Walaupun sekarang sudah ada penapis air yang turut menyediakan air panas tapi masih ramai lagi yang masih menggunakan thermo pot ini.
Senang untuk guna air panas bila-bila masa. Cuma masalah biasa menggunakan thermo pot ini adalah ia meninggalkan kesan kuning di bahagian dalam. Cuci dengan sabun pun tak hilang.
Untuk bersihkan kesan kuning ini sebenarnya tak susah malah cara ini sudah ada dalam manual sesetengah jenama. Cuma guna limau kasturi saja.
1. Penuhkan air dalam pot.
2. Ambil lebih kurang 10 biji limau kasturi, potong dan perah jusnya dalam pot.
3. Biarkan limau dan air tadi masak dalam bekas tersebut.
4. Insya-Allah kesan kuning akan hilang tanpa perlu gosok.
5. Boleh guna macam biasa selepas buang air limau tadi. Ini hasilnya.
Jadikan proses ini satu rutin supaya thermo pot sentiasa bersih. Selamat mencuba
TIP PENJAGAAN
Pastikan air sentiasa penuh dan tutup suis alat ini jika meninggalkan rumah dalam masa yang lama supaya tidak berlaku kejadian yang tidak diingini.
Sentiasa periksa balang thermo pot supaya kesan kuning tidak melekat hingga sukar dihilangkan.
Sumber: Jumali Jue-Eye