BAHAN:
3 keping isi ikan tongkol | bubuh garam kunyit dan goreng
1 biji bawang besar | hiris bulat
3 ulas bawang putih | kisar
8 ulas bawang merah | kisar
6 biji cili merah |kisar
1 batang serai |titik
4 biji cili padi |kisar
2 biji tomato |belah empat
1 keping asam keping
Gula dan garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
Tumis bahan kisar dan serai yang dititik sehingga terbit bau.
Masukkan cili, tumis sampai garing
Masukkan pula ikan yang sudah digoreng tadi dan sedikit air.
Masukkan asam keping, diikuti dengan gula dan garam secukup rasa. Akhir sekali masukkan bawang besar hiris dan tomato. Gaul sebati.
Angkat dan sedia dihidangkan.
Info chef: Jika tidak suka terlalu pedas, tidak perlu masukkan cili padi.
6. DAGING TETEL MASAK SAMBAL
BAHAN-BAHAN:
300gm daging tetel | direbus hingga empuk
3 ulas bawang putih |kisar
5 ulas bawang merah |kisar
3 sudu cili kering kisar
1 batang serai | dititik
Sedikit asam jawa
Sedikit air
Garam dan gula secukupnya
Minyak untuk menumis secukupnya
CARA MEMASAK:
Tumis bahan kisar sehingga naik bau wangi. Masukkan serai yang telah dititik dan cili kering kisar. Kacau sebati.
Pastikan sehingga cili cukup garing barulah masukkan daging tetel diikuti sedikit air. Biar ia mendidih.
Perasakan dengan gula dan garam secukup rasa.
Angkat dan sedia dihidangkan.
Info chef: Jika hendak lebih berkuah, boleh tambah lebih air. Begitu juga sebaliknya.
Berita baik untuk para isteri bekerja yang selalu macam lipas kudung di dapur nak sediakan makan malam, jangan risau tak tau nak masak apa. Ini ada tiga menu ringkas yang sedap boleh anda semua masak. Kalau nak cuba, ini RASA kongsikan resipi udang, sotong dan filet ikan yang 15 minit boleh siap.
UDANG GORENG BERTELUR DAN DAUN BAWANG
BAHAN-BAHAN:
Bahan Perapan Udang:
300gm udang saiz sederhana | buang kulit dan cuci bersih
1 sudu teh garam
1 sudu teh minyak bijan
½ sudu teh serbuk lada sulah
Hirisan:
4 ulas bawang putih | cincang
1 biji bawang besar | cincang
3cm halia muda | hiris halus memanjang
Lain-lain:
4 biji telur
1/2 sudu teh serbuk lada putih
50gm daun bawang | potong 3cm
1 sudu makan susu segar
Garam secukup rasa
2 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
Bersihkan udang dan toskan, kemudian gaulkannya dengan garam, minyak bijan dan serbuk lada sulah. Perapkan 5-10 minit dan ketepikan.
Pecahkan telur dalam mangkuk dan campurkan dengan susu segar, serbuk lada sulah dan sedikit garam. Kacau rata sehingga sebati.
Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumiskan bahan hirisan hingga wangi.
Kemudian masukkan udang, kacau rata hingga udang kemerahan (lebih kurang dua minit). Angkat dan ketepikan.
Seterusnya panaskan sedikit minyak dalam kuali, masukkan telur dan kacau rata, lebih kurang satu minit.
Kecilkan api dan masukkan daun bawang dan udang yang telah digoreng tadi.
Kacau rata dan tutup api.
Sedia dihidangkan panas-panas.
KUNG PAO FILET IKAN CILI KERING BERSAMA DAUN BAWANG
BAHAN-BAHAN:
Bahan Perapan Ikan:
300gm isi ikan dory | potong 2-3cm
1 sudu makan putih telur | pukul perlahan
1/4sudu teh serbuk lada sulah
2 sudu makan tepung jagung
Bahan Sos:
1/2 sudu teh serbuk cili
1 sudu makan kicap
3 sudu makan air
1 sudu makan tepung jagung
1 sudu teh gula
Sedikit garam jika perlu
Bahan-bahan lain:
4 ulas bawang putih | cincang kasar
4 pokok daun bawang | potong 2-3cm
5 tangkai cili kering | potong 2cm
1/2 sudu teh perasa ikan bilis
CARA MEMASAK:
Untuk perapan ikan, masukkan ikan bersama bahan perapan yang lain dalam mangkuk.
Gaul rata dan perap lebih kurang 10-15 minit.
Sementara itu masukkan semua bahan sos ke dalam mangkuk, kacau rata dan ketepikan.
Panaskan minyak, goreng ikan sehingga bertukar warna kuning keemasan. Angkat dan toskan di atas tisu dapur.
Menggunakan kuali lain, panaskan sedikit minyak masak. Goreng cili kering bersama bawang putih hingga wangi.
Masukkan bahan sos, kacau rata hingga sos sedikit pekat.
Kecilkan api, masukkan isi ikan yang telah digoreng tadi bersama daun bawang.
Tutup api, dan gaul rata.
Angkat dan sedia dihidangkan panas-panas.
SOTONG MASALA
BAHAN-BAHAN:
Bahan Perap Sotong:
500 sotong saiz besar | cuci bersih dan potong kecil
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh serbuk kunyit
1/2 serbuk lada sulah
Bahan Tumisan:
4 ulas bawang putih | cincang halus
1 biji bawang besar | dadu kecil
3cm halia muda | hiris halus memanjang
3 tangkai daun kari | lurutkan dari tangkai
Bahan-bahan lain:
2 biji cili hijau | hiris bulat
1 pokok daun ketumbar | hiris halus
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
1/2 sudu makan serbuk kunyit
1 sudu teh rempah masala
1 biji tomato | potong dadu
2 sudu makan air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa.
2 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
Masukkan sotong dalam kuali bersama bahan perapan. Kacau rata.
Kemudian panaskan di atas api dan kacau lebih kurang 3-4 minit. Angkat dan ketepikan.
Menggunakan kuali lain, panaskan minyak dan tumis bahan hingga wangi.
Seterusnya masukkan serbuk kunyit, lada hitam dan rempah masala, kacau 1-2 minit.
Masukkan sotong, air asam jawa, hirisan cili hijau dan tomato. Kacau seketika.
Perlahankan api dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Selepas 1-2 minit, tutup api dan sotong sedia dihidangkan.
Jom cuba resipi meatball homemade sedap menyengat tanpa MSG! Sihat, mudah disediakan dan sesuai untuk hidangan keluarga. Ikuti langkah mudah ini sekarang.