Hidangan roti puri ini boleh dijadikan menu pagi atau pun petang. Cicah dengan sambal sardin, bilis atau kari semalam lagi sedap.
Kalau selalu buat guna yis atau Mauripan, kali ini boleh ikut cara buat roti puri oleh Noraslinda Md Radzhi. Caranya tak menggunakan bahan tersebut tapi lebih rangup, roti sejuk pun tak kempis.
Roti puri tanpa mauripan, lebih rangup dan bila roti sejuk tak kempis. Berbeza buat bila letak mauripan, roti dah sejuk, roti pun kempis. Lain org lain cara kan.
Bahan-bahan
1/2 kilo tepung gandum
1 sdk baking powder
1 biji telur
2 sdb marjerin
2 sdb susu pekat
Air
Cara membuat:
1.Tepung gandum, baking powder diayak.
2. Masukkan marjerin dalam tepung diajak tadi dan ramas dijadikan serbuk roti.
3. Masukkan susu pekat dan telur. Gaul dan ramas.
4. Tuang air sedikit demi sedikit. Uli hingga tak lekat tangan. Bulat-bulatkan. Biar doh rehat selama 20 minit.
5. Panaskan minyak, gelek atau canaikan doh dan goreng. Sambil itu curahkan minyak panas atas roti nanti akan jadi gelembung.
6. Bila dah agak keperangan balikkan. Siap
7. Hidang dengan sambal tumis, sambal sardin atau kari. Nak makan begitu saja pun sedap.
Selamat mencuba.
Sumber: Noraslinda Md Radzhi.
Artikel berkait: Hampir 9K Perkongsian Resipi Roti Puri Ini!