Tiga Masakan Ikan Ini Mudah Dimasak, Tapi Sedapnya Tak Terkata

Share

Tiga masakan ikan ini mudah dimasak. Tapi rasanya tetap sedap. Musim perayaan begini, kalau asyik layan lauk pauk hari raya pun bosan juga kan? Yang simple tetap membuka selera.

GULAI IKAN MERAH PETAI

BAHAN-BAHAN:

3 keping isi ikan merah (bersihkan)

300ml santan 

50ml santan pekat

100gm petai – boleh beli online di sini

Bahan Kisar:

30gm bawang merah –   boleh beli online di sini             

5gm kunyit hidup   – boleh beli online di sini                    

15gm cili padi  – boleh beli online di sini  

                        

5gm garam – boleh beli online di sini

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan santan bersama bahan kisar. Kemudian masukkan isi ikan tadi. Biarkan seketika sambil dikacau perlahan.
  2. Selepas tiga minit, terbalikkan isi ikan dan masukkan petai. Kacau lagi.
  3. Akhir sekali masukkan santan pekat dan perasakan dengan garam secukup rasa. Biarkan selama dua minit dan tutup api.
  4. Angkat dan sedia dihidangkan.

SINGGANG PEDAS IKAN KEMBUNG

BAHAN-BAHAN:

2 ekor ikan kembung (bersihkan)

30gm lengkuas (dihiris) – boleh beli online di sini

10gm halia (hiris) – boleh beli online di sini

1 batang serai (hiris)

2 biji bawang besar (belah enam) – boleh beli online di sini

15gm cili padi- boleh beli online di sini

10gm kunyit hidup (hiris) – boleh beli online di sini

200ml air

10gm asam keping – boleh beli online di sini

Garam – boleh beli online di sini

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk kecuali ikan. Biarkan kuah mereneh.
  2. Perlahankan api dan masukkan ikan. Biarkan selama beberapa minit, bergantung pada saiz ikan tersebut.
  3. Tutup api dan angkat. Sedia untuk dihidangkan.

MASAK LEMAK SARDIN NANAS

BAHAN-BAHAN:

1 tin besar sardin makarel (buang sosnya)

200ml santan pekat

15gm cili padi – boleh beli online di sini

1 batang serai (titik) 

100gm nanas (potong)

5gm kunyit hidup (kisar) – boleh beli online di sini

Garam secukupnya – boleh beli online di sini

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan santan ke dalam periuk. Setelah itu masukkan kesemua bahan kisar. Kacau rata dan masak di atas api yang perlahan.
  2. Masukkan hirisan nanas dan serai. Biar seketika dan kemudian barulah masukkan ikan sardin. Perasakan dengan garam secukupnya.
  3. Kacau perlahan selama dua minit dan biar ia mereneh. Tutup api.
  4. Angkat dan sedia dihidangkan.

SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI 

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official

 

 

 

Published by
Nurul Azwa