Anda suka makan Puding Marble? Jom cuba resipi Puding Marble Coklat perkongsian saudari Tuan Adrianna Arissa ni. Sedap, mudah dan tidak menggunakan banyak bahan. Malah empunya resipi juga berkongsi tip mudah untuk elak puding melekat kuat pada loyang dan senang dikeluarkan. Resipi ini juga sesuai untuk anda yang ingin melakukan jualan. Ramai suka makan dan rasanya enak. Makan sejuk-sejuk lagi;ah nikmat. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
RESIPI PUDING MARBLE COKLAT SEDAP & MUDAH
BAHAN-BAHAN
37gm agar-agar tali (1 tahil) – beli online disini
6 gelas air (1300 ml)
2 cawan gula pasir (ikut kemanisan)
2 biji telur
1/2 cawan tepung kastard – beli online disini
1 tin susu cair – beli online disini
2 sudu besar marjerin – beli online disini
1/2 cawan serbuk koko (bancuh dgn sedikit air) – beli online disini
1 sudu teh esen vanilla – beli online disini
Secubit garam
CARA MEMASAK:
1. Masak agar-agar dengan air. Setelah agar hancur, baru masukkan gula dan secubit garam.
2. Masukkan telur, kastard ke dalam susu cair. Pukul sebati.
5. Masukkan adunan telur susu cair tadi. Pastikan anda tapis dahulu adunan telur sewaktu menuang ke dalam agar-agar.
6. Kemudian kacau hingga mendidih dua tiga kali. Masukkan marjerin dan kacau lagi.
7. Angkat dan bahagikan adunan kepada dua bahagian.
8. Satu bahagian dicampur dengan serbuk koko dan kacau di atas api. Manakala satu bahagian lagi dikekalkan pada warna asal vanilla.
9. Ambil loyang dan sapu air di permukaannya. Ia adalah petua untuk elak agar-agar melekat pada loyang. Barulah mudah untuk dikeluarkan nanti.
10. Ambil adunan dan tuang ke dalam loyang secara berselang-seli.
11. Bila siap, boleh disimpan dalam peti sejuk hingga puding mengeras.
12. Untuk menikmatinya, keluarkan puding dari loyang dan potong mengikut selera masing-masing.
Kredit resipi & foto: Tuan Adrianna Arissa
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Daging Masak Merah, Ini Rahsia Masak Sedap Macam Dekat Kedai
Resipi Cucur Bilis Tambah Kucai & Cili Kering Tumbuk, Sangat Sedap!
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Koleksi Resipi Lauk Pauk & Kuih Yang Boleh Masak Guna Pemanggang Ajaib.
Pemanggang ajaib adalah salah satu alat memasak yang sangat berguna lebih-lebih lagi jika memasak lauk bakar. Namun, bukan itu sahaja, jika nak masak lauk kukus atau kuih muih pun boleh juga. Ada pelbagai resipi kita boleh cuba masak menggunakan pemanggang ni. Fungsinya lebih kurang sahaja macam ketuhar malah lebih mudah kerana menggunakan dapur gas. Jom kita lihat senarai hidangan yang anda boleh hasilkan. Bolehlah cuba tengah hari ni.
1. AYAM PANGGANG MADU
BAHAN-BAHAN:
- 1 ekor ayam saiz sederhana | dipotong empat
- 2cm lengkuas | dikisar
- 1cm halia | dikisar
- 12 biji bawang merah | dikisar
- 2 sudu makan asam jawa
- Sedikit gula melaka
- 4 sudu makan madu
- 1 sudu makan garam
- 2 sudu makan kicap
- 2 sudu makan sos tiram
- 1 sudu teh serbuk lada hitam
CARA MEMASAK:
- Satukan bahan kisar, asam jawa, gula melaka, madu, sos tiram, kicap, serbuk lada hitam dan garam. Gaul rata.
- Kemudian lumurkan bahan perapan pada ayam hingga sekata. Perap ayam selama dua jam.
- Panaskan pemanggang dan letak kepingan aluminium foil. Kemudian susun ayam. Terbalikkan-terbalikkan ayam hingga masak. Anggaran masa antara 15-20 minit.
- Angkat dan nikmati bersama keluarga tercinta.
Info chef: Jika menggunakan ketuhar, masa memasak yang diperlukan adalah antara 20 – 30 minit menggunakan suhu 200C.
2. AYAM PANGGANG HALIA
BAHAN UTAMA:
- 4 bahagian paha saiz sederhana (whole leg)
- 1 sudu makan kicap cair
- 1 sudu teh gula melaka
- 1 sudu makan minyak masak
- Garam secukup rasa
BAHAN KISAR:
- 10cm halia
- 3 ulas bawang putih
- 3 ulas bawang merah
- 1 sudu makan lada hitam
- 1cm kunyit hidup
- 3 biji cili merah
BAHAN KUAH:
- 1 ulas bawang merah | dihiris halus
- 1 ulas bawang putih | dihiris halus
- 1cm halia | dipotong julliene
- 1 biji cili merah | dipotong serong
- 2 sudu makan madu
- 125ml air asam jawa
CARA MEMASAK:
- Bagi menyediakan kuah ayam panggang, tumis bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau.
- Kemudian masukkan halia diikuti madu dan sedikit air asam jawa. Kacau sebati.
- Perasakan dengan garam. Ketepikan seketika.
- Bagi menyediakan ayam panggang halia, gaulkan kesemua bahan kisar dan bahan utama. Perapkan ayam selama lebih kurang satu jam setengah.
- Susun ayam dalam pemanggang yang telah disapu minyak masak dan bakar menggunakan api sederhana selama 20 minit atau sehingga ayam kelihatan masak. Balik-balikkan ayam supaya masak sekata.
- Angkat dan sedia untuk dinikmati bersama sos.
Info chef: Untuk memastikan ayam masak, pastikan ketebalan isi ayam sama tebal. Anda juga boleh keluarkan tulang ayam dan masak isinya sahaja.
3. SIAKAP BAKAR PETAI
BAHAN-BAHAN:
- 1 ekor ikan siakap
- 1 keping asam gelugur
- 50gm petai
- Garam dan gula secukup rasa
- Sedikit air
- Daun pisang dan aluminium foil secukupnya
BAHAN KISAR:
- 5 ulas bawang merah
- 1 biji bawang besar
- 3 ulasa bawang putih
- 2cm kunyit
- 2cm halia
- 2cm lengkuas
- 1 batang serai
- 10 biji cili kering
- 2cm belacan
CARA MEMASAK:
- Tumis bahan kisar sehingga garing dan wangi.
- Masukkan air dan asam gelugur. Masak sehingga pecah minyak. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Angkat.
- Letak aluminium foil dan alaskan dengan daun pisang. Sudukan sambal yang dimasak tadi dan ratakan.
- Letak ikan dan sudukan lebihan sambal sehingga rata. Taburkan petai dengan secukupnya.
- Bungkus ikan dengan kemas dan bakar dalam pemanggang ajaib selama 30 minit atau sehingga masak. Terbalikkan agar masak sekata.
- Angkat dan nikmati bersama nasi putih.
Info chef: Ikan hendaklah disiang dan dibelah belakangnya. Perapkan bersama 1 sudu makan serbuk kunyit dan 1/2 sudu teh garam.
4. KUIH BAKAR JAGUNG
BAHAN-BAHAN:
- 200gm tepung jagung
- 170gm gula pasir
- 200ml santan pekat
- 25gm tepung kastard
- 350ml air
- 2 sudu makan mentega
- 4 biji telur
- 1 tin jagung manis
- Sedikit bijan
- Pewarna kuning secukupnya
CARA MEMASAK:
- Kisar semua bahan hingga sebati kecuali jagung, mentega dan bijan di dalam pengisar.
- Masukkan jagung dan kisar seketika sahaja.
- Oles pemanggang menggunakan mentaga dan panaskan seketika.
- Tuang adunan yang dikisar tadi ke dalam loyang dan taburkan bijan di permukaan adunan dengan secukupnya.
- Bakar selama satu jam atau sehingga kuih kelihatan garing dan berwarna keemasan. Guna api kecil sahaja.
- Sedia untuk dinikmati.
- Jika guna ketuhar, masukkan mentega ke dalam loyang dan panaskan seketika di atas api sehingga mentega cair.
- Tuang adunan ke dalam loyang dan taburkan bijan.
- Bakar pada suhu 180C menggunakan api atas bawah selama satu jam atau sehingga kuih kelihatan garing dan berwarna keemasan.
Info chef: Jika guna ketuhar, untuk mendapatkan kuih bakar yang lebih berkerak, pada 10 minit terakhir, bakar menggunakan api atas sahaja.
5. KUIH BAKAR DAGING
BAHAN-BAHAN:
- 375gm tepung gandum
- 720ml santan cair
- 720ml air
- 5 biji telur
- 350gm daging kisar
- 2 sudu makan rempah kari daging
- 1 biji cili merah | dihiris
- 1 biji bawang besar | dimayang
- Garam dan gula secukup rasa
- 1 tangkai daun bawang | dihiris halus
- 1 sudu besar minyak masak
- Sedikit garam
- Sedikit pewarna kuning telur
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dan tumis bawang besar sehingga wangi. Kemudian masukkan rempah kari dan goreng sampai naik bau.
- Masukkan daging kisar dan masak sampai kering. Perasakan dengan sedikit garam dan gula. Sejukkan.
- Seterusnya, pukul telur hingga kembang kemudian tambahkan santan dan air. Kacau rata.
- Kemudian masukkan tepung gandum. Kacau hingga sebati dan pastikan adunan tidak berketul. Tambahkan sedikit pewarna kuning, garam dan gula secukup rasa.
- Oles sedikit minyak pada pemanggangdan panaskan dengan api perlahan.
- Tuang adunan sehingga memenuhi 3/4 pemanggang.Biarkan seketika barulah disudukan inti daging tadi dengan secukupnya. Taburkan daun bawang dan hirisan cili. Tutup pemanggang.
- Masak sehingga kuih kelihatan garing dan masak sepenuhnya. Sedia untuk dinikmati.
- Jika bakar menggunakan ketuhar, isi adunan ke dalam acuan, masukkan intu dan masak diatas dapur seketika.
- Setelah kuih kelihatan garing, masukkan acuan ke dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 160C selama 20 minit. Pastikan anda menggunakan api atas sahaja.
6. PAIS DAGING
BAHAN-BAHAN A:
- 30gm daging | cincang kasar
- 3 sudu air asam jawa
- ½ cawan santan pekat
- 1 helai daun kunyit |dihiris
- Garam dan gula secukupnya
- Daun pisang secukupnya
BAHAN B (KISAR KERING):
- 5 tangkai cili kering |kisar kering
- 1cm halia
- 3 ulas bawang merah
- 1 ulas bawang putih
- 1 batang serai
- 1 inci lengkuas
- 1/2 cm kunyit hidup
CARA MEMASAK:
- Perap daging dengan bahan A selama ½ jam.
- Masukkan bahan B dan perap lagi selama ½ jam.
- Bungkus di dalam daun pisang.
- Bakar di dalam pemanggang ajaib hingga masak sepenuhnya.
- Keluarkan dan sedia dihidangkan.
7. SIAKAP STIM CENDAWAN
BAHAN-BAHAN:
- 1 ekor ikan siakap |bersihkan
- 100gm cendawan tiram |carik kasar
- 100gm lada benggala |potong
- 40gm bawang besar |belah enam
- 5 ulas bawang putih |belah dua
- 2 inci halia |hiris halus
- 50ml sos ikan
- 5gm serbuk perasa
BAHAN SOS:
- 100ml kicap cair
- 10gm cili padi |hiris halus
- 5gm air perahan limau kasturi
CARA MEMASAK:
- Letakkan ikan ke dalam loyang/aluminium foil. Taburkan kesemua bahan di atas ikan. Balut ikan tersebut. Jangan terlalu kemas. Biarkan ada ruang sedikit.
- Kemudian masukkan ikan ke dalam pemanggang ajaib. Masukkan air anggaran satu cawan. Tutup pemanggang dan buka api.
- Kukus ikan tadi selama 15 minit atau lebih bergantung pada saiz ikan.
- Sementara itu, untuk membuat sos; Satukan kedua bahan sos dan tuang ke atas ikan ketika menghidang.
8. AYAM BAKAR BERKUAH
BAHAN-BAHAN:
- 1 ekor ayam | belah empat
- 2 sudu makan cili kisar
- 2 sudu makan sos soya pekat
- 1 sudu makan kicap pekat
- 1 sudu makan air asam jawa
- 8 biji bawang merah | kisar
- 5 biji bawang putih | kisar
- 2 biji buah keras | kisar
- 1 batang serai | kisar
- 2cm halia | kisar
- Minyak untuk menumis secukupnya
- Garam, gula, lada sulah dan serbuk kunyit secukupnya
CARA MEMASAK:
- Lumur ayam dengan sedikit garam, lada sulah dan serbuk kunyit. Bakar dalam pemanggang selama 20-25 minit atau hingga ayam masak. Angkat dan ketepikan. Api jangan terlalu besar kerana dikhuatiri ayam akan hangus diluar tetapi di dalamnya tidak masak.
- Untuk membuat kuahnya; Panaskan dua sudu makan minyak di dalam kuali, tumiskan bahan-bahan kisar hingga masak.
- Masukkan air asam jawa, sos soya pekat, kicap pekat manis dan didihkan semua bahan sebati. Biarkan kuah mereneh menjadi agak pekat. Tambah garam dan gula mengikut cita rasa.
- Untuk menghidang; ambil ayam dan letakkan di dalam pinggan hidang. Tuang kuah di atas ayam dan ia sedia dihidangkan.
9. CENCARU BELAH BELAKANG BAKAR
BAHAN-BAHAN:
- 2-3 ekor ikan cencaru | belah bahagian belakang
- ½ biji kelapa parut | ambil putihnya
- 4 biji cili merah | tumbuk
- 6 biji bawang merah | tumbuk
- 4 biji bawang putih | tumbuk
- 1 batang serai | mayang halus
- 1 sudu teh air asam jawa
- Garam, gula dan serbuk kunyit secukupnya
- Daun pandan secukupnya
CARA MEMASAK:
- Lumur sedikit garam dan serbuk kunyit pada ikan.
- Di dalam mangkuk, satukan bahan-bahan tumbuk dengan air asam, kelapa parut dan serai. Gaul rata.
- Tambah garam dan gula secukup rasa.
- Sendukkan campuran kelapa ke dalam ikan dan balut dengan daun pandan.
- Bakar hingga ikan masak. Lapik dengan aluminium foil di dasar pemanggang jika perlu.Setelah masak, angkat dan sedia dihidangkan.
Info chef: Boleh juga dimakan bersama dengan sambal kicap jika suka.
10. SOTONG BAKAR PAPRIKA
BAHAN-BAHAN:
- 6-8 ekor sotong saiz besar
- 1 sudu makan serbuk paprika
- 1 sudu makan sos tiram
- 1 sudu teh serbuk hitam
- Garam dan lada sulah secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Sotong dibersihkan dan dikelar-kelar sedikit tanpa putus. Jika gun sotong saiz sederhana, tidak perlu kelar.
- Lumur sotong dengan serbuk paprika, sos tiram, serbuk lada hitam, garam dan lada sulah secukup rasa.
- Panaskan pemanggang ajaib dan susun sotong. Bakar hingga masak.
- Angkat dan sedia dihidangkan
Info chef: Jangan terlebih bakar untuk menggelakkan sotong menjadi liat.
Buat Sendiri Kebab Daging Roti Pita Sedap Macam Dekat Pasar Malam
Bila sebut pasal Kebab Roti Pita, pasti ramai yang menggemari snek jalanan ini. Andai ke pasar malam, ia merupakan salah satu menu yang mudah didapati. Sedap dan mengenyangkan, pasti ramai yang teringin nak makan Kebab Roti Pita yang sedap. Jom cuba buat guna resipi perkongsian saudara Roslan Rusly. Sangat mudah dan masaknya juga tidak perlu masa yang lama. Wow… Sesuai sangat untuk ibu-ibu yang tidak ada masa yang lama di dapur. Jom cuba. Pasti puas hati.
RESIPI KEBAB DAGING ROTI PITA SEDAP
BAHAN-BAHAN:
Roti pita
Daging burger (sebab daging berger ade rasa sedap)
Timun Jepun
Sos cili – beli online disini
Salad
Mayones – beli online disini
Serbuk perasa
Lada sulah – beli online disini
Marjerin – beli online disini
CARA MEMASAK:
1.Timun diberishkan dan dibuang empulur supaya tidak berair. Kemudian potong dadu.
2. Ambil roti pita dan potong dua. Kemudian sapu marjerin atau mentega di permukaannya.
3. Panaskan kuali dan panggang roti pita tadi seketika.
4. Masak daging burger dan hancurkan menjadi cebisan kecil.
5. Masukkan serbuk lada sulah dan juga perasa dengan secukupnya.
6. Tambahkan sos cili secukupnya dan juga timun yang telah dipotong dadu tadi.
7. Gaul sebati semua bahan supaya tercampur rata.
8. Potong daun salad kecil-kecil. Isikan dalam poket roti pita. Paipkan mayones secukupnya.
9. Kemudian masukkan inti daging yang telah dimasak tadi.
10. Kebab Daging Roti Pita sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Roslan Rusly
Beli disini: [su_button url=”https://www.goshop.com.my/products/small-kitchen-appliances/nakada-teppanyaki-ceramic-cooker-20064671?utm_source=rasa&utm_medium=referral&utm_campaign=POC” background=”#e9ef2d” color=”#0d0707″ size=”5″ icon_color=”#0f0707″]Nakada Teppanyaki Ceramic Cooker[/su_button]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Patutlah Resipi Terung Goreng Crispy Dapat 20K ‘Share’. Memang Sedap!
Masak Ikan Siakap Stim Limau Guna Kuali. Sedap, Cepat & Kuah Banyak
Resipi Mi Goreng Basah Paling Sedap. Cuba Resipi Ni Confirm Laris!
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Resipi Pancake Sambal Bilis Berkeju Yang Ringkas & Mengenyangkan
Pancake Sambal Bilis Berkeju ni memang sesuai untuk hidangan sahur anda. Cara membuatnya ringkas pun saja. Adunan dan Sambal Bilis boleh buat sebelum tidur dan anda boleh masak masa nak bersahur nanti. Memang kenyang dan tak terasa lapar seharian. Nak hidangan lebih ‘wow’, gunakan Perfect Italiano Perfect Bakes untuk hasil kerak perang keemasan yang sempurna dan memikat selera. Rasa macam makan di restoran! Cubalah.
PANCAKE SAMBAL BILIS BERKEJU
Bahan-Bahan:
- 230gram tepung naik sendiri – ayak
- 125gram Fernleaf Susu UHT
- 100gram Perfect Italiano Perfect Bakes
- 125gram Fernleaf Yogurt Asli
- 2 sudu makan minyak jagung
- 2 biji telur
- 1 sudu teh garam
Bahan-Bahan Sambal Bilis:
- 100gram ikan bilis – cuci dan goreng garing
- 1 mangkuk kecil cili kisar
- 4 biji bawang merah – kisar
- 3 ulas bawang putih – kisar
- 1 labu bawang besar – potong bulat
- 1 sudu makan air asam jawa
- 1 sudu makan gula perang
- Garam secukupnya
- Minyak untuk menumis
Cara Memasak:
- Untuk membuat sambal bilis; panaskan 2-3 sudu makan minyak di dalam kuali. Tumis bahan-bahan kisar hingga pecah minyak dan cili masak. Masukkan bawang besar, air asam jawa, gula dan garam secukup rasa. Tumis hingga sambal masak sempurna. Akhir sekali masukkan ikan bilis goreng. Gaul rata dan ketepikan.
- Untuk membuat pancake; satukan telur, minyak jagung, Fernleaf Yogurt dan Fernleaf Susu UHT di dalam mangkuk. Pukul hingga semua bahan sebati. Masukkan tepung naik sendiri dan garam. Kacau dengan spatula hingga jadi bancuhan yang agak likat. Rehatkan bancuhan selama 5 minit.
- Untuk memasak pancake; sapu sedikit mentega pada kuali non-stick. Tuang sesenduk bancuhan pancake. Letak sesudu sambal bilis di bahagian tengah dan tabur Perfect Italiano Perfect Bakes Bila bahagian bawah pancake telah perang, perlahan-lahan terbalikkan dan masak di bahagian yang satu lagi hingga perang. Masak hingga semua bahan habis.
- Angkat pancake dan letakkan di pinggan. Hidangkan panas.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Biskut Tat Teratai Sedap Boleh Buat Untuk Aidilfitri Nanti.
Resipi Sambal Padang Sedap, Masak Macam Ni Tahan Berbulan-Bulan
Resipi Kek Pisang Coklat Kukus Lembut, Gebu Macam Span, Sukat Guna Cawan Je
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official