Tiga menu mudah untuk bekal sekolah anak ini, cepat dan mudah dimasak. Kalau nak jadi bekal ke pejabat pun apa salahnya, buangkan hiasan ala bento tu aje. Boleh masak resipi yang sama.

Cepat dimasak, enak dimakan sajian pasta, kentang dan cekodok atau pop corn brokoli ni memang sedap dinikmati. Jom semak resipi dari Young Chefs Academy ni.

1. BENTO PASTA ‘WAGON WHEEL’& SOS TOMATO BERKRIM

Tiga Menu Mudah Untuk Bekal Sekolah Anak. Nak Bawa Pejabat Pun Okay.
BAHAN-BAHAN :

  • 240gm pasta bentuk wagon wheel | direbus dan tos
  • 2 sudu makan mentega
  • 3 ulas bawang putih | dicincang
  • 1/2 biji bawang besar | dicincang
  • 100gm isi ayam | dipotong dadu
  • 1 cawan puri tomato
  • 185ml krim
  • 125ml susu segar
  • 30gm keju parmesan
  • 1 sudu teh basil
  • Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMASAK :
1. Cairkan mentega di atas kuali atas api yang sederhana. Masukkan bawang putih dan bawang besar dan tumiskan hingga naik bau.
2. Masukkan ayam dan masakkan ayam hingga empuk.
3. Masukkan kesemua bahan-bahan, kacau hingga keju menjadi cair. Perasakan dengan garam dan gula.
4. Masukkan pasta dan gaul selama 2 minit atau sehingga soso tomato jadi pekat.

Saiz Hidangan: 4 Orang
Waktu memasak: 40 minit
Cara memasak : Tumis
Jenis masakan: Pasta
Keistimewaan : Pasta lazat dengan rasa tomato dan keju berkhasiat
Anggaran kos : RM15

IKLAN

INFO CHEF : Jika suka anda boleh variasikan menu dengan memasukkan cendawan butang.

2. POP CORN BROKOLITiga Menu Mudah Untuk Bekal Sekolah Anak. Nak Bawa Pejabat Pun Okay.
BAHAN-BAHAN :

  • 1/2 brokoli | direbus dan dicincang halus.
  • 1 biji telur
  • Secubit garam
  • Secubit lada hitam
  • 1/2 sudu teh serbuk bawang putih
  • 1/2 sudu teh oregano
  • 1/2 sudu teh paprika
  • 1/2 cawan keju cedar
  • 1/2 cawan serbuk roti
  • 2 sudu makan minyak sayur

Bahan sos yogurt :

  • 2/3 cawan yogurt
  • 1/2 sud makan jus limau nipis
  • 1 biji bawang putih | dicincang

CARA MEMASAK :
1. Panaskan ketuhar pada suhu 200 darjah C.
2. Di dalam mangkuk pukul telur, garam, serbuk bawang putih, oregano, lada hitam dan paprika. Kacau sehingga rata.
3. Masukkan keju cedar, serbuk roti dan brokoli yang telah dicincang. Gaul hingga sebati.
4. Ambil sudu besar kaut dan bentukkan 16 biji bebola.
5. Bakar pop corn di dalam ketuhar selama 15-20 minit.
6. Untuk sos: Masukkan semua bahan-bahan dan kacau hingga sebati.

IKLAN

Saiz Hidangan: 4 Orang
Waktu memasak: 40 minit
Cara memasak : Bakar
Jenis masakan: Snek ala cucur
Keistimewaan : Cara terbaik agar kanak-kanak menggemari makan sayur
Anggaran kos : RM 14

INFO CHEF : Brokoli mengandungi kadar kalsium dan vitamin K yang tinggi untuk kesihatan tulang dan cegah osteoporosis.

3. KASEROL HASHBROWNTiga Menu Mudah Untuk Bekal Sekolah Anak. Nak Bawa Pejabat Pun Okay.
BAHAN-BAHAN :

IKLAN
  • 1 cawan kentang, dikupas dan disagat
  • 1/2 biji bawang besar | dipotong dadu
  • 1/3 cawan mentega
  • 1/3 cawan tepung gandum
  • 1 1/2 cawan stok ayam
  • 1/2 cawan keju mozarella
  • Garam secukup rasa
  • Lada hitam secukup rasa

CARA MEMASAK :
1. Panaskan ketuhar pada suhu 180 darjah C.
2. Cairkan mentega di dalam periuk dan tumis bawang hingga naik bau.
3. Masukkan tepung dan kacau hingga rata. Masukkan stok ayam, garam, dan lada hitam. Kacau sehingga kuah menjadi pekat.
4. Masukkan kentang yang disagat di dalam bekas aluminium. Tuang kuah stok ayam sehingga menutupi kentang dan taburkan keju mozarella.
5.Bakar hashbrown di dalam ketuhar selama 20-25 minit.

Saiz Hidangan: 2 Orang
Waktu memasak: 45 minit
Cara memasak : Tumis dan goreng
Jenis masakan: Sajian barat
Keistimewaan : Rasa kentang yang kaya dengan keju enak
Anggaran kos : RM 15

INFO CHEF : Bekal makanan yang kaya dengan serat. Pilihlah kentang russet untuk rasa terbaik

Resipi : YOUNG CHEFS ACADEMY, IPC Shopping Centre, L2.18, 2, Jalan PJU 7/2, Mutiara Damansara, Petaling Jaya, Selangor & No.5-3 Jalan 26/70A, Desa Sri Hartamas, Kuala Lumpur.https://youngchefsacademy.com

Terima kasih : Chef Brian Chen

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI