Tiga Menu Tempe Super Simple, Gerenti Sedap!!!!

Share

Ikan Mahal ! Jom Tukar dengan tempe kerana ia juga sumber protein dan harganya jauh lebih murah dari harga ikan. Tempe ini kalau ena gaya masak, pasti rasanya  tidak akan menyecewakan. Sebab itulah ramai yang menyukai makanan yang diperbuat dari kacang soya ini.

Tempe sumber protein yang boleh dipelbagaikan cara memasak, berikut tiga resipi mudah sesuai untuk anda yang setiap hari sentiasa dikejar masa.  Ketiga-tiga resipi ini hanya memerlukan 15 minit sahaja untuk memasak, tak percaya cubalah… mudah je..

TEMPE SOS TIRAM BERSAMA TAUHU

BAHAN-BAHAN:

  • 1 paket tempe| hiris memanjang
  • 1 keping tauhu | hiris memanjang
  • Sedikit  hirisan  cili benggala merah
  • Sedikit hirisan cili beneggala hijau
  • 1 biji bawang besar | hiris
  • 2 ulas bawang putih | titik
  • 10 biji cili padi | hiris
  • 2 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu makan sos tomato
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak masak secukupnya untuk menumis dan menggoreng

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak, goreng tempe dan tauhu satu per satu, angkat dan ketepikan.
  2. Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis.
  3. Tumis bawang besar, bawang putih dan hirisan cili hingga wangi.
  4. Masukkan  hirisan cili benggala merah dan hij
  5. Diikuti tempe dan tauhu yang digoreng tadi, kacau rata.
  6. Tambahkan sos tiram dan sos tomato. Kacau  rata.
  7. Perasakan dengan garam  dan gula secukupnya.
  8. Setelah cukup rasa, angkat dan hidangkan.

TEMPE NUGGET MASAM MANIS

BAHAN-BAHAN:

  • 1 keping tempe | potong empas segi  3X3 cm
  • 1biji telur
  • 3 sudu makan tepung gandum
  • 1/2 biji bawang besar | dadu halus
  • 2 ulas bawang putih | cincang halus
  • 2 sudu makan Sos Cili Thai
  • 1biji cili merah | cincang halus
  • 1 tangkai daun ketumbar | hiris halus
  • 1 biji limau nipis | ambil jusnya sahaja
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak masak secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak dalam kuali.
  2. Sementara itu, celupkan tempe dalam telur yang telah dikacau bersama sedikit garam.
  3. Kemudian gaulkan dalam bekas berisi tepung dan goreng hingga kekuningan.
  4. Angkat dan ketepikan.
  5. Keluarkan minyak, tinggalkan sedikit untuk menumis sos.
  6. Tumiskan bawang merah dan putih hingga wangi.
  7. Masukkan Sos Cili Thai, cili air jus limau nipis, hirisan daun ketumbar, garam dan gula secukupnya.
  8. Akhir sekali, tutup api dan masukkan tempe yang telah digoreng. Gaul rata dan angkata.
  9. Sedia dihidangkan.

TEMPE TENDER BERSAMA SOS KICAP

BAHAN-BAHAN:

  • 1 keping tempe | potong memanjang
  • 1 biji telur
  • 1 cawan nestum | hancurkan
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam
  • Secubit garam

BAHAN SOS KICAP:

  • 2 sudu makan kicap pekat manis
  • 6 ulas cili padi
  • 1 biji cili merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 1 biji limau nipis | ambil jusnya sahaja
  • Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMASAK:

  1. Untuk  menyediakan tempe tender, pecahkan telur dalam mangkuk.
  2. Campurkan sedikit garam dan serbuk lada hitam. Kacau rata.
  3. Celupkan tempe dalam telur kemudian gaulkan dalam serbuk nestum.
  4. Sementara itu, panaskan minyak dalam kuali.
  5. Goreng tempe hingga kekuningan, angkat dan toskan minyaknya atas tisu dapur.
  6. Untuk menyediakan sos kicap. Campurkan semua bahan dan kisar hingga halus.
  7. Tempe sedia dihidangkan dengan sambal  kicap.
Published by
Zera Naim