Tiga pencuci mulut Ini anak gerenti suka. Bila nak pujuk anak-anak berpuasa, kadang susah juga. Mak ayah kena bijak main peranan. Salah satu cara dengan menyediakan makanan kegemaran mereka untuk berbuka dan bersahur.
Selain itu, nak bagi mereka lagi bersemangat, boleh juga cuba resipi-resipi baru yang sedap dan dapat menarik minat mereka.
Tiga pencuci mulut ini anak gerenti suka iaitu Popia Pisang Mentega Kacang, Crepe Inti Kelapa Manis Marshmallow dan Tat Telur Seri Kaya Lemon. Cubalah!
Potong sebiji pisang kepada dua bahagian memanjang dan potongkan lagi menjadi dua bahagian untuk mendapatkan 4 saiz yang sama panjang.
Salut setiap kepingan pisang dengan gula perang. Ketepikan.
Ambil sekeping kulit popia. Sapukan ½ sudu makan mentega kacang di atas kulit popia dan letakkan pisang yang disalut gula tadi di atasnya kemudian gulung dengan kemas.
Sapukan sedikit air pada hujung kulit popia untuk memastikan ia melekat dan tidak terbuka apabila digoreng. Ulangi langkah hingga selesai.
Goreng di dalam minyak panas hingga perang keemasan. Angkat dan toskan minyak.
Untuk membuat kulit crepe; Pukul rata telur dan susu segar dan masukkan tepung sedikit demi sedikit. Gaul sebati. Ketepikan.
Sapukan sedikit minyak di atas kuali leper tak melekat. Gunakan api kecil untuk mendapatkan suhu sederhana panas.
Tuang lebih kurang 2-3 sudu makan adunan tadi dan ratakan. Apabila permukaan atas kelihatan sedikit kering dan masak. Angkat.
Pastikan bekas untuk meletakkan crepe bertutup bagi mengelakkan kulit crepe kering sebelum proses menggulung.
Untuk membuat inti kelapa; Panaskan air dan gula perang hingga mendidih dan berbuih.
Kemudian masukkan kelapa parut dan gaul sekata hingga air kering dan kelapa lembap.
Angkat dan sejukkan sebelum diletak di atas crepe.
Ambil sekeping crepe, letakkan sedikit inti kelapa di tengahnya diikuti marshmallow. Lipat bahagian tepi kiri dan kanan crepe dan terus gulung. Ulangi langkah hingga selesai.
Masukkan mentega dan gaul hingga menjadi seakan serbuk roti.
Kemudian masukkan telur dan esen vanila. Gaul sebati hingga menjadi doh.
Sekiranya doh terlalu lembut taburkan sedikit tepung.
Bahagikan doh kepada saiz lebih kurang 20gm setiap satu, bentukkan kulit tat pada acuan. Ketepikan.
Untuk membuat inti telur; Panaskan air dan gula hingga mendidih. Kemudian alihkan dan biarkan sejuk.
Masukkan telur dan susu segar. Gaul sebati.
Tuang bancuhan inti telur ke dalam kulit tat dan bakar di dalam oven dengan suhu 200 ˚C selama 15 hingga 20 minit hingga perang keemasan. Angkat dan ketepikan.
Untuk membuat seri kaya lemon; Satukan telur dan kuning telur gaul sebati.
Masukkan gula kastor, jus lemon dan parutan kulit lemon ke dalam adunan telur. Gaul sebati hingga adunan seakan berkrim.
Letakkan di atas dapur dengan api yang kecil dan gaul hingga adunan memekat. Alihkan dari api dan masukkan mentega. Gaul sebati.
Sejukkan dan masukkan ke dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 1 jam.
Tuang atau picitkan seri kaya lemon ke atas tat telur.
Suka makan roti canai tetapi paling sedap kalau dapat buat sendiri. Lebih puas dan terjamin kebersihannya. Kadang kala kalau makan di luar rupanya elok tapi rasa tidak mencapai apa yang dihajati. Keras dan tidak gebu. Apa kata canai sendiri ikut macam mana gebu yang korang nak. Boleh ikut resipi yang dikongsi oleh Puan Normaliana Abu Bakar ini.
Minyak masak secukupnya untuk merendam dan menggoreng.
CARA-CARA MENYEDIAKAN
Campurkan tepung, gula dan garam. Kemudian masukkan telur dan air.
Uli hingga doh tidak melekat (uli lebih kurang 20 minit ). Kalau uli menggunakan tangan gunakan air suam. Kalau uli mesin gunakan air sejuk.
Bahagikan doh kepada bahagian kecil ( bahagi kepada 12 biji bola semuanya ). Ikut suka kita kalau anak 10 buat kecil, kalau anak 2 buatlah besar biar cepat siap.
Susun doh dalam bekas yang diisi minyak masak. Pastikan tepung terendam dalam minyak dan perap lebih kurang 2 jam.
Selepas dua jam, siapkan lokasi menebar. Dulang besar yang ditenggek atas baldi. Dulang kecil untuk letak roti canai.
Ambil satu bola tepung dan ratakan macam didalam gambar. Biarkan dalam 3 atau 4 minit barulah mula menebar. Proses rehat 3 atau 4 minit ini memudahkan kita menebar dan tepung jadi lebih lembut.
Mula menebar tepung menjadi bulatan lebih besar. Tarik tepung perlahan – lahan. Buat kena sabar, tarik mahu halus.
Tebar sampai penuh sedulang. Kalau betul cara tebar cantik doh tidak akan berlubang koyak macam roti kirai.
Lipat empat arah seperti dalam gambar. Roti canai sedia digoreng.
Kek coklat bajet. Tepung kek beli kat kedai Eco je. Siapa pernah beli tepung kek di kedai yang terkenal dengan harga barang-barangnya yang cukup murah itu?
Jangan tak percaya, sedap tau dan menjadi kek yang dibuat. Puan Sally Mallyini berkongsi resipi dan cara membuat kek bajet guna tepung kek yang dibeli di kedai Eco tu. Menurutnya, beli 2 pek bersama cawan, total RM6.36. Dapat 10 cawan kek! Jimat sungguh.
Selain itu, kek itu tetap sedap dan mudah je nak membuatnya.
Musim cuti sekolah, anak-anak kat rumah jadi kenalah sediakan makanan secukupnya untuk mereka. Minum petang bolehlah buat kek cawan ini. Selamat mencuba!
Kek Coklat Bajet, Tepung Beli Kat Kedai Eco
Bahan-bahan:
2 pek tepung Moist Cake Mix (beli di Eco)
2 biji telur
3/4 cawan minyak masak – boleh beli online di sini
1 cawan air masak
Sesudu makan Nutella (option)
Coklat chips (option)
Cara Memasak:
Bancuh sebati semua bahan dalam satu bekas.
Tambah sedikit Nutella untuk lebih sedap.
Kemudian tabur coklat chips di atasnya nak bagi lagi meriah. Tapi ini pilihan. Tak bubuh pun tak apa.
Bakar dlm air fryer 170’C selama 30 min, bergantung pd airfryer masing-masing. Nak kukus boleh, nk masuk dalam oven pun boleh. Tapi saya guna airfryer lebih mudah. Pakai cawan supaya senang ank-anak nak makan. Sedap sangat, gebu dan lembut.
1. Campurkan air dan tepung kastad, sebatikan dan dimasak. Masukkan mentega dan kacau sebati hingga mentega betul-betul cair. 2. Kacau je sampai meletup-letup, barulah dimasukkan adunan bahan A tadi. Kacau tanpa henti agar adunan tidak bergentel. Masak sehingga adunan pekat sedikit.
3. Dah siap, masukkan dalam acuan 10×10 segi empat. Bakar selama 50 minit hingga 1 jam mengikut kesesuaian ketuhar masing-masing. Boleh tabur bijan putih atau hitam sebagai hiasan. 4. Bila kuih dah betul-betul sejuk, bolehlah dipotong. Makan sejuk-sejuk ni, sedap masuk anak tekak. Disarankan makan setelah disejukkan.