
Tidak dinafikan, sejak pandemik Covid-19 melanda tahun lalu, banyak memberi kesan kepada rakyat Malaysia. Bukan itu saja, peniaga-peniaga kecil turut mendapat tempias yang sangat besar.
Banyak perniagaan yang terpaksa ditutup apabila tidak lagi mampu untuk menanggung kerugian. Terbaharu yang terpaksa mengikut langkah penutupan ialah Rasa Food Arena Suria Kuala Lumpur (KLCC) yang bermula hari ini, 1 September.
Menerusi gambar dikongsi warganet yang viral dalam laman sosial, pengumuman itu dibuat Rasa Food Arena menerusi notis kecil yang diletakkan di pintu masuk premis makanan itu.
“Dengan dukacitanya, kami mengumumkan penutupan kekal Rasa Food Arena Suria KLCC bermula 1 September 2021. Terima kasih untuk pengalaman selama 22 tahun, ia adalah keseronokan terindah untuk melayani anda,” kata notis itu.
Medan selera Rasa Food Arena ini sudah beroperasi selama 22 tahun kepada rakyat Malaysia sejak ia mula dibuka kepada umum pada Mei 1998.
Maka tiada lagilah kenangan makanan-makanan popular seperti nasi padang, mi wantan, nasi ayam di medan selera Rasa Food Arena yang terletak di aras empat pusat beli-belah KLCC ini.
https://www.instagram.com/p/CTOmL7TvBB5/?utm_source=ig_web_copy_link
Berkeluasan 16,000 kaki persegi, Rasa Food Arena Suria KLCC ini pernah diubahsuai pada 2007, memang menjadi tempat tumpuan bagi rakyat Malaysia untuk melepaskan rasa penat sambil makan selepas membeli-belah.
Kredit gambar: Thanaselan Rajendran, Amir Bear, Instagram RASA Food Arena KLCC
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
WHO Ishtihar COVID-19 Sebagai Pandemik. Apa Maksudnya?

Isi Kandungan
TogglePertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) semalam ( Rabu) telah mengisytiharkan wabak Novel Coronavirus ( COVID-19) sebagai pandemik. Ia berikutan dengan terdapat 118,000 kes, lebih 4,000 kematian dan virus itu telah menemui ada di setiap benua kecuali Antartika.
Endemik, Epidemik dan Pandemik. TIGA perkataan ini kerap digunakan untuk menunjukkan betrapa seriusnya sesuatu penyakit itu menular. Namun setiap satunya membawa maksud yangt berbeza.
ENDEMIK
- En-demik = Di dalam – daerah/orang
- Kejadian penyakit yang SENTIASA wujud dalam masyarakat atau tempat.
- Penyakit ini dijangka sentiasa ada kes tapi pada kadar yang stabil dan rendah.
- Contoh: Denggi
EPIDEMIK
- Epi-demik = Di kalangan-daerah/orang
- Kejadian penyakit yang naik mendadak melebihi kadar biasa.
- Kewujudannya dilihat jelas dalam komuniti dalam tempoh masa tertentu.
- Ia juga dikenali sebagai “ Wabak”.
- Contoh: Kejadian Polio di Sabah (2019)
PANDEMIK
- Pan-demik = semua-daerah/orang
- Kejadian wabak besar-besaran ke seantero dunia.
- Ia merentasi wilayah dan melibatkan populasi yang besar.
- Kebiasaannya melibatkan jangkitan penyakit baharu ( Novel).
- Ciri pandemik adalah melibatkan kadar serangan yang tinggi dalam masa yang singkat.
- Ia melibatkan sebaran yang pantas dan menyebabkan kadar kematian yang tinggi.
- Contoh: Kejadian ‘Black Death’ diantara kurun ke 14-17 yang melibatkan kematian 2/3 penduduk dunia ( Penyakit hawar/Yersinia pestis)
SITUASI TERKINI COVID-19 DI MALAYSIA ( setakat 11/3/2020)
- 20 kes baru menjadikan 149 kes dengan 26 kes sembuh dan discaj.
- Dua kes dirawat di ICU tetapi stabil.
- Kes ke-78 telah pulih dan dibenarkan discaj. Ini menjadikan 26 kes telah pulih sepenuhnya setakat ini dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad.
- Sehingga 11 Mac 2020, 20 kes baru jangkitan COVID-19 dilaporkan. Kontak-kontak rapat bagi kes ini sedang dikenalpasti dan aktiviti pengesanan kontak rapat masih dijalankan sehingga punca jangkitan terjadi dapat dikenalpasti.
- Dengan ini, jumlah kumulatif kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 149 kes.
- Dua (2) kes dilaporkan berada di Unit Rawatan Rapi dan memerlukan bantuan alat pernafasan tetapi dalam keadaan stabil.
KKM MENGGESA AGAR:
1. SEMUA PERHIMPUNAN yang melibatkan orang ramai (mass gathering) ditangguhkan bagi mencegah kemungkinan jangkitan COVID-19
2. MENJARAKKAN DIRI (social distancing) sekurang-kurangnya satu meter bila berhadapan dengan individu lain.
3. TIDAK MELANCONG ke negara-negara yang sedang mengalami wabak jangkitan COVID-19
4. TIDAK MELAWAT kawasan-kawasan lain di Malaysia semasa cuti sekolah, jika sekiranya mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan.
KKM juga menasihatkan orang ramai untuk sentiasa mengamalkan langkah-langkah berikut bagi melindungi diri anda dan orang lain dari COVID-19.
Pesanan : Langkah 1 terpakai tidak kira di mana anda berada.
Sumber Info & Foto: Kementerian Kesihatan Malaysia
APA ITU COVID-19?
Novel coronavirus(nCoV) adalah virus yang telah dikenalpasti menyebabkan wabak yang melibatkan saluran pernafasan dimana ia pertama kali dikesan di Wuhan, China pada Disember 2019.
Pada mulanya, kebanyakan daripada pesakit tersebut dikatakan mempunyai kaitan dengan makanan laut dan haiwan yang dijual di Pasar Makanan Laut Wuhan.
Akan tetapi bilangan pesakit telah meningkat dan kebanyakan daripada mereka tidak mempunyai sejarah pergi ke pasar tersebut dan ini menunjukkan terdapat jangkitan yang berlaku sesama manusia(human to human tranmission).
Pada masa sekarang, kadar atau kebolehan virus ini merebak diantara manusia masih lagi tidak diketahui dan masih di dalam siasatan.
Simptom dan Tanda Novel Coronavirus
Mereka yang dijangkiti penyakit ini akan mempunyai simptom:
Pesakit akan mengambil masa dalam 2 hingga 14 hari untuk menunjukkan simptom-simptom tersebut. Ini adalah berdasarkan jangkamasa yang diambil oleh virus MERSCoV menunjukkan simptom.
Bagaimana coronavirus berjangkit?
Coronavirus adalah salah satu keluarga virus yang besar dan kebanyakkannya hidup dalam haiwan seperti unta, lembu, kucing dan juga kelawar.
Sangat jarang coronavirus dalam haiwan ini mampu menjangkiti manusia seperti dalam kes MERSCoV atau pun SARS.
Kebanyakan kes di Wuhan pada mulanya dikatakan mempunyai kaitan dengan makanan laut dan juga haiwan yang terdapat dalam pasar di Wuhan.
Akan tetapi dengan bilangan kes yang semakin meningkat dan kebanyakkan pesakit menyatakan tidak pernah pergi ke pasar tersebut, ini menunjukkan telah wujud jangkitan sesama manusia.
Apabila terdapat jangkitan sesama manusia seperti jangkitan MERS dan SARS, ini bermaksud virus ini disebarkan melalui cecair saluran pernafasan dengan cara batuk atau bersin.
Ia sama seperti jangkitan influenza dan juga virus lain yang tersebar melalui udara. Jangkitan SARS dan MERS ini selalunya berlaku pada ahli keluarga atau mereka yang rapat dengan pesakit.
Manakala, kebolehan virus baru ini untuk menjangkiti manusia masih lagi belum diketahui tetapi ia dijangkakan sama seperti jangkitan SARS.
Ujian pengesahan
Sampel yang diambil daripada pesakit untuk membuat ujian pengesahan adalah sampel darah, sampel sapuan tekak dan hidung. Sampel ini akan menjalani ujian Polymerase Chain Reaction(PCR) untuk mengesan genetik penyakit coronavirus tersebut.
Pencegahan dan rawatan
Masih tiada lagi vaksin untuk penyakit nCoV ini. Pencegahan yang terbaik buat masa ini adalah untuk mengelakkan diri daripada terdedah kepada virus ini.
Anda juga dikehendaki untuk melakukan aktiviti pencegahan yang asas untuk mengelakkan penyebaran penyakit melalui udara seperti:
Sentiasa membersihkan tangan sama ada menggunakan sabun ataupun ‘hand sanitizer’
Elakkan daripada menyentuh mata, hidung atau mulut menggunakan tangan yang kotor
Elakkan berdekatan dengan mereka yang sedang sakit (disebabkan batuk dan demam)
Elakkan pergi ke tempat awam ketika anda sakit
Tutup mulut dan hidung ketika anda batuk atau bersin dengan menggunakan tisu.
Ini adalah etika seharian yang anda boleh gunakan untuk mengelakkan penularan virus ini.
Rawatan
Tiada lagi rawatan ubat antiviral untuk menyembuhkan penyakit nCov ini. Pesakit yang mengalami jangkitan ini perlu diberikan rawatan sokongan sehinggalah pesakit baik daripada penyakit itu dengan sendirinya.
Artikel Berkaitan: Kronologi Wabak Novel Coronavirus
Rujukan:
sumber: https://thediagnosa.com/coronavirus-simptom-punca-rawatan/
Sumber Asal Artikel: https://pku.upm.edu.my/article/coronavirus_simptom_punca_dan_rawatan-55053
Instafamous Terkenal AdamDidam Dijemput Ilahi

Belum pun reda berita duka pemergian Pengasas produk kecantikan Dnars Skincare, Faziani Rohban Ahmad semalam , hari ini Majalah RASA menerima berita duka lagi.
Instafamous masakan terkenal, Adam Mahamed Ismail atau lebih dikenali sebagai Adamdidam dilaporkan meninggal dunia pagi ini akibat jangkitan pada paru-paru.
Allahyarham yang juga merupakan bapa saudara kepada Fatimah Omar Mukhlis, iaitu kanak-kanak yang popular menerusi instagram thefamily.uk.
Berita pemergian Adamdidam turut dikongsikan selebriti dan pengacara Neelofa yang memuat naik ucapan takziah menerusi Instastory beliau.
Difahamkan, allahyarham Adamdidam meninggal dunia di kediaman ibu bapa beliau di Kota Bharu dan akan dikebumikan di Pasir Mas, Kelantan.
Semasa hayatnya, AdamDidam pernah mengacarakan rancangan televisyen untuk majalah Rasa iaitu Rasa Ketuhar Kuali bersama Aunty Aini dan Rasa Jelajah Rasa Nusantara bersama Ili Sulaiman.
Jenazah Adam akan disembahyangkan di Masjid Telipot pada pukul 10 pagi ini.
إنَّا ِللهِ وإنَّا إلَيْهِ رَاجِعُوْن
Innalillahi wa inna ilaihi raji’un اَللَّهُ مَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُعنه
Allahumma firlahu warhamhu wa`afihi wa`fu`anhu” “Ya Allah, ampunilah dosanya, berilah rahmatMu ke atasnya, sejahtera dan maafkanlah dia.”
Takziah untuk keluarga arwah semoga arwah ditempatkan dengan para syuhada dan insan yang disayangi oleh Allah swt serta sentiasa dalam peliharaan dan perlindungan Allah swt Aameen Aameen Ya Robb
Padu Habaq Hang! Yang Di Perlis Kini Di Pontian. Kopi Gantung Viral Perlis!

Kopi yang sedap tak semestinya mahal! Beruntung orang Pontian tak payah ke Perlis, singgah R&R Kayu Ara Pasong boleh santai minum Kopi Gantung Viral Perlis padu baq hang! Majoriti yang dah cuba asyik nak beli lagi je. Selalu kedai tutup awal sebab kopi habis awal. Kalau teringin tu jangan tangguh niat, terus start enjin kereta gerak beli kopi ni bungkus lebih bawa balik rumah pasti tak menyesal.
Sangat berbaloi! Sebungkus RM 4.00 sahaja Kopi Gantung Viral ni. Kedai ni baru je di buka pada 13 September 2021 dan sambutan sangat hangat sampai kena restock susu banyak kali untuk memenuhi permintaan pelanggan. Korang semua bolehlah cuba ke R&R Kayu Ara Pasong nanti untuk cuba Kopi Gantung Viral Perlis ni.
Lokasi: R&R Kayu Ara Pasong, Lot 1, Simpang 3, Kayu Ara Pasong, 82010 Pontian, Johor.
Kredit Facebook: Kopi Gantung Viral Perlis
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official