Makan

Tip Buat Daging Goreng Kunyit Sedap & Lembut Walau Bukan Daging Batang Pinang

Share

Selain buat gulai, rendang, lauk daging juga sedap kalau dibuat goreng kunyit. Lebih mudah olahannya dan sedap, makan dengan nasi panas dan sambal pun dah cukup.

Cuma bila nak buat daging goreng kunyit ini ramai yang merungut kerana bila dah digoreng dagingnya jadi liat. Memang terbantut selera kalau makan daging begini.

Sebenarnya kalau betul cara masak, daging goreng kunyit tak akan jadi liat,  tetap lembut walaupun bukan daging batang pinang. Nak tahu caranya, boleh gunakan tip yang dikongsi oleh Ummi Syuhada.

Tip daging goreng kunyit lembut walaupun bukan daging batang pinang

 

Paling penting ikut tip ini :-

1. Jangan masak daging waktu masih beku & sejuk

2. Jangan masak api besar mengejut kecuali kuantiti daging banyak, jadi haba keseluruhan tak tinggi

3. Kalau nak buat goreng-goreng / masak kicap. Kena perap dulu dengan bawang putih dan halia yang ditumbuk bersama rempah sup, rempah kurma serta serbuk kunyit.

 

4. Selepas diperap, goreng daging perap sekejap dalam 5 minit supaya keluar air daging dulu. Pastikan semua bahagian daging dah pucat, jangan ada kesan merah/darah daging.

5. Gaul semua bahagian sampai rata. Tutup api dan tutup kuali. Biarkan beberapa jam. Jika nak buat makan tengah hari, lakukan proses ini pagi.

 

Info: Selama terperap dalam kuali dagung melalui proses melembutkan urat-uratnya. Selain lembut, isi daging lebih ‘juicy’ & manis.

6. Selepas beberapa jam boleh sambung masak. Tambah air sambung masak guna api besar. Tunggu sampai kering baru tambah sayur (sebaiknya sayur seperti kentang dan lobak digoreng dulu supaya masak. Goreng kentang dengan lobak dulu baru masukkan bawang besar).

 

7. Selepas masukkan sayur, tambah lada hitam. Siap! Insya-Allah lembut kejadiannya.

 

Sumber: Ummi Syuhada

 

Published by
Rose