Makan

Tip Ayam Goreng Kunyit Biasa Jadi Makin Sedap, Guna Teknik Brine Sebelum Goreng

Share

Kalau biasa kita buat ayam goreng kunyit cuma lumur kunyit dan garam sebelum goreng apa kata tukar sedikit cara dengan menggunakan teknik brine pula.

Teknik brine ini adalah dengan merendam ayam dengan larutan air garam sebelum digoreng untuk menjadikan rasanya lebih sedap. Ayam goreng kunyit yang digoreng dengan teknik ini  akan garing di luar namun bahagian dalamnya kekal juicy atau lembap.

Kaedah ini dipraktikkan oleh Mohd Haffiz Supai yang turut berkongsi caranya.

Cara goreng ayam teknik brine

1. Ambil ayam yang hendak digoreng, dan rendam dalam air garam. Biar selama 1-2 jam, tapi sebaiknya semalaman. Simpan dalam chiller.

2. Sebelum goreng bilas dulu ayam yang direndam tadi kemudian barulah dilumur dengan garam dan kunyit. Boleh juga tambah serbuk cili jika suka.

3. Kemudian bolehlah goreng ayam seperti biasa. Sebaiknya goreng dalam minyak sampai ayam tenggelam sepenuhnya (deep fry).

Hasilnya akan dapat isi yg juicy dan berkilat. Boleh gunakan teknik brine ni untuk ayam goreng bersalut tepung jugak.

Info teknik rendam air garam (brine)

Kenapa perlu direndam dengan air garam? Ada 2 fungsi kenapa kita perlu buat;

1. Brining ayam bukan sahaja menambah kelembapan untuk ayam, menjadikannya bagus dan berisi, ia juga membantu mencegah daripada menjadi kering apabila anda memasak. Hasilnya adalah ayam yang lazat, lembap dan berair.

2. Brining bukan sahaja memberi kesan tekstur dan juiciness ayam anda, ia juga memberi kesan kepada rasa. Beberapa jam dalam air garam yang akan membiarkan garam menembusi jauh ke dalam daging ayam, meningkatkan rasa semulajadi.

Sumber: Mohd Haffiz Supai & hilmiesbbq.com

 

Published by
Rose