Makan

Tip Buat Sup Daging Makin Sedap, Letak Tebu!

Share

Kalau hari ini berhajat nak buat sup daging, apa kata cuba tip menggunakan air tebu yang dikongsi oleh Mem EL. Menurut beliau yang juga peniaga sup ini fungsi tebu atau air tebu adalah sebagai pengganti gula. Inilah yang membuatkan rasa luar biasa sedapnya.

Cara buat sup daging yang sedap

Bahan-bahan

1 kg tulang
500 daging 500gm
10 ulas bawang rose merah -dihiris
7 ulas bawang putih – dihiris
1 biji bawang holland – dihiris
2 inci halia – dihiris
2 paket kecil rempah sup
1 paket sup bunjut untuk sup tulang
1 ruas tebu yang dibelah dua

Cara membuat

1. Bersihkan tulang dan daging.

2. Gaulkan tulang dan daging bersama halia dulu dalam periuk. Masak atas api sederhana sampai air daging kering. Jangan masukkan air dulu.

3. Sambil tunggu air daging kering tumis darat bawang merah, bawang putih dan bawang holland yang dimayang halus sampai naik bau.

4. Masukkan rempah sup, kacau sampai naik bau dan masak. Jangan sampai hangit. Ketepikan.

5. Bila air daging sudah kering, masukkan air serta sup bunjut, sup tulang serta sebatang tebu dibelah dua. Rebus hingga empuk.

6. Selepas empuk, baru masukkan rempah yang ditumis tadi. Perasakan dengan garam, gula dan perasa. Taburkan daun bawang dan daun sup.

Nota: Sekiranya tiada tebu batang boleh tukar dengan air tebu asli. Air tebu ini untuk gantikan gula putih dan rasa lagi sedap dari letak gula.

Untuk kicap cili, kisar cili api, bawang putih dan kicap manis. Masak dengan api kecil selama 1 jam supaya tahan lama dan tak sakit perut.

Selamat mencuba

Sumber: Mem EL

 

Published by
Rose