Makan

Tip Buat Rendang Kerang, Tumis Kena Lama Barulah Sedap

Share

Rendang kerang ini memang ramai peminat cuma tak ramai rajin buat bila mengenangkan nak kopek kerang. Tapi kan kerang siap kupas dah ada, beli saja!

Rendang kerang ini makan dengan nasi impit dan lemang memang ngam. Lagipun dah banyak makan rendang ayam dan daging kan, jadi kita tukar pula selera. Caranya boleh ikut resipi perkongsian Zamaira Yunus

.

Cara buat rendang kerang sedap

 

Bahan-bahan

1 kg isi kerang
5 ulas bawang merah*
1 ulas bawang besar*
3 ulas bawang putih*
Halia sebesar ibu jari*
Lengkuas sebesar ibu jari*
4 ulas kunyit hidup*
2 biji buah keras*
10 tangkas cili api*
Segenggam cili kering*
2 batang serai*
1 batang serai -diketuk
2 keping asam keping
6 helai daun kunyit
2 bungkus kerisik (beli siap)
1 kotak kecil santan segera
Gula melaka(jika ada)

 

Cara membuat

1. Cuci kerang sehingga bersih dan lalukan sekali dengan air panas. Toskan sebentar.

2. Kisar kesemua bahan yang bertanda *

3. Tumiskan bahan yang telah dikisar dan serai yang diketuk. Tumis sehingga betul-betul naik minyak. Tumis kena lama menggunakan api yang perlahan.

4. Bila tumisan sudah terbit minyak, masukkan gula Melaka, asam keping dan santan. Tumis lagi sehingga betul-betul pecah minyak.

5. Kemudian, masuk kan kerisik dan kerang. Kacau dengan api sederhana besar.

6. Bila rendang nampak agak kering perasakan dengan garam, gula dan perasa tambahan (terpulang pada cita rasa).

7. Hiriskan daun kunyit dan taburkan di atas rendang.

8. Tutup api bila rendang sudah masak dan bolehlah dihidangkan.

Sumber: Zamaira Yunus

 

Published by
Rose