Buat ibu-ibu yang bakal berpantang nanti bolehlahlah buat persiapan makaan atau menu yang boleh dinikmati. Serunding halia dan bawang goreng ni makan tabur di atas nasi panas memang sedap rasanya.Semua bahan-bahan ini dhiris dengan pisau, bukan guna penyagat,
Bila guna pisau hasilnya lagi cantik,kemas dan tak hancur.Untuk serunding ni, saya tak letak bahan perasa mahupun garam,makan begitu saja pun layan.Boleh ikut petua ni untuk hasil yang lebih memuaskan.
Tip:
1.Sebelum goreng bawang merah, tabur sikit dengan tepung beras, jangan letak air atau garam. Guna bawang merah ros/bawang merah kecil, jangan guna bawang merah besar.
2.Selepas hiris bawang putih, rendam kejap dengan air sahaja selama 10 minit kemudian bilas, tapis hingga betul-betul kering.
3.Lepas hiris halia, jemur/bagi kena angin kejap, supaya masa untuk menggoreng menjadi singkat sebab halia banyak kandungan air, saya guna halia tua, hasil lagi sedap dan cantik
4.Ketika menggoreng minyak jangan kedekut, guna api sederhana sahaja supaya tak cepat hangus.
5.Mulakan dengan menggoreng bawang putih dahulu, kemudian bawang merah, akhir sekali halia.
Ads
6.Bila bahan-bahan goreng dah sejuk, masukkan dalam botol dan lekat kan, kemudian simpan dalam peti sejuk pun boleh, jangan risau ia tetap akan garing, itupun bergantung pada cara anda hiris, kalau dihiris tebal-tebal memang susahlah nak garing.
7.Jika nak tambah bahan perasa dengan lada hitam yang dikisar kasar pun boleh, sebelum masuk dalam botol, tabur la dulu bahan perasa tu.
Kulit popia bila sudah disimpan lama sangat dalam peti sejuk beku atau terdedah lama pada udara, akan jadi kering dan keras. Bila nak asingkan kepingan, akan jadi koyak. Nak dibuang sayang lebih-lebih lagi kalau kulit popia tu masih banyak. Jika anda mengalami masalah yang sama, cuba petua perkongsian saudari Bee Kengini. Boleh jadi lembut balik macam baru dan boleh elakkan pembaziran.
CARA LEMBUTKAN KEMBALI KULIT POPIA YANG KERAS DAN KERING
BAHAN-BAHAN: Kulit popia Kuali atau periuk kukusan Kain bersih
CARA-CARA: 1. Dalam kuali atau periuk kukusan, lapiskan lubang-lubang dulang pengukus dengan kain bersih yang lembap. (empunya petua masak dulu kain bersih untuk pastikan ia tiada kuman)
**Kain lembap bukan basah ya.. maksudnya ia perlu diperah hingga betul-betul kering tiada air menitis langsung. 2. Letakkan kulit popia tersebut dan tutupkan dengan satu lagi kain bersih yang lembap.
3. Pastikan air tidak terlalu banyak atau paras air jangan terlalu dekat dengan dulang pengukus, kalau tidak semasa air mendidih, ia akan membuatkan kulit popia jadi basah. 4. Stim @ kukus kulit popia tadi selama 10-15 minit. 5. Buka penutup periuk kukusan dan pastikan kulit popia betul-betul lembut. Jika masih belum lembut, stim kan lagi.
NOTA:
Semasa mahu diangkat, alihkan kulit popia tersebut sekali dengan kain atas dan bawah ke dalam pinggan. Ia akan mengekalkan kelembapan sehingga kulit popia habis dimakan atau digunakan.
Namun ia tidak boleh dibiarkan terlalu lama sehingga berseharian, sebab kain lembap boleh menyebabkan kulit popia tersebut basi.
Kalau tak habis dinasihatkan disimpan terus ke dalam peti sejuk dan masa mahu makan baru dikukus lagi.
Sebenarnya, cara penyimpanan juga memainkan peranan yang penting untuk pengelakkan kulit popia menjadi kering dan keras. Untuk mengelakkan kulit popia keras, selepas dibuka dan disimpan balik dalam peti sejuk beku (freezer), pastikan mulut pembukaan plastik kulit popia dilekat dengan tape sehingga kedap udara (saya guna tape yang lebar).
Namun kadang-kadang kalau disimpan terlalu lama ia akan hilang kelembapan, kering dan keras juga. Tetapi ia tidak seteruk yang plastiknya dibiarkan terbuka dan terus masuk freezer, yang ini bukan sahaja kering malah kulitnya pun turut pecah dan merekah.
Untuk pengetahuan semua, orang cina suka makan popia yang tak goreng. Selamat mencuba!
Semua orang suka ayam goreng salut tepung yang rangup seperti makanan di restoran makanan segera. Tapi sayang bila cuba sendiri di rumah hasilnya tidak seperti diharapkan, kalau tidak keras ianya berminyak. Memang potong selera kerana anda sudah membayangkan keenakan dan kerangupan salutan tepung di gigitan yang pertama.
Jangan putus asa atau ulangi kesilapan yang sama, sebaliknya ikut enam tips yang RASA kongsikan ini supaya lepas ini apa sahaja makanan salut tepung yang anda goreng akan rangup seperti diinginkan.
Untuk mendapatkan makanan goreng salut tepung yang rangup, anda perlu tahu tepung apa yang harus digunakan. Sebagai cadangan campurkan tepung gandum dengan tepung ubi. Kalau nak lebih rangup lagi boleh tambah sedikit soda bikarbonat atau serbuk penaik.
Sediakan Adunan Tepung Kering Dan Basah
Anda gunakan dua jenis adunan tepung, satu adunan basah dan satu lagi kering. Setelah minyak dipanaskan, celup ketulan ayam dalam adunan basah kemudian gaulkan dalam adunan tepung kering dan terus goreng. Dengan cara ini adunan kering akan melekat pada adunan basah yang menjadikan bahan gorengan lebih rangup atau crispy.
Pastikan Tangan Kering.
Semasa memasukkan atau mengaulkan bahan makanan pada kedua-dua adunan tepung pastikan tangan dalam keadaan kering. Paling mudah gunakan dua tangan berbeza, misalnya tangan kiri untuk memasukkan ayam dalam adunan kering dan kanan yang untuk memasukkan dalam adunan basah. Tujuannya untuk mengelakkan adunan kering menjadi berketul dan basah
Goreng Guna Minyak Banyak
Langkah ini wajib lakukan., pastikan anda menggoreng menggunakan minyak banyak atau goreng secara deep frying. Di mana semua bahagian makanan terendam dalam minyak panas dengan sempurna. Sebelum itu pastikan minyak betul-betul panas sebelum memasukkan bahan untuk digoreng.
Elakkan Goreng Terlalu Banyak
Menggoreng menggunakan minyak banyak tidak bermakna anda boleh memasukkan bahan gorengan dalam jumlah banyak. Sebaiknya, goreng secukupnya saja supaya cukup ruang untuk gorengan menjadi garing dan tepung yang membalut makanan tidak tertanggal. Akhirnya hasil gorengan lebih rangup dan garing.
Tapis Minyak
Ini juga penting anda lakukan, pastikan anda mengguna penapis semasa mengangkat makanan yang digoreng. Tujuannya supaya minyak yang melekat pada ayam goreng turun ke bawah. Dengan cara ini hasil gorengan anda lebih garing tanpa berminyak.
Lepas ni kalau korang makan apa sahaja jenis limau, jangan buang kulitnya kerana buah yang kaya dengan vitamin C ini, kulitnya juga boleh dimanfaatkan untuk dipelbagaikan kegunaannya di dapur anda. Untuk membuktikannya, anda kena cuba.
Menyegarkan Ruang Dapur
Limau terkenal dengan aroma yang menyegarkan, oleh itu jangan sia-siakan kulitnya , kupas dengan elok kemudian letak di beberapa sudut dapur. Dengan cara ini ia aromanya akan menyegarkan ruang dapur.
Menghalau Serangga
Selain menghasilkan aroma segar, kulit limau juga boleh menghalau serangga seperti lipas dan semut. Dua serangga ini tidak menyukai aroma sitrus, jadi anda boleh letakkan kulit limau di tempat-tempat spot serangga. Hasilnya serangga hilang, dan anda tidak perlu keluar duit untuk beli racun serangga.
Menutralkan Bau Tidak Menyenangkan
Ada bau tidak menyenangkan di ruang dapur kerana sampah basah terlupa buang atau bau hanyir selepas anda cuci ikan atau ayam. Maka penyelesaian mudah adalah dengan meletakkan kulit limau di beberapa sudut dapur untuk menuteralkan bau hanyir atau tidak sedap di dapur anda.
Membersihkan Ketuhar
Bahagian dalam ketuhar kerap kotor terutama selepas memanggang ikan, ayam atau sebagainya. Cara paling mudah membersihkannya adalah dengan menggosokkan kulit limau yang masih segar di bahagian dalam ketuhar yang kotor, kemudian bersihkan dengan kain lap basah. Kesan memanggang segera hilang.
Diharapkan dengan lima mafaat mengujakan dari kulit limau . Maka selepas ini jangan dibuang kulit liamu selepas memakannya.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!