Tiga Resipi Ketam Ini Buat Makan Nasi Bertambah-Tambah

Share

Tiga resipi ketam ini buat makan nasi bertambah. Uih..memang mantap. Tentu ramai yang sukakan ketam bahkan ketam antara seafood yang disukai ramai. Dapat pula ketam fresh, memang terasa manisnya. Masak apa pun sedap.

Bagi yang suka ketam, boleh cuba tiga resipi yang dikongsikan ini iaitu  Sup Ketam, Ketam Kukus dan Ketam Sambal Nyonya. Selamat mencuba!

SUP KETAM SIMPLE

Bahan-Bahan:

3 ekor ketam (bersihkan)

4 biji bawang merah (hiris) – boleh beli online di sini

2 ulas bawang putih (hiris) – boleh beli online di sini

2cm halia (hiris) – boleh beli online di sini

1 batang saderi (hiris)

2 biji tomato (belah enam)

Dua sudu teh bawang goreng

2 sudu teh minyak masak – boleh beli online di sini

Serbuk lada putih secukupnya 

1 tangkai daun sup (racik) 

Garam secukupnya – boleh beli online di sini

Cara Memasak:

  1. Panaskan minyak dalam periuk, tumiskan hirisan bawang merah, bawang putih dan halia hingga wangi.
  2. Masukkan air, tomato, daun sup dan batang saderi.
  3. Setelah air mendidih, masukkan ketam, serbuk lada putih, garam dan perasa secukupnya.
  4. Apabila ketam sudah bertukar warna kemerahan, tutup api.
  5. Sedia dihidangkan.

KETAM KUKUS

Bahan-Bahan:

5 ekor ketam (bersihkan)

500gm isi ayam

2 biji telur

Dua ulas bawang putih – boleh beli online di sini

2 ulas bawang merah – boleh beli online di sini

1 sudu sos tomato 

Sebiji cili bengala merah

1 biji cili benggala hijau

Daun sup dan daun bawang secukupnya

Lada sulah secukupnya – boleh beli online di sini

Garam dan bahan perasa secukupnya

Air secukupnya

Cara Memasak Ketam Kukus:

  1. Ketam direbus bersama air dan sedikit garam selama 10 minit. Kemudian, dipisahkan isi dan kulit cengkerang dicuci bersih. Ketepikan.
  2. Bawang merah, bawang putih, daun sup, daun bawang, cili bengala merah dan hijau dicincang halus.
  3. Seterusnya, semua bahan yang dicincang halus digaul bersama isi ketam dan ayam. Kemudian ditambah dengan telur dan digaul kesemuanya sebati.
  4. Letak bahan yang telah digaul ke dalam kulit cengkerang kemudian dikukus selama 10 – 15 minit.
  5. Angkat dan sedia dihidang.

KETAM SAMBAL NYONYA

Bahan-Bahan:

3 ekor ketam  (bersihkan)

Sedikit garam – boleh beli online di sini

Sedikit serbuk kunyit – boleh beli online di sini

Minyak masak secukupnya – boleh beli online di sini

Bahan Tumis:

4 biji bawang merah (hiris nipis) – boleh beli online di sini

3 ulas bawang putih (hiris nipis) – boleh beli online di sini

1 sudu makan serbuk kari ikan

Satu sudu makan taucu

2 tangkai daun kari – boleh beli online di sini

Bahan Lain:

½  mangkuk air asam jawa 

Minyak untuk menggoreng – boleh beli online di sini

Garam dan gula secukupnya

Cara Memasak:

  1. Gaulkan ketam dengan garam dan kunyit. Kemudian goreng ketam seketika dan angkat. Ketepikan.
  2. Tumis bahan-bahan tumis seperti bawang merah, bawang putih dan daun kari hingga terbit bau. Kemudian masukkan taucu dan serbuk kari ikan.
  3. Biarkan ia masak seketika dan masukkan air asam jawa.
  4. Apabila ia mereneh, masukkan perasa seperti garam dan gula secukup rasa.
  5. Akhir sekali masukkan ketam yang telah digoreng tadi. Gaul sebati.
  6. Angkat dan sedia dihidangkan.

SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI 

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official

 

 

Published by
Nurul Azwa