Dapur setiap rumah mesti ada koleksi periuk belanga stainless steel untuk kegunaan memasak. Selalunya periuk ini boleh kita guna dalam tempoh yang lama malah boleh tahan sampai ke anak cucu jika betul penjagaannya.
Macam mana nak jaga periuk belanga kita supaya tahan lama macam ini. Boleh ikut perkongsian Angeline Tyy
ini.Kalau tahu cara yang betul menjaga periuk stainless steel memang boleh tahan sampai ke anak cucu. Caranya:
1. Jangan sekali-kali menggunakan berus besi atau sebarang cecair kimia/ berasid seperti asam, jus nenas/ lemon, cuka, baking soda, Coke mahupun garam untuk membasuh periuk stainless steel.
Bahan ini akan merosak permukaan berkilatnya. Ini semua musuh ketat stainless steel. Kotoran akan mudah melekat bila permukaan berkilat menjadi kasar.
2. Cara yang betul adalah merendam periuk itu dengan air selepas siap memasak.
3. Kemudian buang air tersebut dan lap segala minyak & kotoran/ makanan yg melekat dengan tuala dapur kertas (paper kitchen towels).
4. Selepas itu baru basuh menggunakan Scotch Brite 3M green pad yang dibasahkan bersama Axion/ Swif detergent paste.
5. Tak perlu membuang masa menggosok dengan kuat. Hanya membasuh seperti biasa. Tersangat mudah utk dibasuh. Lap dengan tuala dapur kertas untuk mengeringkannya sebelum disimpan. Periuk itu akan senantiasa kekal berkilat.
Beli periuk secara online di SINI
Sumber: Angeline Tyy