Cara Buat 5 Biji Telur Mata Kerbau, Guna 1 Biji Telur Jer. Penjimatan Berganda!

Share

Cara paling mudah untuk penjimatan berganda, Puan Eka kongsikan cara untuk mendapatkan potongan telur mata dari sebiji telur yang telah di bekukan dan hasilnya sangat berbaloi. Selamat mencuba.

Alhamdulillah menjadi percubaan membuat 5 telur mata comel dari 1 bj telur…jimat nie. Boleh bubuh dlm mini burger, nasi lemak atau apa2 hidangan kegemaran. Budak2 suka sbb comel je…senang nak makan

1. Letak telur dlm peti ais bahagian sejuk beku hingga telur membeku (akk simpan 5 jam).


2. Keluarkan telur beku drpd peti ais kemudian masukkan dlm air suam dan kupas kulitnya. (boleh juga dilalukan pada air paip lagi bagus)


3. Potong2 bulat telur beku tu.


4. Panaskan minyak dan goreng telur beku hingga cair dan masak.


5. Tadaaa…siap telur mata lembu yg comel

Kredit resipi: Eka Zahra

Published by
Mastura Abu Kassim