Walau baru seminggu puasa tapi ramai yang rancang nak buat kuih raya. Buat awal tak kalut. Cuma satu kerisauan bila buat awal ramai takut biskut raya jadi tak sedap, lemau dan bau hapak.
Supaya tak berlaku kesan begini pada biskut raya yang dah banyak dibuat baker Azamar Norasikim Cikza
memberikan tip supaya biskut raya kekal elok, tahan selama 6 bulan dan langsung tiada bau hapak dan rasa lemau.
1. Jemur tepung dan gula terlebih dahulu. Ini akan membuatkan biskut menjadi ringgan.
2. Pastikan biskut disimpan dalam bekas kedap udara.
3. Bungkuskan sebunjut garam dan diletakkan ke dalam bekas biskut atau beli saja yang dah ready packing di kedai bakery.
4. Taburkan sedikit gula ke dalam bekas. Ini untuk elakkan biskut menjadi hapak.
5. Alaskan setiap biskut dengan lapisan kertas minyak.
6. Pastikan biskut betul-betul sejuk baru simpan dalam bekas.
7. Pastikan jenis kekacang dibakar dulu sebelum buat kuih supaya tidak cepat lemau dan hapak.
Semoga bermanfaat
Sumber: Azamar Norasikim Cikza