Tip Bancuh Tepung Untuk Goreng Cempedak. Hasilnya Dah Sejuk Pun Tetap Rangup

Share

Dah masuk musim cempedak ini, lagi berbaloi kalau kita beli buah dan goreng sendiri memandangkan harga cempedak goreng yang boleh dikatakan mahal.

Bagi memastikan hasil cempedak goreng kita rangup dan kekal begitu walau dah sejuk boleh gunakan teknik bancuhan yang dikongsi Tuan Adriana

. Katanya bancuhan ini juga yang digunakan untuk berjualan, pisang goreng, ubi, seafood dan juga tauhu bergedil untuk hasil yang rangup.

Cempedak goreng rangup, tetap rangup walaupun dah sejuk

Bahan-bahan:
2 cawan tepung beras
1 sudu kecik garam
Sedikit air kapur (hujung sudu kecil)
1 biji telur
Pewarna kuning telur
Ais (4-5 ketul) rahsia tepung rangup tahan lama
Air sejuk (jangan cair atau pekat sangat) nanti ais akan mencair.

Cara membuat

1. Bancuh semua bahan-bahan dalam mangkuk.

2. Masukkan cempedak dalam bancuhan, pastikan cempedak disaluti bancuhan.

3. Panaskan minyak dan boleh mula menggoreng. Minyak kena panas ya.

4. Angkat bila nampak garing dan tos.

Tip pilih tepung beras

  • Boleh guna Tepung Beras Gajah Seekor. Tepung ini sesuai digunakan untuk salutan goreng-goreng seperti pisang goreng, ubi goreng, cempedak goreng.

Selamat mencuba.

Sumber: Tuan Adriana Arissa

 

IKLAN