Tak sempat nak tonton dan salin resipi-resipi menarik dalam Rasa: Ketuhar Kuali episod ke 10? Tak mengapa…RASA kongsikan kembali resipi penuh ketiga-tiga hidangan yang Adam Didam dan Aunty Aini masak iaitu Yong Tau Foo, Rendang Itik dan Kek Coklat Fudge. Nanti bolehlah cuba ya. 

<<Klik disini untuk resipi penuh RASA: Ketuhar Kuali Ep 9>>

Tiga Resipi Terbaik Aunty Aini &#038; Adam Didam Dalam Rasa: Ketuhar Kuali Ep10.

Disini kami kongsikan resipi-resipinya. Selamat mencuba!

 

1. YONG TAU FOO

Tiga Resipi Terbaik Aunty Aini &#038; Adam Didam Dalam Rasa: Ketuhar Kuali Ep10.

IKLAN

BAHAN-BAHAN:

  • 2 Batang Terung Panjang
  • 4 Cili Merah
  • 4 Cili Hijau
  • 5 Biji Bende
  • 4 Tauhu Lembut
  • 1 Peria Besar
  • 1kg Isi Ikan Tenggiri
  • 4 Biji Bawang Merah
  • 5 Ulas Bawang Putih
  • Daun Bawang
  • Daun Ketumbar
  • Lada Hitam
  • Minyak Masak
  • Halia
  • Stok Ikan Bilis
  • Minyak Bijan
  • Garam

CARA MEMASAK:

  1. Kisar kering isi ikan, bawang putih, bawang merah, daun bawang, daun ketumbar. minyak bijan, garam dan serbuk lada hitam.
  2. Sumbat isi ikan yang telah dikisar kedalam bende, cili, peria, terung dan tauhu.
  3. Goreng bahan-bahan sehingga layur dan kekuningan.
  4. Tulang dan kulit ikan digoreng dan ditumis untuk dijadikan sup yong tau foo bersama sedikit minyak, garam, stok ikan bilis, bawang putih dan bawang merah.
  5. Hidang yong tau foo yang telah siap digoreng bersama sup.
  6. Untuk sos, kisar cili merah, cili padi, bawang putih, bawang merah dan sedikit halia bersama sup yang telah dimasak.
  7. Masak sos sehingga pekat dan perasakan dengan garam dan serbuk lada hitam.
  8. Siap untuk dihidang.

 

2. RENDANG ITIK

Tiga Resipi Terbaik Aunty Aini &#038; Adam Didam Dalam Rasa: Ketuhar Kuali Ep10.

IKLAN

BAHAN-BAHAN:

  • 1 Ekor Itik Potong 12
  • Cili Kering (direbus, dikisar)
  • 6 Biji Cili Padi
  • 2 Inci Lengkuas
  • 5 Batang Serai
  • 2 Inci Kunyit
  • 5 Ulas Bawang Putih
  • 6 Biji Bawang Merah
  • 1 Sudu Besar Jintan Manis
  • 1 Sudu Besar Jintan Putih
  • 1 Sudu Besar Biji Ketumbar
  • ½ Sudu Besar Lada Hitam
  • 2 Pek Kecil Kerisik
  • 2kg Santan
  • 5 Biji Buah Keras
  • Serbuk Lada Hitam
  • Asam Keping
  • Garam

CARA MEMASAK:

  1. Tumis kering jintan manis, jintan putih, biji ketumbar dan buah keras.
  2. Panaskan minyak untuk memasak.
  3. Kisar bahan tumis kering bersama serai, cili padi, bawang merah, bawang putih, serbuk lada hitam, kunyit dan lengkuas bersama air.
  4. Tumis bahan kisar bersama cili kering yang telah direbus dan dikisar.
  5. Tumis sehingga naik minyak dan bau.
  6. Masukkan itik kedalam kuali. Kecut daging dengan memperlahankan api, dan masak sehingga satu jam.
  7. Masukkan santan, asam keping, dan garam.
  8. Apabila kuah telah mengering dan memekat, masukkan kerisik.
  9. Masak hingga daging melembut.
  10. Siap untuk dihidang.

 

3. KEK COKLAT FUDGE

IKLAN

Tiga Resipi Terbaik Aunty Aini &#038; Adam Didam Dalam Rasa: Ketuhar Kuali Ep10.

BAHAN-BAHAN:

  • 1 Biji Telur
  • ¼ Cawan Minyak Sayuran
  • ½ Sudu Kecil Esen Vanila
  • 125g Susu Segar
  • 75g Gula Perang
  • 100g Coklat Gelap
  • 100g Tepung Serbaguna
  • ½ Sudu Kecil Sodium Bikarbonat
  • ¼ Sudu Kecil Serbuk Penaik
  • ¼ Sudu Kecil Garam
  • 60g Coklat Susu
  • Ceri
  • Gula Aising

CARA MEMASAK:

  1. Gaul bersama telur, minyak sayuran, dan esen vanila.
  2. Cairkkan coklat gelap bersama susu, dan tambahkan gula perang.
  3. Sejukkan cecair dan tuang kedalam bekas berisi telur sebentar tadi.
  4. Gaul sebati semua bahan dan masukkan tepung, serbuk soda bikarbonat, serbuk penaik, dan garam yang telah diayak.
  5. Gaulkan adunan secara perlahan-lahan hingga sebati.
  6. Tuangkan adunan kedalam bekas-bekas kecil.
  7. Letak coklat susu didalam setiap bekas.
  8. Bakar selama 15minit pada suhu 180’C.
  9. Hias bersama buah rapsberi dan gula aising.
  10. Siap untuk dihidang.

Tiga Resipi Terbaik Aunty Aini &#038; Adam Didam Dalam Rasa: Ketuhar Kuali Ep10.

Jangan ketinggalan untuk saksikan Program Rasa: Ketuhar Kuali episod ke lima minggu hadapan ya. Gabungan karektor Aunty Aini dan Adam yang mesra dan bersahaja di kaca televisyen pasti akan menghiburkan para penonton. Dan yang pasti mereka akan berkongsi pelbagai resipi menarik dan tips memasak sepanjang 13 episod program masakan terbaru Rasa: Ketuhar Kuali ini yang akan disiarkan setiap Isnin jam 12 tengah hari hanya di Saluran Astro Prima 105 dan Maya HD 135.

Tiga Resipi Terbaik Aunty Aini &#038; Adam Didam Dalam Rasa: Ketuhar Kuali Ep10.

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI