Masakan Filipina agak ringkas, banyak dipengaruhi dengan masakan Spanyol dan negara jirannya seperti Malaysia dan Indonesia, antaranya masakan Ayam Adoba rasanya lebih kurang Ayam Kicap di Malaysia  dan Indonesia, sementara  Ayam Pocherol  seperti Ayam Stew. Jom kita cuba berpandukan resipi Rasa kongsikan ini.

Tiga Menu Filipina Yang Sedap Mengancam. No 1, Wajib Cuba!

AYAM KICAP FILIPINA (FILIPINO ADOBA CHICKEN)

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm ayam | potong sederhana, cuci  dan tos
  • 1 biji bawang Holland
  • 3cm halia muda | hiris memanjang
  • 2 biji kentang | belah empat
  • 3 sudu makan kicap  pekat
  • 2 sudu makan kicap manis
  • Air sesucupnya
  • 4 helai daun salam
  • Garam, gula dan perasa secukupnya
  • 2 sudu makan minyak masak

BAHAN PERAPAN :

  • 4 sudu makan kicap
  • 2 sudu makan cuka makan
  • 4 ulas bawang putih | cincang halus
  • 4 helai daun salam
  • 1 sudu makan serbuk lada hitam
  • 2 biji kentang  | potong dadu
  • Garam, gula dan perasa secukupny

CARA MEMASAK :

IKLAN
  1. Gaulkan ayam dengan bahan perapan, dan perap sekurang-kurangnya 30 minit di dalam peti sejuk.
  2. Panaskan minyak, tumiskan bawang Holland bersama halia dan daun salam hingga wangi.
  3. Masukkan ayam yang telah diperap tadi.
  4. Tambah air, tutup periuk dan biar ayam dan kentang empuk.
  5. Baru masukkan kicap pekat dan kicap pekat manis dan sos tiram.
  6. Perasakan dengan garam, gula dan perasa secukupnya.
  7. Setelah cukup rasa, tutup api dan sedia dihidangkan.

 Tiga Menu Filipina Yang Sedap Mengancam. No 1, Wajib Cuba!

BEEF KALDERETA

BAHAN-BAHAN:

IKLAN
  • 500gm daging batang pinang | potong kiub
  • 1/2 batang lobak merah | potong dadu besar
  • 1 biji kentang | potong dadu besar
  • 1/2 biji cili benggala merah | potong dadu besar
  • 1/2 biji cili benggala hijau | potong dadu besar
  • 1 biji bawang Holland | potong dadu besar’
  • 3 ulas bawang putih | cincang
  • 1 kiub pati ayam
  • 1 sudu teh empingan cili kering
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam
  • 1 cawan sos tomato
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 6 sudu makan minyak masa
  • Air secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan lebih kurang tiga sudu makan minyak masak, tumis seketika cili benggala. Angkat dan ketepikan.
  2. Diikuti dengan lobak merah dan tomato. Ketepikan
  3. Panaskan minyak dalam periuk, tumiskan bawang Holland dan bawang puting hingga wangi.
  4. Masukkan daging, kacau hingga dahing berubah warna keperangan baru masukkan sos tomato dan air.
  5. Masukkan pati ayam dan renehkan lebih kurang satu jam dengan api perlahan. Tambah air jika perlu.
  6. Setelah daging empuk masukkan, kentang, lobak merah dan cili benggala yang telah dimasak tadi. Tutup periuk dan biarkan seketika.
  7. Akhir sekali masukkan empingan cili, serbuk lada hitam, garam dan gula secukup rasa.
  8. Tutup api dan menu sedia dihidangkan.

Tiga Menu Filipina Yang Sedap Mengancam. No 1, Wajib Cuba!

 CHICKEN POCHERO

IKLAN

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm ayam | potong sederhana
  • 2 biji pisang Abu muda | buang kulit dan potong dadu
  • 1 biji kentang | buang kulit dan potong dadu
  • 1/2 cawan kacang kuda | rendam dan rebus
  • Sedikit kacang buncis | potong dua
  • Sedikit hirisan kubis
  • 1 biji bawang Holland | hiris nipis
  • 2 ulas bawang putih  | cincang
  • 1 pokok sawi putih | potong 3cm
  • 1 cawan sos tomato
  • 1 sudu makan kicap ikan
  • 1 sudu teh serbuk lada sulah
  • 4 cawan air
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 4 sudu makan minyak masak

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak, gorengkan pisang dan kentang kemudian ketepikan.
  2. Menggunakan minyak yang sama, tumiskan bawang merah dan putih hingga wangi.
  3.  Kemudian masukkan ayam hingga ayam kecut dan airnya kering,maskkan sos ikan dan kacau lagi.
  4. Tambahkan sos tomato dan air, biarkan mereneh di atas api pelahan sehingga  ayam empuk lebih kurang 30 minit.
  5. Perasakan dengan garam, gula dan serbuk lada sulah secukupnya.
  6. Masukkan kacang kuda, kentang dan pisang yang telah digoreng tadi, masak lagi lebih kurang 3-4 minit lagi.
  7. Akhir sekali masukkan kubis, kacang buncis dan sawi putih. Renehkan dalam 2-3 minit lagi.
  8. Setelah cukup rasa. Tutup api dan sedia dihidangkan.

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI