Tip Buat Kuih Ketayap Untuk Kali Pertama Cuba, Confirm Menjadi Elok

Share

Walaupun selalu kuih ketayap ini selalu kita makan pagi atau petang tapi tak semua mahir membuatnya. Ada yang langsung tak pernah membuatnya sendiri.

Bagi yang dalam kategori ini dan mahu mencubanya, boleh ikut perkongsian dari Roslina Shaari. Ada tip yang disertakan sekali sesuai untuk yang pertama kali mahu membuat kuih ini.

Tip buat kuih ketayap untuk kali pertama mencuba

Bahan-bahan

3 cawan tepung gandum
3 cawan air pandan atau air biasa
3 sudu makan tepung ubi (supaya kulit tak mudah koyak)
3 sudu makan minyak
1 biji telur
Secubit garam
Pewarna hijau

Cara membuat

1. Masukkan semua bahan dalam blender dan kisar hingga sebati.

2. Panaskan kuali dan dadarkan.

3. Bila dah melengkung di tepi maknanya kulit ketayap dah masak. Boleh angkat.

TIP

  • Supaya bancuhan tak melekat pada kuali, tuang sedikit saja minyak pada kuali sewaktu mula-mula dadarkan bancuhan. Untuk kali kedua dan seterusnya tak perlu lagi letak minyak.
  • Kuali kena panas baru kulit ketayap jadi berlubang.
  • Tepung ubi digunakan supaya kulit tak mudah koyak.

Bahan untuk inti

1/2 biji kelapa parut – ambil putihnya sahaja
3/4 cawan gula merah – boleh kurangkan.
2 helai daun pandan – disimpulkan
1/2 cawan air
2 sudu makan tepung gandum
Secubit garam

Cara membuat

1. Didihkan air dalam kuali. Masukkan gula merah, garam dan daun pandan.

2. Masak hingga gula larut.

3. Masukkan kelapa parut. Kacau sekali-sekala hingga airnya kering.

4. Bila inti dalam keadaan agak lembab, taburkan tepung gandum. Kacau rata (fungsi tepung ialah supaya inti melekat dan tidak berderai).

5. Sejukkan inti.

6. Kemudian boleh letakkan inti di tengah ketayap, lipat kiri dan kanan kemudian gulung.

Resipi inti oleh: Suhana Md Isa

 

Published by
Rose