Jangan kata tak pandai baking ye… kalau ada minat dan kesungguhan boleh punya. Inilah yang dibuktikan oleh dua beradik kembar, Liza dan Wani dari @Twinniespastries. Mulanya  suka-suka baking sekarang dah buat bisnes. Percayalah …tiga resipi yang disedikan oleh kembar ini memang sedap  dan tak muak makan sebab admin dah cuba pastri  savory yang dia orang buat.   Untuk permulaan kita cuba dulu resipi yang dikongsikan oleh mereka.

Tiga Pastri Savory Yang Sah Sedap, Anda Wajib Cuba!

SHEPHERD PIE

BAHAN-BAHAN:

BAHAN DOH:

  • 250gm mentega
  • 500gm tepung gandum
  • 20gm kuning telur
  • 60gm air sejuk
  • 1/2 sudu teh garam

BAHAN INTI:

Ads
  • 1 biji bawang yang telah didadu halus
  • 1 tin peeled tomato
  • 200gm daging kisar
  • 1 helai daun bay
  • Sedikit mix herbs
  • 3 biji kentang
  • 1/2 cawan susu segar
  • Sedikit garam
  • 2 sudu makan mentega

CARA MEMASAK:

  1. Putar mentega dan masukkan telur.
  2. Kemudian masukkan tepung dan putar hingga menjadi seperti serbuk roti.
  3. Garam dicampurkan dengan air dan tuangkan dalam adunan tepung tadi.
  4. Gaul sebati dengan tangan atau mesin.Tekapkan dalam acuan.
  5. Masak bahan inti daging.
  6. Untuk bahagian kentang putar, Rebus kentang sampai lembut, kemudian tapis. Dalam bekas yang lain, masukkan mentega, sedikit garam dan 1/2 cawan susu segar, putar sehingga tekstur menjadi halus. Letak tepi.
  7. Sapukan lapisan pertama dengan kentang putar, diikuti dengan inti daging dan diakhiri dengan kentang putar. Tabur sedikit keju parmesan.
  8. Bakar dengan suhu 150c.

Tiga Pastri Savory Yang Sah Sedap, Anda Wajib Cuba!

 BABY SPINACH AND SALMON QUICHE

BAHAN-BAHAN:

  • 1 keping short crust pastry
  • 3 biji telur
  • 1/2 cawan susu segar
  • 1/4 cawan tepung gandum
  • 1/2 sudu teh baking powder
  • 60gm mentega| dicairkan
  • 285gm kepingan ikan salmon
  • Sedikit garam
  • 1/2 cawan keju

CARA MEMASAK:

  1. Pecahkan telur, masukkan susu, tepung, baking powder dalam mangkuk. Pukul hingga sebati.
  2. Masukkan butter, kepingan ikan salmon dan keju ke dalam bancuhan telur tadi.
  3. Tuangkan ke dalam acuan short crust pastry dan bakar pada suhu 180C.

Tiga Pastri Savory Yang Sah Sedap, Anda Wajib Cuba!

CHICKEN CORNISH

BAHAN-BAHAN:

BAHAN KULIT PASTRI:

Ads
  • 250gm mentega
  • 200gm tepung gandum
  • 20gm kuningtelur
  • 60gm air sejuk
  • 1/2 sudu teh garam

BAHAN INTI:

  • 1 keping dada ayam
  • 2 biji kentang di dadu
  • 2 sudu serbuk kari ayam
  • 1 inci halia dihiris
  • 2 biji bawang merah | mayang halus
  • 1 ulas bawang putih | mayang halus
  • Sedikit daun ketumbar

CARA MEMASAK:

  1. Putar mentega dan kuning telur. Masukkan tepung dan putar hingga menjadi seperti serbuk roti.
  2. Kemudian campurkan garam yang disatukan dengan air ke dalam adunan tepung tadi.
  3. Gaul sebati dengan mesin atau tangan.
  4. Untuk bahan inti, daging ayam direbus bersama halia hingga masak. Sesudah masak, asingkan halia dan carik-carikkan daging ayam menjadi halus. Ketepikan.
  5. Panaskan minyak. Gorengkan bawang merah dan bawang putih sampai naik bau, masukkan serbuk kari dan goreng hingga garing.
  6. Masukkan kentang dan air rebusan ayam. Masak sampai kentang lembut.
  7. Taburkan daun ketumbar yang diracik halus, dan diperasakan dengan garam.
  8. Canai kulit pastri bentuk bulat, letakkan inti ayam di tengah pastri dan balut.

 

 

Ads

 

 

 

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI