Hidangan lempeng yang dicicah dengan sambal bilis memang mengundang selera di pagi hari. Apatah lagi jika dapat lempeng yang lembut dan gebu. Memang takkan cukup sekeping.
Meski buat lempeng ini nampak mudah tapi kalau tak kena cara lempeng boleh jadi keras dan liat. Supaya dapat hasil lempeng yang lembut dan gebu, boleh gunakan perkongsian Nur Masri ini.
Bahan-bahan
2 cawan tepung gandum
2 cawan air /500ml
1 sudu teh garam
1 sudu besar gula
Telur 1 biji
1 sudu teh baking powder
1. Masukkan telur, gula dan garam. Kisar sehingga telur kembang kemudian masukkan tepung berselang seli dengan air. Kisar adunan tapi jangan terlalu cair atau pekat. Adunan hendaklah seperti membuat kulit kuih ketayap.
2. Perapkan adunan 30 minit hingga satu jam.
3. Panaskan kuali non stick, tuang adunan. Biarkan seketika sehinggan nampak gelembung, kemudian terbalikkan lempeng. Biarkan seketika kemudian angkat.
4. Ulangi langkah 2 sehingga adunan habis.
TIP
* Jika adunan pekat sukar untuk mengalir memenuhi kuali tambahkan sedikit air.
* Kepekatan adunan bergantung pada jenis tepung yg digunakan.
* Tidak perlu melenggang kuali adunan bergerak sendiri memenuhi pan semasa dituang.
Bahan-bahan
Ikan bilis – separuh digoreng, separuh lagi dikisar
Cili kering kisar
Air asam jawa
Bawang merah besar*
Bawang putih*
Sedikit belacan* jika suka
Cara membuat
1. Tumis bahan bertanda* sehingga naik bau, masukkan cili kering kisar.
2. Masak sehingga naik minyak, kemudian masukkan ikan bilis kisar dan air asam jawa, gula, garam secukup rasa.
3. Akhir sekali masukkan ikan bilis goreng. Kacau sebati kemudian angkat. Hidangkan bersama lempeng.
Kredit Resipi: Nur Masri