Tiga resipi ketam ini buat makan nasi bertambah. Uih..memang mantap. Tentu ramai yang sukakan ketam bahkan ketam antara seafood yang disukai ramai. Dapat pula ketam fresh, memang terasa manisnya. Masak apa pun sedap.
Bagi yang suka ketam, boleh cuba tiga resipi yang dikongsikan ini iaitu Sup Ketam, Ketam Kukus dan Ketam Sambal Nyonya. Selamat mencuba!
Masakan paprik cukup terkenal di kedai makan di Thailand & Malaysia. Hidangan lengkap dengan isi ayam, udang, sotong, dan sayur-sayuran ini memang sedap! Pedas, masam, masin memang cukup. Nak cuba resipi Paprik Udang Banjir yang sedap perkongsian saudari HasnorFadila Kadir ni? Ini bahan-bahan yang anda perlukan.
Bosan dengan menu lemak dan kari, apa kata cuba pula menu rebus dan sup yang ringkas tapi tetap sedap sebagai lauk hidangan untuk makan tengahari atau malam. Di kala PKP menu seperti ini sangat praktikal dan jimat masa dan kos.
Selain mudah disediakan menu ini lebih sihat dan patut dimasukkan dalam menu harian keluarga. Rasa kongsikan lima resipi yang boleh korang pilih mana satu yang ingin dicuba dahulu.
1. SUP DAGING
BAHAN-BAHAN:
1 kg daging | direbus seketika bersama 2 helai daun pandan
3-4 biji cili padi
1 kiub pati daging
1 sudu kecil garam
Sedikit daun ketumbar
Sedikit daun bawang
1 sudu kecil lada hitam | ditumbuk kasar
BAHAN TUMIS:
4 sudu makan rempah sup
100gm bawang kecil | dikisar halus
30gm bawang putih | dikisar halus
50gm halia | dikisar halus
2 batang kayu manis
2 kuntum bunga lawang
Sedikit bunga cengkih dan buah pelaga
CARA MEMASAK:
Tumiskan bahan kisar bersama rempah sup, kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga sehingga garing.
Kemudian masukkan bahan tumisan ke dalam air rebusan daging. Masukkan pula bancuhan tepung dhal, cili padi, lada hitam beserta daun ketumbar.
Perasakan secukupnya dan biarkan mendidih.
Setelah mendidih, taburkan daun bawang dan tutup api.
2. SUP ISI KETAM
BAHAN-BAHAN:
1 tin jagung manis
2 biji telur
200gm isi ketam | dicarik halus
1000ml air
1 sudu besar tepung jagung | dibancuh dengan sedikit air
1 kiub pati ayam
½ sudu kecil garam
1 sudu kecil gula
CARA MEMASAK:
Didihkan air dalam periuk bersama kiub pati ayam. Setelah kiub pati ayam larut, masukkan isi ketam dan jagung manis. Biarkan hingga mendidih.
Masukkan garam dan gula.
Pecahkan telur dalam mangkuk yang berlainan. Masukkan telur sedikit demi sedikit ke dalam sup. Kacau sentiasa untuk memastikan telur hancur dan tidak berketul.
Masukkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan air. Setelah mendidih, matikan api.
3. SUP AYAM
BAHAN-BAHAN:
1/4 ekor ayam | dipotong kecil
1 batang serai | dititik
2sm lengkuas | dititik
1 batang saleri | dipotong serong
1 biji tomato | dipotong empat
1 batang akar daun ketumbar
3-4 biji cili padi | dipotong
½ biji limau nipis
1biji bawang besar | dihiris
2 ulas bawang merah | dikisar
1 ulas bawang putih | dikisar
Sedikit sos ikan
1 sudu besar serbuk ketumbar
1/2 sudu besar serbuk jintan manis
1/2 sudu besar serbuk jintan putih
Air secukupnya
Garam dan serbuk perasa secukupnya
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak untuk menumis. Tumiskan bahan kisar sehingga harum.
Masukkan sekali cili padi, lengkuas, serai, serbuk ketumbar, serbuk jintan manis dan serbuk jintan putih sehingga agak pecah minyak sedikit.
Kemudian masukkan air secukupnya dan masukkan ayam. Biarkan seketika sehingga ayam masak.
Seterusnya, masukkan batang saleri, tomato dan akar ketumbar. Perasakan secukupnya.
Akhir sekali, perahkan jus limau nipis dan tutup api.
4. SUP IKAN IKAN MERAH
BAHAN-BAHAN:
5-6 keping isi ikan merah
1 batang serai | dititik
2sm lengkuas | diketuk
5 helai daun limau purut
2 helai daun pandan | disimpul
3 biji bawang merah | dihiris halus
2 ulas bawang putih | dihiris halus
3-4 sudu besar perahan limau nipis
1 kiub pati ikan
5 biji cili api | dipotong serong
1 liter air
Garam secukup rasa
Sedikit daun bawang
1 tangkai daun ketumbar
Minyak bagi menumis
Sedikit bawang goreng
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak. Kemudian tumiskan bawang merah, bawang putih, lengkuas, serai, cili api, daun limau purut, dan daun pandan sehingga wangi.
Masukkan air secukupnya dan biarkan mendidih.
Kemudian masukkan ikan dan masak dengan api yang sederhana. Tambahkan garam dan sedikit pati ikan. Tutup api.
Taburkan daun ketumbar dan bawang goreng sebelum dinikmati.
5. SUP BEBOLA DAGING
BAHAN-BAHAN:
500gm bebola daging
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih | dimayang
2sm halia | dihiris halus
1/2 batang saderi | dipotong halus
3-4 biji cili padi | dihiris halus
1 sudu besar lada hitam | ditumbuk kasar
1 sudu kecil lada sulah
1 sudu besar pati ayam
1 sudu kecil garam
Air secukupnya
Sedikit daun bawang
Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
Tumiskan bawang merah, bawang putih, cili padi dan halia. Kemudian masukkan air.
Sebaik air mendidih, masukkan lada hitam, ladu sulah dan bebola daging.
Perasakan dengan pati ayam dan garam kemudian masukkan saderi.
Biar mendidih seketika dan taburkan daun bawang. Sedia dihidang.
6. SUP TELUR GOYANG DAN SUHUN
BAHAN-BAHAN:
1 biji bawang besar | dikisar
3 ulas bawang putih | dikisar
2sm halia | dikisar
2 biji telur
100gm kacang pea
100gm sawi bak choy
2 biji tomato | dipotong empat
50gm suhun
30gm sayur fucuk
2 sudu besar pati ayam
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil lada hitam kasar
Air secukupnya
2 sudu besar minyak
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga naik bau.
Kemudian masukkan air dan biarkan mereneh.
Seterusnya masukkan kacang pea, sawi bak choy dan tomato.
Apabila mendidih, segera masukkan suhun dan sayur fucuk ke dalam sup.
Perasakan secukupnya dengan garam, pati ayam dan lada hitam.
Siapa yang suka makan makanan laut, mesti suka makan ketam kan? Walaupun nak makan tu penuh cabaran sebab kena kopek kulit ketam tu, namun itulah keseronokan menikmati ketam. Kali ni RASA nak kongskikan resipi Ketam Cili yang simple tapi tetap menyelerakan.
KETAM CILI
Bahan kisar
4 ulas bawang putih
2 biji bawang kecik
4 tangkai cili api
1 inci halia
5 tangkai cili besar
1/2 biji bawang besar
Bahan-bahan
1 sudu taucu
2 sudu sos tomato
Secubit garam
1 mangkuk air
3 ekor ketam
1/2 mangkuk air tepung jagung (jika perlu)
1 biji telur ayam
Bahan hiasan (jika mahu)
Bawang goreng
Daun sup
Daun bawang
Cara membuat
1. Tumis bahan kisar sehingga naik bau dan pecah minyak.
2. Tambahkan taucu dan sos tomato.
3. Perasakan dengan garam.
4. Masukkan air sedikit dan biar kan mendidih.
5. Masuk ketam dan gaul sebati. Biarkan sehingga ketam masak.
6. Kemudian pekatkan kuah dengan air tepung jagung (jika perlu).
7. Pecahkan telur ayam kemudian tuang ke dalam kuah ketam. Gaul rata.
8. Taburkan bawang goreng dan daun sup / daun bawang jika perlu
Selain sedap dibuat sambal, goreng kunyit atau dimasuk dalam tomyam sotong juga enak dibuat masak lemak. Jika nak lebih sedap dan istimewa boleh cuba buat sotong masak lemak Padang.