Comel saja cekodok pisang ni, bulat elok saja. Tapi bila kita buat tak menjadi pula begini. Tak dapat hasil yang bulat-bulat.
Buat cekodok pisang walaupun nampak senang tapi ada juga yang buat tak menjadi. Sebenarnya nak dapat cekodok pisang yang bulat cantik ada caranya. Dikongsi oleh Norlela Abdul Lahak
boleh ikut cara ini ya.
Bahan-bahan:
500gm tepung gandum
7 biji pisang (lebih pun boleh)
1 1/2 cawan gula (ikut citarasa)
2 sk soda
2 sk garam
3 cawan air
Air secukupnya
Minyak masak untuk menggoreng
Cara membuat:
1. Masukkan soda bikarbonat dalam tepung dan gaul rata. Ketepikan.
2. Kisar pisang, gula dan garam.
3. Kemudian masukkan bahan kisar tadi ke dalam tepung. Gaul sebati.
4. Bancuhan macam buat cekodok biasa, jangan terlalu cair.
5. Tip untuk dapatkan cekodok yang bulat, masak dalam minyak yang betul-betul panas menggunakan guna jari saja untuk jemput bancuhan ke dalam kuali (penggunaan soda bikarbonat juga akan buat cekodok jadi bulat)
6. Bila dah masak angkat dan tos.
Sumber: Norlela Abdul Lahak