Hidangan pencicah air asam ni memang sedap. Hanya menggunakan bahan yang ‘basic’, tapi hasilnya memang membuka selera. Pedas dan masam. Fuhhh… Kalau makan dengan ikan, daging bakaratau terung bakar memang sedap. Malah kalau cicah dengan aneka lauk pauk rebus pun sesuai. Terasa nak makan air asam? Ha… Jom kita tengok resipi perkongsian saudari Ameera yang mudah ni. Memang sedap.
RESIPI PENCICAH AIR ASAM SEDAP MENYENGAT. TAMBAH 2 BAHAN NI & GAUL, BARU TERANGKAT!
1. Hiris nipis cili padi, cili merah, tomato dan bawan besar.
2. Sukatan asam jawa biji. Ambil separuh begini. Pakai asam jawa biji ni bila buat air asam dia punya kick memang padu dan lebih sedap.
3. Belacan besar ni ye. Kalau nak kurangkan pun boleh. Ikut cita rasa.
4. Masukkan 1 cawan air suam ke dalam bekas berisi asam jawa. Ramas hingga larut asamnya.
Ads
5. Campurkan semua bahan hiris ke dalam mangkuk.
6. Tambahkan sedikit garam. Jangan banyak, nanti masin.
7. Masukkan juga gula supaya air asam nanti ada rasa manis, masam dan pedas yang seimbang.
8. Ambil belacan tadi dan tenyeh hingga hancur.
9. Seterusnya masukkan sos tomato dan sos cili.
Ads
10. Tapis air asam jawa tadi dan masukkan ke dalam mangkuk.
11. Gaul semua bahan hingga sebati. Tip untuk jadikan pencicah air asam lebih sedap ialah gaul bahan berulang kali menggunakan tangan sambil disertakan dengan berselawat.
12. Pencicah Air Asam enak siap untuk dihidangkan.
13. Sesuai dihidangkan bersama ikan kukus, ikan bakar, ulam-ulaman dan sebagainya.
Sempoi dan bersahaja. Begitulah aksi jutawan kosmetik terkenal; Dato’ Sri Aliff Syukri Kamarzaman yang boleh ditonton para peminat di Instagram miliknya. Walaupun hidup penuh kemewahan dan ada pembantu rumah, namun jutawan terkenal berusia 31 tahun ini tidak kekok untuk turun ke dapur untuk memasak.
Lauk yang dimasak lebih kepada lauk pauk kampung. Masak Tempoyak, bening dan masak lemak antara masakan yang pernah dikongsi oleh beliau. Malah waktu Datin Sri Shahida sedang berpantang, Dato’Aliff sendiri yang memasak hidangan lauk pauk untuk isterinya tu. Hebat…Tak ramai tau yang sanggup turun ke dapur macam ni.
Kalau anda follow ig @aliffsyukrilajaklaris ni, pasti akan tergelak bila tengok video-video masakan yang dikongsi oleh Datuk Aliff. Ada sahaja celoteh dan aksi lucu sampai yang menonton pun rasa nak tergelak besar. Patutlah akaun ig beliau ni ada 2.8 juta followers. Ramai tu!
Sempoi betul. Bibik pun suka melayan. Jom kita tengok apa lagi resipi-resipi yang dikongsi oleh Dato’ Aliff ni. Mana tau boleh cuba masak untuk suami dan anak-anak nanti.
Tak tau la nak kata tapi kalau makan ayam masak merah di kenduri kahwin, mesti lauk tu sedap teruk. Kan? Kalau suka makan ayam masak merah style kenduri kahwin, ni RASA kongsikan resipinya.
AYAM MASAK MERAH STYLE KENDURI
BAHAN UTAMA
1 ekor ayam dipotong kecil dan basuh bersih. (Bubuh garam dan serbuk kunyit. Goreng jangan garing sangat.)
BAHAN KISAR
3 biji bawang besar size besar
4-5 ulas bawang putih
1 1/2 inci halia
BAHAN LAIN
Minyak masak untuk menumis
1 kulit kayu manis
3 bunga lawang
5 buah pelaga
2 batang serai diketuk
3-4 senduk cili kisar
Garam dan gula secukupnya
5 sudu besar sos cili
2 biji tomato (didadu kecil)
CARA MEMBUAT
1. Tumis kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga sampai naik bau. Masukkan serai. Tumis sekejap.
2. Masukkan bahan kisar. Tumis sampai garing. Kemudian masukkan cili kisar. Tumis lagi sampai garing.
3. Masukkan gula, sos cili dan tomato. Biar seketika. Kacau sesekali. Perisakan garam.
4. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Gaul sebati. Siap.
Muak dengan menu daging masak rendang, kari dan gulai. Ini ada tiga menu ringkas yang gerenti ramai suka dan diakui sedap. Sebab tu, RASA share resipi ni, kot-kot korang boleh cuba buat sendiri di rumah. Yang pasti ia mudah dan cepat dimasak, orang bujang wajib tampal resipi ini kat dapur, bila-bila teringin terus buat, senang sungguh
DAGING GORENG BEREMPAH
BAHAN-BAHAN:
1kg daging | hiris nipis
1 biji bawang Holland | hiris bulat
1 batang seleri | hiris serong
3 tangkai daun kari | lurutkan dari tangkai
2 sudu makan rempah kari daging
1 sudu makan serbuk cili
1 sudu teh serbuk kunyit
Garam dan gula secukup rasa
1 sudu makan yogurt
3 sudu makan minyak masak untuk menumis
BAHAN REMPAH PENUMIS:
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunya lawang
5 biji buah pelaga
BAHAN KISAR:
6 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
3cm halia
2 batang serai
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, tumiskan bahan rempah penumis , daun kari, diikuti bahan kisar. Tumis hingga wangi.
Kemudian masukkan bancuhan rempah kari yang dicampur dengan serbuk cili. Kacau rata hingga timbul minyak.
Masukkan daging, terus kacau hingga daging layu.
Apabila daging layu masukkan yogurt, hirisan batang seleri dan bawang Holland.
Apabila air daging kering, perasakan dengan yogurt, garam dan gula secukup rasa.
Angkat dan hidangkan panas-panas .
DAGING GORENG HALIA
BAHAN-BAHAN:
500 gm daging batang pinang | hiris nipis, cuci dan tos
6cm halia muda | hiris nipsis
3 pokok daun bawang | potong 3cm
2 biji bawang besar | hiris
5 ulas bawang putih | cincang halus
10 biji cili padi | titik
1 sudu makan sos tiram
1 sudu teh serbuk lada sulah
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya | untuk menumis
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia hingga wangi.
Masukkan daging, kacau rata hingga daging berubah warna.
Setelah air daging kering masukkan sos tiram, kacau rata.
Kemudian perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Sebelum angkat masukkan daun bawang dan tabur serbuk lada sulah, kemudian kacau rata dan tutup api.
Daging Halia sedia dihidangkan.
DAGING GORENG KUNYIT BERKENTANG
BAHAN-BAHAN:
300gm daging | hiris nipis, cuci dan tos
2 biji kentang | buang kulit dan potong dadu
1 biji bawang besar | hiris
4 ulas bawang putih |cincang
3cm halia | hiris halus memanjang
2 batang serai | titik
2 biji cili merah | hiris serong
2 biji cili hijau | hiris serong
1 batang seleri |hiris serong
1 sudu serbuk kunyit
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menggoreng
Minyak masak | untuk menumis dan menggoreng
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, goreng kentang separa masak. Angkat dan ketepikan.
Kemudian gorengkan daging yang digaulkan dengan sedikit garam dan serbuk kunyit .
Goreng hingga separuh masak, angkat dan ketepikan.
Dalam kuali lain, panaskan sedikit minyak .
Tumiskan hirisan bawang merah, bawang putih, halia dan serai hingga wangi.
Masukkan pula h serbuk kunyit, kacau seketika dan masukkan daging.
Kacau rata, kemudian perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!